Tuesday, May 11, 2010

lelaki menangis

ni panduan jer. banyak kali ini entry menyampah. sekarang entry ilmiah (dgn tujuan kurang baik untuk kaum adam)
tapi rasanya agak tidak ilmiah.

1) Putus hubungan dengan kekasih

Menurut kajian mendapati lelaki yang amat menyayangi buah hatinya pasti menangis bila hubungan terpisah. Biasanya lelaki tidak boleh menerima hakikat hubungan cinta akan tersekat sekerat jalan dan tidak berakhir dengan sebuah perkahwinan. Mereka akan menangis kerana gara-gara malu.

2) Bila jatuh sakit
Ada sesetengah lelaki akan menangis apabila jatuh sakit, lebih-lebih lagi jika mereka tidak berupaya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan sebagai suami akibat penyakit yang dihadapinya.

3) Kehilangan pasangan
Ini mungkin antara penyebab utama lelaki tidak boleh terus berlagak ego bila pasangan meninggalnya. Bagi lelaki yang tidak dapat menerima hakikat dukanya amat luka untuk disembuhkan.

4) Tertekan
Tidak kira bebanan perkejaan, masalah peribadi dan sebagainya akhirnya air mata lelaki gugur juga. Ada juga lelaki yang mengambil jalan singkat mengunjungi kelab malam bagi melepaskan tekanan. Namaun itu bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik.

5) Bertengkar dengan pasangan
Walaupun jumlahnya tidak sebanyak air mata wanita yang mengalir, ada juga lelaki yang tidak sanggup melihat pertelingkahan berterusan dalam sesuatu perhubungan. Lebih memburukkan apabila kekasihnya meminta putus apabila perbalahan berlaku.

6) Melihat anak-anak sakit
Sesetengah lelaki tidak dapat menahan perasaan tatkala melihat anak-anaknya mengalami penyakit yang teruk atau kronik malah tidak dapat di selamatkan lagi.

dipetik dari zaifal blogspot.com

2 comments:

  1. air mata lelaki..susah nk percaya ape sebenar tujuan dia menangis.

    ReplyDelete
  2. jumper dalam blog orang lain..katanya lelaki hanya tahu mengucapkan perkataan berkorban. tp perempuan yg selalu berkorban n terkorban air matanya kerana lelaki.

    ReplyDelete