Friday, May 21, 2010

aku tak nak letak tajuk

aku sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa untuk entry kali. jiwa aku sedang parah.bukan sahaja parah, malah sudah tidak ada perkataan untuk menerangkan perasaan yang satu ini.semalam banyak sangat pelbagai perkataan cuba dicipta , namun hari ini aku kebuntuan idea untuk menulis.




hati aku menangis semahu mahunya. baru aku sedar, betapa bodohnya kalau masih menyimpan satu perasaan ini. betapa aku setia selama ini. betapa aku menyayanginya secara buta tuli selama ini. apa yang dibuatnya , ditelan dengan satu sebab aku terlalu menyayanginya. betapa selama ini , aku sembunyikan perasaan ini. menjadi orang lain. menjadi manusia yang terbakar oleh perasaan sendiri.



rasanya apa yang ditulis ini tidak mampu mengeluarkan segala isi hati perasan ini.
saya akan tulis lagi mengenai satu perasan ini. biarlah blog aku hari ini, menjadi jiwang hari ini dan seterusnya

No comments:

Post a Comment