Tuesday, March 29, 2011

KELAINAN UPAYA

OKU biasanya lebih banyak memendam perasaan berbanding orang normal lain kerana mereka 'tidak berhak' untuk marah atau meluahkan perasaannya..
Ini adalah status fb taman senasib . Teman yang kelainan upaya macam aku.aku mencari kebenaran melalui kata kata tersebut. Senang untuk difahami maksudnya
Tiada hak untuk marah.
Tiada upaya untuk memzahirkan perasaanya. Pendam dalam dalam.
Diluah kadangkala disalah erti.
Tercuit sendikit emosi yang terkeluar dikatakan mudah amarah.
Ya golongan kami tidak dibenarkan berperasaan yang bukan bukan. Yang mudah untuk orang lain berfikir yang macam macam . Tersalah sendikit akan dikutuk sewenangnya wenangnya. Dijadikan mainan untuk orang bahan lawak setengggah manusia normal.
Tak sedar diri.
Cepat sangat terasa.
Mungkin dua ayat ini kedengaran biasa. Tapi bagi manusia kelainan upaya seperti kami, sedap bunyinya untuk disinggung perasan ini. Ya lah kami memang sentiasa memerlukan bantuan orang lain. Tapi wajarlah bersikap stok stok diam agar pertolongan sentiasa diperoleh.



Nampak macam entri ini tidak puas hati dengan apa aku terima kan. Dah lama nak tulis . Baru hari dikeluarkan untuk blog ini. Harap tiada salah faham untuk sesiapa. Simpati?

Sudah aku mendapatkanya. Jadi entri ini bukan untuk simpati. Aku punya sendikit upaya untuk menulis . Jadi aku biarkan ianya menjadi catatan di sini. Harap maklum./

Wednesday, March 16, 2011

sendiri.

Menonton cerita gemilang , membuatkan saya kagum dengan manusia yang dikurniakan gold heart. Kerana pada masa sekarang memang sukar ketemu manusia sebegitu. kisah cikgu cikgu yang hidup pada zaman 70 an,serba kekurangan tapi tidak pernah putus asa untuk memberi pendidikan sempurna untuk anak didiknya. sanggup kena hemtam, sanggup bergelap dalam kebun getah semata untuk kesejahteraan muridnya. sanggup jadi kuli untuk merasa pengalaman muridnya yang susah. zaman itu rasanya semua orang  merasakan pelajaran itu penting untuk bangunkan diri. betapa banyak pengorbanan terpamer dalam siri berkenaan.

Sekarang....manusia hidup dengan kepentingan sendiri. Berapa ramai yang akan bersorak gembira akan kejatuhan orang lain. Berapa ramai manusia akan merasa bahagia apabila orang terasa derita. Berapa ramai orang akan gah berkata berkata dengan perasaan angkuh, kekurangan orang lain.

Tuesday, March 1, 2011

Entah dari mana nak mulakan penulisan ini. Tak jumpa dan tidak tahu  menyusun entri ini agar sampai maksudnya.

Tak Perlu merungut. Tidak perlu berkeluh resah. Tidak usah mencari kesalahan orang lain. tak payah susun hubung kait itu dan ini yang jadikan keadaan begitu. Memang sesekali kita akan rasa putus asa.  mEMANG ATURAN HIDUP KITA ALLAH yang tentukan. jadi, jalani sahaja seadaanya. 

Ini bukan untuk sesiapa. Untuk ingatan diri sendiri agar terus tabah menjalani apa yang aku pilih. Tak ada orang yang paksa aku jalani kehidupan sekarang. Belajar sambil kerja memang sangat sangat susah. Adakalanya timbul masalah yang terjangka. Banyak yang perlu dikorbankan . Semoga tiga tahun ini, aku tidak tertewas dengan dugaan yang diberi. Belajar terima tanggungjawab yang diberi. 

Ma, terima kasih atas doa yang tidak pernah putus. Along tak janji apa apa. Semoga Allah panjangkan umur ma dan tengok Along ambik skrol degree pulak. Walaupun, tidak bermakna untuk orang lain, tak per kan ma.  

ok, untuk Mr canon, tolong jangan mudah putus asa. Kuatkan semangat. jangan terlalu ikutkan perasaan. fikir masa depan. bukan untuk sesiapa. jangan buat demi saya. Saya bukan sesiapa untuk awak buat masa sekarang. Saya tahu awak boleh . Cuma jangan mudah bosan. Jangan mudah berserah.