Friday, May 7, 2010

blog pasca waktu kerja

berblog lepas waktu kerja..
ini sebenarnya aku sedang dilanda kesunyian dan sendikit perasaan takut yang agak melampau di kala tiada taman ........tiada teman di waktu selepas waktu semua orang ke pasar tani.........eh balik ke rumah selepas waktu bekerja telah tamat.

tolong ya ......anggap anda semua sedang menemani aku di waktu ini. walaupun kemungkinan entry ini dibaca pada hari yang tak  sama entry dipublish.apasal nampak tak kena jer ayat ini ?

syukurlah esok dan lusa merupakan cuti panjang  . sekurang-kurangnya aku boleh tidur yang panjang lebih dari bekerja. kebiasaan aku sekarang, adalah berehat sepenuhnya pada hari sabtu dan menghabiskan duit pada hari ahad.

hari ini aku tak telefon lagi mak aku. mesti ma aku ingat something goes wrong somewhere bila aku tak tel dia lagi hari ini. bukan tak nak tel , bateri aku mati dan aku tak sambung kepada nyawanya lagi. tu la bodoh punya pasal, lupa nak bagi bateri malam tadi. salah sendiri. tapi aku rindu sangat nak dengar suara mak aku.

dah la aku tak dapat  cuti lama kat kampung sekarang ini.2 ke 3 hari jer. duk dalam bas dah berjam jam. bayangkan aku terpaksa cuti satu hari semata-mata duk bas. nak nak kalau perjalanan pulang ke putrajaya . kalau balik kemaman boleh la aku balik pada waktu malam.

apa pun kemaman la tempat yang paling best. walaupun dah banyak perubahan dan kekurangan aku masih sayangkan kemaman sampai hujung nyawa.tak kan ada tempat menggantikanya walaupun texas.

No comments:

Post a Comment