Monday, March 29, 2010

bayi di buang lagi

sadis giler kalu tgk gambar baby yang dijumpai di kawasan pembuangan sampah , digigit anjing , terputus tangannya. . apalah dosa dia diperlakukan sebegitu. chop........dia tak berdosa. mak bapak budak tu berdosa.kalu perkatakan isu ini ramai orang berkata begitu, bercakap begini. yang terjadi tetap sudah terjadi. bayi tu pun dah selamat kat syurga. orang kata tak patut kita salahkan ibu bayi tu. memang la. dia dah buat dosa. tapi dia tambahkan dosa itu. dia tak der pilihan? pilihan? masa wat dosa dia ada pilihan tak? dia yang memilih untuk membuang bayi dan dibagi makan anjing.aku pun perempuan. aku pun ada buat jahat. lebih baik kita membuat pilihan yang betul. dosa kita datang dari salah kita. aku tak tahu siapa siapa yang rasa simpati kat perempuan yang buang bayi tu. perlu ker ada rasa simpati kat perempuan mcm tu ? tak payah nak fikir sapa lelaki bodoh dan macam binatang tu. kerana dia adalah punca kejahatan itu. tapi perempuan mesti diberikan rasa keibuan dan rasa sayang pada bayi itu. kalu tak ada, aku tak tahu kategori apa perempuan jenis mcm tu. tak ada tempat mengadu. bohong. Allah tu sentiasa ada.

aku tulis untuk ingatkan diri sendiri
Allah nak tunjuk sekelip mata
jangan rasa kalau bergelumang dengan dosa
Allah akan tolong melainkan kita bertaubat
sekali lagi ini untuk peringatan untuk diri sendiri.............

Saturday, March 27, 2010

amarah

sumpah aku sedang marah dengan seseorang. sial . aku memang nak maki.kau buat cerita dengan semua org. cerita yang malang.memang nasib kau malang. sebab kau suka gunakan org lain untuk kepentingan sendiri.membuat cerita2 yang bukan bukan.kau tuduh mcm 2. sebab kau suka fikir negatif pasal orang . setelah itu salahkan itu dan ini.kononya kau tak mintak semua tu.hey hidup cukup singkat, untuk kau fikikan kesalahan orang.kau tak nampak salah sendiri.tak per la tuhan tahu apa yang berlaku. aku tak baik mcm kau yang baik mcm malaikat.aku ini manusia yang ada buat salah.

Thursday, March 25, 2010

blog tanpa perasaan

aku selalu perasan tulis kat sini tanpa tajuk.sengaja dan kadang kdang terlupa nak letak.waktu tengahari sambil makan ,idea tercurah keluar untuk menulis. memang aku minat sangat menulis.dan aku tak tahu blog ini dibaca orang atau tidak. niat sebenar blog ini disiarkan adalah menulis apa yang tidak terluah oleh perasaan di alam realiti. jadi seenaknya, di sini aku tulis mengikut perasaan aku.andai kata di saat ini ada yang membaca blog yang mcm sengal ini, terima kasih. aku suka ikut blog org. tp jadi silent reader jer.banyak yang dapat belajar. tapi kadang kadang ada yang terikut benda benda yang entah apa kejadahnya.
hidup ini terlalu singkat untuk memikirkan semua hal yang terjadi di luar kawalan kita. aku suka blog yang jujur.tapi manusia sukar jujur walaupun dengan diri sendiri. aku pun kadang kadang begitu.
sekarang sedang godek tukar template , tp tak boleh. try 2 tapi still tak dapat.

Tuesday, March 23, 2010

niat di hati nak sambung cter yang ditulis kat blog ni. citer sudah dikarang.namun takut disiarkan. takut dicopy dan dipastekan.sudahnya aku karang jer kat laptop.tapi tak per la. ia sebenarnya adalah satu projek khas yang masih dalam perancangan. sekarang aku agak sibuk.sibuk dgn apa? banyak laaa........tapi kerja kan tak abis selagi nyawa tak putus dari badan.begitu juga dgn masalah. tak kan terkubur selagi jasad tidak disemadikan ke liang lahad. sekarang aku punya pelbagai cerita yang bisa menghempas perasaan sedih yang sering mengulang ke dalam perasaan yang sering gundah. lari dari masalah bukan penyelesaian terbaik yang ada. hidup punya pelbagai pilihan.aku belajar lalui semua ini sekarang.dulu sering jua aku lari masalah.aku hanya manusia yang punya pebagai cerita dan masalah yang sentiasa menlingkari kehidupan. tak kan terputus selagi bergelar manusia yang punta nyawa.aku kagum dengan ketabahan manusia yang tidak putus asa dalam kehidupan. Kita diuji dengan macam macam perkara.betul kata ma aku, jangan tgk kita punya kelemahan, tgk org lain punya kelemahan. sebab kita sentiasa jadi tidak bersyukur apabila terlalu mengagungkan kelebihan orang lain.teringat dengan satu kata dari novel yang aku lupa tajuknya 'hidup tak selalu indah , hati tak selalu gundah.

p/s : aku menulis ini untuk mengurangkan apa yang tidak boleh terluah, walau sebenarnya tidak terluah sepenuhnya...........

Wednesday, March 10, 2010

aku sebenarnya tidak mempunyai kekuatan untuk bertemu dengannya. sudah ku bayangkan layar layar hitam yang akan terlakar dan memusnahkan apa yaang sudah terbina.rakan rakan ku telah lama menghimpun cerita cerita tentang dirimu dan dirinya. walaupun kadang kadang aku tidak mahu menyimpannya dalam memoriku,namun terbias keluar jua, meracau fikiranku.
Sudah tertulis pertemuan petang itu terjadi jua walaupun aku tidak begitu ikhlas untuk melaluinya.
Kenapa, nak jumpa Irdi
Aku tenung wajahnya ,yang aku rasakan sudah tiada ketelusan lagi tentang perasaannya padaku.
Irdi,banyak dengar cerita tentang abang kan
aku memberikan respon yang kaku. menantikan tindakan dia seterusnya.
abang tak tahu nak mulakan dari mana

Tuesday, March 2, 2010

Tiada barisan kata yang dapat memperindahkan perjalanan ini.aku hanya menunggu.menyusun semula yang telah lama menyusut dari hati yang tenang.
Irdina menyusun langkah yang tidak teratur rentaknya.menyusun perjalanan ke rumah sewanya.tidak jauh jaraknya.Cuma lelah yang tidak tertanggung menperlahankan rentak yang telah lama sumbang. Langkah disusun seiring dengan hamparan peristiwa yang bertandang petang tadi.satu persatu terlayar di ruang ingatan Irdina.
Irdi, boleh jumpa tak nanti,lepas waktu makan ya.
Pesanan ringkas yang diterima tengah hari mencetus tanda tanya. Pemulaan lara pada petang ini.
Kenapa , perlu jumpa petang,tak boleh tunggu ya
Pesanan dibalas menginginkan kepastian. Entahlah..naluri Irdina dapat merasakan sesuatu yang tidak menyenangkan bakal berlaku terhadap hubungan yang telah lama terjalin.rasa resah dan gundah saling bertingkah . Disabarkan hati dan cuba berlagak tenang .


akan bersambung .................

Monday, March 1, 2010

aku tidak mahu hujan ini berhenti.aku tidak mahu pelangi hilang dari keindahan mataku.hujan........memberi aku kekuatan untuk menangis.pelangi..........memberi kekuatan untuk aku mencipta mimpi.sisir angin memghembus.membelai lembut perasaanku.seluruh alam memberikan aku kekuatan untuk berispirasi.kerana terkadang aku takut dengan alam realitiku.gundah hati aku kini sukar ku usir.peristiwa petang benar benar menambahkan relau di hati. aku cuba berlari sekuat mungkin walaupun sebenarnya langkah ini lemah dan sering terjatuh.. malang sering kali tidak seiring dengan kehendak hati.aku cuba lari dari peristiwa itu.lari dari yang namanya tidak mahu aku ungkapkan.
kedinginan semakin mengila dan menghunus di setiap penjuru tubuhnya. menambahkan rasa sakit di setiap nafas. aku cuba bangun.bangun dari setiap perasaan sedih yang sedang yang menghempas emosiku.ohhhhhhhh.........aku sedang membiarkan emsi mengatasi pertimbangku.
Irdina menghela nafas yang panjang.cukup panjang dengan derita yang ditanggung.atau perasaannya cuma. entahlah..........menghadapi peristiwa petang tadi cukup menakutkan.cukup membuatkan dirinya nanar.hujan semakin reda.angin semakin perlahan tiupannya.mungkin cukup mengerti rasa hati yang semakin pundar dari rasa resah. Syukur padaNya yang tidak pernah lupa untuk terus bersamaku.Aku yang terkadang lupauntuk mengingatNya.aku cuba mencari jalan pulang.Pulang ke rumah sebenarnya.Tapi yang penting pulang dari terus mengulangi jalan kehidupan yang cukup malang.


bersambung.....................