Monday, December 5, 2011

Bukan....

Mengeluh. Hembus nafas. Mengeluh lagi .Bila mana bukan semua cerita untuk dikongsi. Takut cerita tidak akan sama dengan maksudnya. Sakit hati ini saya simpan. Kalau ini yang terbaik buat masa ini, saya pilih jalan yang ditentukan. Ya saya tak punya apa apa untuk dijadikan alasan dan sandaran. Demi untuk mengejar tuntutan duniawi dan kehendak orang lain, saya akur. Sampai masanya saya pergi. Saya bukan golongan terbaik. ini bukan cerita Korea yang selalu 'Happy Ending'. Ending tak sama dengan apa yang saya hajati. tapi saya tahu Allah punyai  jawapan yang lain yang terbaik untuk masa akan datang.


Tuesday, November 8, 2011

sudah sampai masanya

maaf jika perkataan perkataan dalam entri ini tidak menerangkan maksud sebenar di hati. apa yang terpamer di luar kini tidak akan sama dengan perasaan yang hebat bergelodak di dalam. Terima kasih Allah kerana permudahkan segalanya. Terima kasih juga insan-insan yang baik hati kerana membantu menyempurnakan urusan pengebumian ibu tersayang pada 28 oktober 2011 lalu.


Tiada siapa yang mampu menolak takdir. Benar,jika janjinya sudah tiba akan diambil segala yang menjadi milikNya. Benar juga hati ini bergoyang juga menerima ketentuan ini. insan yang paling dekat telah tiada.insan yang sentiasa percaya dengan diri ini di kala semua orang meraguinya. Terasa sebahagian diri ini telah dibawa pergi. terasa jalan di masa hadapan akan penuh likunya. terasa berat ujian yang diberi. Terasa hati rapuh memikirkan semuanya tidak akan kembali seperti sedia kala.  Ya Allah...kuatkanlah hati ini. untuk menbendung rasa rindu ini....


Menjalani hidup tanpa ibu dan ayah begitu perit. Apatah lagi tanggungjawab yang tergalas selepas ini. Selepas ini tiada akan lagi panggilan telefon untuk melepaskan rasa rindu. Apatah rasa masakan bonda yang enak. Klise bukan. Katalah kenapa tulis semua ini setelah dia telah pergi,Tapi ayat ayat tersusun dari hati. 


Cukuplah , tak nak menangis lagi........



Friday, October 21, 2011

kisah ini

Kisah aku dan insan yang kurang yang lain yang mungkin tidak memberi makna pada sesetengah manusia.  Mungkin juga tidak akan memberi kesan di atas kesempurnaan yang dimiliki. cerita selanjutnya di kisah ini.



Monday, October 10, 2011

Kalau nak baca, maka Bacalah...

Saya Mahu Kumpul Duit Banyak2. Tak Perlu pencen tunggu 60 tahun. Dapat masak dan makan tengahari tepat pada masanya.hihihihihi...(eh apa kaitan). boleh buat suka suka hati. tak pun ada syarikat sendiri.  boleh la buat syarikat ,ikut peraturan sendiri. Makanya, tiada  orang akan marah marah .hihihihihihi...


Tak perlu dilenyak durian. Tiada lagi dilanggar durian yang amat mementingkan diri. Durian tak nak ambik tahu masalah timun timun yang berada di sekitarnya. KERANA BERBEZA DARJATNYA.


p/ s : Karangan ditulis mengikut perkadaran emosi yang bukan bukan. jadi sila jangan percaya.


Tuesday, August 23, 2011

bUkAN kIsAH cInTA 1


BAB 1
Aku tidak mahu hujan ini berhenti. Aku tidak mahu pelangi hilang dari keindahan mataku.    Hujan memberi aku kekuatan untuk menangis.pelangi, memberi kekuatan untuk aku mencipta mimpi . Sisir angin menghembus.membelai lembut perasaanku. Seluruh alam memberikan aku kekuatan untuk berinspirasi , kerana terkadang aku takut dengan alam realitiku. Gundah hati aku kini sukar ku usir. Peristiwa petang benar benar menambahkan relau di hati. aku cuba berlari sekuat mungkin walaupun sebenarnya langkah ini lemah dan sering terjatuh. Malang sering kali tidak seiring dengan kehendak hati.aku cuba lari dari peristiwa itu . Lari dari yang namanya tidak mahu aku ungkapkan. Kedinginan semakin mengila dan menghunus di setiap penjuru tubuhnya. Menambahkan rasa sakit di setiap nafas , aku cuba bangun. Bangun dari setiap perasaan sedih yang sedang yang menghempas emosi. Aku sedang membiarkan emosi mengatasipertimbanganku.

Irdina menghela nafas yang panjang.cukup panjang dengan derita yang ditanggung.atau perasaannya cuma. Entahlah ,menghadapi peristiwa petang tadi cukup menakutkan.cukup membuatkan dirinya nanar. hujan semakin reda.angin semakin perlahan tiupannya.mungkin cukup mengerti rasa hati yang semakin pundar dari rasa resah. Syukur padaNya yang tidak pernah lupa untuk terus bersamaku.Aku yang terkadang lupa untuk mengingatNya.aku cuba mencari jalan pulang.Pulang ke rumah sebenarnya.Tapi yang penting pulang dari terus mengulangi jalan kehidupan yang cukup malang. Tiada barisan kata yang dapat memperindahkan perjalanan ini.aku hanya menunggu.menyusun semula yang telah lama menyusut dari hati yang tenang.
Irdina menyusun langkah yang tidak teratur rentaknya. Menyusun perjalanan ke rumah sewanya.tidak jauh jaraknya. Cuma lelah yang tidak tertanggung menperlahankan rentak yang telah lama sumbang. Langkah disusun seiring dengan hamparan peristiwa yang bertandang petang tadi.satu persatu terlayar di ruang ingatan Irdina.

Thursday, August 18, 2011

Hujan....


Mendongak  langit.Hitam warna awan. Angin tidak lagi bertiup simpul bahasa.  Rasa sejuk telah mengambil tempat. tidak perlu berkira kira bila bas mahu menjemput.

Datang sebuah bas. Ternyata  bukan destinasi yang hendak dinaiki rupanya. kelihatan banyak bas di seberang jalan. tapi ternyata bukan untuk destinasi pilihan. 

Datang lagi bas lain. ramai orang turun naik. masih di situ. menunggu bas yang sebetulnya. Awan kelihatan semakin memberat. bila bila masa akan terjadi hujan. Bas bas lain terus lalu  lalang. Ya Allah ...jangan Kau turunkan hujan sekarang.  tidak berpayung. Tidak  upaya  mengharung kebasahan yang bakal terjadi.

Hujan Turun jua. Begitu kehendakNya. Tiada sesiapa mampu menahan .

Dan Ujian Allah telah datang. Berserta Rahmat yang bukan sendikit.
Teruskan perjalanan. Bas yang dinanti tidak jua tiba. Sekarang yang digunakan adalah kaki yang dihayunkan yang merupakan jua pinjamanMU.

Kenderaan lain semakin bertali arus. Namun tiada sesiapa yang pedulikan hayunan kaki ini. ahhhhhh....ini bukan cerita korea. Bukan juga dogeng yang selalu diprovasikan.

Syukur .. dengan IzinMu .....sampai jua ke destinasi....

Assalamulaikum.....

Pelangi muncul akhirnya....

Wednesday, July 27, 2011

Dear Mr Raja..

Dera Mr Raja...


Dear Mr Raja
Sebelum itu, dimaklumkan ianya tiada kaitan dengan Mr Raja Sekolah Wira Bakti.
ataupun sekelian makhluk di dunia ini.

Sambung.....
Ya Mr Raja,
Allah berikan kau kuasa kedudukan, pangkat pada kau hari ini adalah insan terpilih  kerana kau diberikan ujian sebaik mana kau gunakan untuk kesejahteraan makhluk yang lain.
Bukan untuk ditunjuk2, ditinggikan darjatmu kerana kuasa yag ada pada kau sekarang
jauh sekali untuk kau memijak mijak insan yang berada di sekelilingmu
apatah lagi untuk menggunakan kuasamu atas kepentingan peribadi.

Mr Raja
selagi denyutan nafas kita berdenyut
selagi itulah kita ada kebenaran untuk membaiki kesilapan
kita semua ada kesilapan masing masing
itu namanya manusia
saling memperbetulkan kesilapan itu perlu

Sambung lagi Mr Raja,
di dunia hari ini
kita dibezakan pangkat,kedudukan, kuasa, kenderaan yang di bawa
itu semua kasta yang diberikan manusia

Di Akhirat
Iman yang menentukan di mana kedudukanmu

Yang terakhir Mr Raja,
.....................................................................
kosong
.......................................................................
kosong lagi,
malas sudah menulis

Apa  yang diberi bukan untukmu seorang,
pinjaman yang harus dilunaskan sebaiknya
sebelum yang Maha Berkuasa mengambilnya semula.....


Dari
Awek Botak yang tak jadi.



Monday, June 27, 2011

masa depan.

Sebetulnya,
Sudah Bosan di OUM. Belajar HR bikin aku makin bosan. sudah tidak ketemu cabaran baru. Rasanya ingin berhenti belajar dahulu. kemudian cari universiti yang lebih laku ijazahnya,macam UITM. teringin ke Uitm. ingin berubah angin . ingin belajar sesuatu yang lebih mencabar. 

takut keputusaan yang akan dibuat tidak menguntungkan. Yuran tak mahal sangat. cuma mungkin segalanya akan bermula dari kosong. bagaimana?

Tuesday, June 21, 2011

To Mr Canon

Mr Canon,
Selalu cakap saya fikr selalu jauh dan kadang kadang tak logik.
Emmm..katanya dia baru sampai kat Shah Alam.saya dah sampai India.
Kadang kadang betul.Runsing yang bukan bukan. katanya terima apa berlaku sewajarnya. 
Allah pasti akan tolong.
Tapi dah banyak kali cakapnya betul
saya susah hati tak ada kenderaan nak pergi pejabat, tiba tiba ada jer Mr Nadiputra yang direct ke pejabat.
Laptop rosak.saya ingat abis la duit saya. tapi tak sampai 100 pun.dalam masa 2 jam dah boleh baiki. 
dan sekarang saya tak berapa yakin  boleh drive dengan baik.
tapi disuruhnya saya try terlebih dahulu.
insyaallah masih dalam proses.
baru mulakan step pertama.
Moga saya dapat memiliki lesen suatu hari nanti

Mr Canon,
terima kasih kerana selalu yakinkan saya
walaupun tak seromantik Mr Seth Tan
walaupun tak sehandsome Abang Seth Tan.
walaupun tak sekaya Seth Tan

Moga Allah restui hubungan kita.
Moga tahun depan impian kita jadi kenyataan

Saturday, June 4, 2011

aku tak tau apa nak tulis tapi nak tulis gak

Thursday, June 2, 2011

Bukan Sesiapa

Kita mulakan cerita yang tiada kesudahan. . Kita bubuh racun yang bisanya menjadi santapan paling enak untuk membunuh jiwa ini. Tak perlu nampak lukanya agar orang lain boleh tiada bercerita tentang kekurangan kita. Dan kita semakin alpa luka ini. Kau bilang aku sudah mencipta demdam yang tidak kau inginkan. kau karangkan  cerita cerita duka kita. kau cerita tentang dia. dia yang aku cemburui dalam dia. Dia yang jadi baik depan mata kau. Dia yang suka ungkitkan tentang kekurangkan aku. Dia gemar ungkitkan ayat mengada gada. CIS...aku memang bencikan dia.

lagi. Sekarang aku ingin bercerita pasal lain. kau sudah tolak ketepi. makin sakit hati. Buanglah aku jauh-jauh.aku lagi suka.

dan aku semakin tawar. sungguh. aku bosan mengulangi rutin yang sama. biarlah. Serahkan pada Allah . DIA yang punya jawapan yang pasti

Wednesday, June 1, 2011

Maaf.....

Maaf....
Sudah letih menunggu kalau jawapanya masih sama
Jawapan yang buat aku makin kecil hati
tak usah bermanis manis mukadimahnya
tak perlulah meleret leret alasannya
aku sudah tahu jawabanya
alasan yang membodohkan diri sendiri 
bikin aku semakin tak percaya


Maaf
semakin jauh dari tujuanya
mungkin kita yang lari 
atau makin tidak mengerti
akan makna sebuah hubungan


Maaf
Makin marah dengan diri sendiri
makin marah dengan jawaban jawaban bodoh yang kau cipta



Monday, May 16, 2011

tak penting

Assalamulaikum.....
Dibawah ini disenaraikan perkara perkara yang terjadi apabila keseorangan di rumah:

1) Magee. ya selama ini tersimpan di almari dapur berjaya dihabiskan dengan jayanya.Alhamdulilah.Ada jugak makanan untuk dimakan

2)Beras. masih lagi tersimpan kemas di dalam bekasnya.Salah la. bukan dalam bekas tapi belum lagi diletak dalam bekas. Masih tersimpan seperti mana yang dibeli sebulan yang lalu.

3)lauk basah(betul ker). masih ada lagi tersimpan lagi di dalam peti ais. kesian laukku. menunggu masa untuk rosak. sabar la sayang tuanmu ini tiada berupaya untuk memasak.

4)Laptop dan tv sentiasa terpasang untuk menghilangkan kesunyian di hati(terima kasih kerana sendikit sebanyak berjaya menghilangkan rasa yang sentiasa bertukar hati)

5)Projek 5s di rumah hanya dilakukan seminggu sekali. tiada kekuatan dan daya untuk menlakukanya pada hari hari biasa.

6) dapat boyfriend baru. thanks you mr canon kerana memberi peluang untuk bersama boyfriend baru.hihihihihi

6) dapat main games sepenuhnya. dapat mencari lagu lagu yang dikehendaki seperti zaman dulu kala ( untuk mengisi masa apabila mencapai tahap kebosanan yang menlampau)

ini saja untuk ini. banyak yang dikongsi tapi sekarang perlu dipendam dalam dalam.huhuhuhuhuhuhu...........

Wednesday, April 13, 2011

cacat lagi

Kan dah cakap Orang Cacat ini jadi bahan mainan.. bagi tak cacat mungkinkan cakap  alahai mudah terasa sangat sangat orang cacat ini. macam tu pun nak terasa......jadi orang cacat semua .. dijadikan cacat bukan pilihan anda...Takdir Allah... dok diam diam....terus masuk stok pendam dalam hati ok..

Entri dengan sungguh beremosi...dengan kaitan entri di blog ini .
Lanjut di http:sini

Tuesday, March 29, 2011

KELAINAN UPAYA

OKU biasanya lebih banyak memendam perasaan berbanding orang normal lain kerana mereka 'tidak berhak' untuk marah atau meluahkan perasaannya..
Ini adalah status fb taman senasib . Teman yang kelainan upaya macam aku.aku mencari kebenaran melalui kata kata tersebut. Senang untuk difahami maksudnya
Tiada hak untuk marah.
Tiada upaya untuk memzahirkan perasaanya. Pendam dalam dalam.
Diluah kadangkala disalah erti.
Tercuit sendikit emosi yang terkeluar dikatakan mudah amarah.
Ya golongan kami tidak dibenarkan berperasaan yang bukan bukan. Yang mudah untuk orang lain berfikir yang macam macam . Tersalah sendikit akan dikutuk sewenangnya wenangnya. Dijadikan mainan untuk orang bahan lawak setengggah manusia normal.
Tak sedar diri.
Cepat sangat terasa.
Mungkin dua ayat ini kedengaran biasa. Tapi bagi manusia kelainan upaya seperti kami, sedap bunyinya untuk disinggung perasan ini. Ya lah kami memang sentiasa memerlukan bantuan orang lain. Tapi wajarlah bersikap stok stok diam agar pertolongan sentiasa diperoleh.



Nampak macam entri ini tidak puas hati dengan apa aku terima kan. Dah lama nak tulis . Baru hari dikeluarkan untuk blog ini. Harap tiada salah faham untuk sesiapa. Simpati?

Sudah aku mendapatkanya. Jadi entri ini bukan untuk simpati. Aku punya sendikit upaya untuk menulis . Jadi aku biarkan ianya menjadi catatan di sini. Harap maklum./

Wednesday, March 16, 2011

sendiri.

Menonton cerita gemilang , membuatkan saya kagum dengan manusia yang dikurniakan gold heart. Kerana pada masa sekarang memang sukar ketemu manusia sebegitu. kisah cikgu cikgu yang hidup pada zaman 70 an,serba kekurangan tapi tidak pernah putus asa untuk memberi pendidikan sempurna untuk anak didiknya. sanggup kena hemtam, sanggup bergelap dalam kebun getah semata untuk kesejahteraan muridnya. sanggup jadi kuli untuk merasa pengalaman muridnya yang susah. zaman itu rasanya semua orang  merasakan pelajaran itu penting untuk bangunkan diri. betapa banyak pengorbanan terpamer dalam siri berkenaan.

Sekarang....manusia hidup dengan kepentingan sendiri. Berapa ramai yang akan bersorak gembira akan kejatuhan orang lain. Berapa ramai manusia akan merasa bahagia apabila orang terasa derita. Berapa ramai orang akan gah berkata berkata dengan perasaan angkuh, kekurangan orang lain.

Tuesday, March 1, 2011

Entah dari mana nak mulakan penulisan ini. Tak jumpa dan tidak tahu  menyusun entri ini agar sampai maksudnya.

Tak Perlu merungut. Tidak perlu berkeluh resah. Tidak usah mencari kesalahan orang lain. tak payah susun hubung kait itu dan ini yang jadikan keadaan begitu. Memang sesekali kita akan rasa putus asa.  mEMANG ATURAN HIDUP KITA ALLAH yang tentukan. jadi, jalani sahaja seadaanya. 

Ini bukan untuk sesiapa. Untuk ingatan diri sendiri agar terus tabah menjalani apa yang aku pilih. Tak ada orang yang paksa aku jalani kehidupan sekarang. Belajar sambil kerja memang sangat sangat susah. Adakalanya timbul masalah yang terjangka. Banyak yang perlu dikorbankan . Semoga tiga tahun ini, aku tidak tertewas dengan dugaan yang diberi. Belajar terima tanggungjawab yang diberi. 

Ma, terima kasih atas doa yang tidak pernah putus. Along tak janji apa apa. Semoga Allah panjangkan umur ma dan tengok Along ambik skrol degree pulak. Walaupun, tidak bermakna untuk orang lain, tak per kan ma.  

ok, untuk Mr canon, tolong jangan mudah putus asa. Kuatkan semangat. jangan terlalu ikutkan perasaan. fikir masa depan. bukan untuk sesiapa. jangan buat demi saya. Saya bukan sesiapa untuk awak buat masa sekarang. Saya tahu awak boleh . Cuma jangan mudah bosan. Jangan mudah berserah. 

Wednesday, February 23, 2011

Emmmmmmmmmmmmmm.......

Kedit to Razzi Rahman........saya copy......

Ok girls, this is special for you!

So, adakah anda tahu isi hati lelaki? bagaimanakah anda boleh mengetahui apa yang lelaki fikirkan? Apakah yang terpendam di jiwa lelaki? Apakah anda sebenar-benarnya tahu kemahuan sebenar lelaki? Bagaimana pula dengan kebencian mereka?

True enough many man, makes women became 3 things... confused, confused and yes confused! Hehehe... well, bagi mereka yang sudah memiliki buku-buku dan ebook Razzi, for sure dia orang sudah ada jawapan secara detail.
Tapi bagi mereka yang belum tahu tu…

The truth ...LELAKI IS VERY SIMPLE! …ISI HATI LELAKI, lagi lah mudah untuk diketahui. Tetapi ramai wanita hanya mahu memahami dengan cara mereka sendiri apabila ianya bertentangan, lalu dikatakan lelaki itu complicated!
Mana ada complicated? Lelaki is easy to understand, contoh :-

Contoh 1 : Jika lelaki kata, TAK MAHU. Jangan lah pula tanya “Mengapa tak mahu, pelik lah you ni.” – Aik? Tengok, dah buat complicated. Lelaki cakap TAK MAHU. That’s it, and that’s all…
  • Isi hati lelaki : Apa lagi yang nak confused? Dia tak mahu, tak suka, tak berminat… habis cerita lah. Tak ada reason lain, tak perlu pelik-pelik, just terima je, dia TAK MAHU.
Contoh 2 : Lelaki kata, “Kalau kita ada jodoh ada lah, tapi buat masa sekarang I nak fokus pada kerja I. Sekiranya you bertemu dengan lelaki yang lebih baik, I redha” – Okay, simple habis… ini adalah contoh lelaki yang cakap berlapik dan sopan serta mahu menjaga hati wanita.
  • Isi hati lelaki : Yang sebenar dia nak cakap, “I tak nak kat you, jadi you pergi dengan orang lain je lah!”
Contoh 3 : You syok kat mamat ni, dia okay la layan you. Pastu dia sangat rapat dengan you dan you suka sangat dengan cara dia, kemesraan dia pada you. Tetapi, dia tak pernah cakap yang dia nak kat you. Atau dia tak pernah pun bercerita tentang how he felt for you. So you beranikan diri kata you suka dia, and dia pun kata dia suka you. TAPI, you still confused, samada you dan dia ni bercinta ke?, atau akan ada percintaan ke?, atau maybe dia malu nak cakap dia berminat dengan you ke…you confused.
  • Isi hati lelaki  – TAK PERLU CONFUSED! – Dia nak kat you dia akan cakap atau dia akan berkorban apa saja kat you. Dan dia akan jadi giler-giler nak berkepit dengan you setiap masa. Dia akan kelam kabut nak berhubung dengan you setiap hari That’s it! – Kalau dia tak cakap, that means dia tak nak kat you lah… Simple!  Segala kemesraan dia hanyalah sekadar kawan biasa, of all you know, dengan all girls kenalan dia pun, dia macam tu.
Contoh 4 : Lelaki ni selalu call you, dia juga selalu ajak you keluar, makan-makan, minum-minum dan sometimes shopping. Kalau ada apa-apa masalah je sure dia akan contact you dah menceritakan segala masalah dia kat you. You become confused sangat… “Kalau betul dia ada girlfriend atau dia suka kat girl lain, pasal apa dia asyik cari aku ek?”
  • Isi hati lelaki – Lelaki berkawan, BUKAN hanya dengan lelaki saja. Dengan wanita pun dia boleh anggap true friend seperti kawan-kawan lelakinya jugak. Tak boleh ke? Hehe… dia suka keluar dengan you dia suka shopping dengan you, sebab dia suka tengok reaksi dari pandangan wanita, that’s it! It’s got nothing to do with feelings!
Contoh 5 : Dulu lelaki ni beriya-iya sangat menghubungi you, hari-hari call dan berpuluh sms setiap masa. Sampai rimas lak… so after a while, dia dah kurang sms, call pun dah tak ada. You pulak yang asyik call dia, you pulak yang berpuluh sms kat dia. Tu pun dia reply sekali je. Sometimes tak reply langsung. Sometimes berhari-hari atau berminggu dia senyap. You confused… “Apa salah I? Apa yang I dah buat?”
  • Isi hati lelaki – “It isn’t you! It’s me…hehe” – Yaa, the truth is lelaki itu sudah tidak berminat. Dulu yes berminat dan suka sangat kat you, just that maybe ada girl lain yang lebih baik, atau maybe perangai dan cara you membosankan jadi, semangat untuk bercinta dah hilang, nak call, nak sms… jauh sekali la kan. It’s that simple, …dah tak berminat, asyik bertekak, bergaduh bosan!
Contoh 6 : You rasa pelik, lelaki ni…macam biskut, sekejap ada, sekejap tak ada. Sekejap muncul sekejap ghaib, hilang tah kemana. Tak ke dia rindu macam you rindu kat dia? Confused! Confused!
  • Isi hati lelaki – RINDU, bukan tak rindu tetapi lelaki itu sudah beristeri. Atau lelaki itu sudah ada tunang atau kekasih yang cukup ketat ikatannya. Masa muncul tu, masa dia free dari ikatan tu lah. Masa hilang tu, duk dengan bini lah beb… hehe simple! ;))
Contoh 7 : Kat office ada laa seorang lelaki ni, pemalu, cute tapi juga peramah orangnya. Baik hati, sometimes siap belikan you makan dan minuman. Selalu belanja you dan kat meja dia, selalu tersenyum simpul kat you dan kalau dia ada masalah kerja dia pun selalu cari you. Padahal ramai lagi girl lain. Hati pun berkocak, jiwa pun bergelora, teruja dengan sikapnya. Adakah dia syok kat aku? Adakah dia berminat dengan aku, tapi MALU nak cakap?
  • Isi hati lelaki – YES, lelaki itu berminat dengan you tetapi dia juga berminat dengan girl lain juga. Kalau tidak dia sudah lama cakap, I love you WALAUPUN dia pemalu. Mungkin dia cakap melalui perbuatan. Atau pengorbanan. Since dia tak buat dan tak sanggup pun bersusah payah untuk you. Maybe he JUST BEING NICE saja ;)
Contoh terakhir : You sudah bercinta lama dah…lama sangat! Okay lah you tahu lah you dan dia dah kurang mesra sebab you all pun selalu sangat bergaduh! TETAPI you confused dan geram sebab tiba-tiba je dia menghilang diri lama, dan bila dah lama tu baru cakap nak berpisah. Dia tak explain pun sebab apa nak berpisah, in fact dia tinggal you gitu je, tak ada kata-kata akhir dan penjelasan, how you wish to know apa silap you dan mahu perbetulkan.
  • Isi hati lelaki – TAKUT! …ingat senang ke nak cakap kat girl, “Eh I nak berpisah dengan you!”   Takut tau hehehe…itu yang belah gitu je tu. Pastu nak explain apa lagi…dah memang tak suka dah, takkan nak cakap kat you dia tak suka, atau dia dah bosan dengan you? nanti you melenting, menjerit dan cekik dia hahahaha…
Basically...
It’s like my article yang lepas bertajuk, “It’s either YES or NO!” that simple lelaki ni. Kalau dia nak dia akan cakap dia nak, dia syok kat you. Kalau dia tak nak, dia tak berminat dia takkan cakap. End of story.

Kalau dia ajak dating just the two of you, ajak keluar dinner hanya berdua, ajak join group holiday, dia berminat untuk memulakan perhubungan cinta atau mengorat lah tu. IF dia tak ajak… walau dia malu atau tidak, that means dia tak berminat. Tak perlu nak confused atau pening-pening kepala… this is all and that is it! Okay? From now on tak perlu lah nak perasan atau syok sendiri ya… all the best and good luck hunting! Hehe ;)

p.s. : Ingin mengetahui kesemua karya Razzi Rahman dengan lebih lanjut? - klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love

Monday, February 21, 2011

............


Lagu : Edry Abdul Halim
Penyanyi : Anuar Zain
SEDETIK LEBIH
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Untuk perempuan yang paling saya cintai di dunia,insyallah moga ini akan berkekalan...lagu ini sekadar luahan perasaan, tak bererti kalau ini hanya tulisan tanpa perasaan yang sebenar. hanya untuk mengambarkan betapa bermaknanya perempuan kesayanganku.

Friday, February 18, 2011

Entri untuk Kawan Lama.

cERITA sEORANG KaWan Lama. Kawan yang kukenal sejak berusia 7 tahun.Dirinya tidak tahan lagi dengan persoalan yang serupa. Ya usia kami wajarlah orang bertanya soalan yang ini. Dikala Teman teman seusia sudah ada teman hidup. Sudah Beroleh cahaya mata dalam kehidupan mereka.

Ibunya serta Kakaknya tidak sudah bertanyakan bila lagi nak kahwin. apatah orang dalam lingkungan hidupnya yang dijumpai setiap masa akan bertanyakan soalan yang sama.Persoalan inilah yang membuatkan selalu mengadu pada aku.

Kawan , manusia memang begitu . Akan bertanyakan soalan yang kau tidak punya jawapan. Bila nak kahwin ? kalau kau masih bujang. Bila kau dah kahwin , bila nak dapat anak ? . Itu jika masih tidak dikiurniakan anak. Bila dah anak pulak, orang akan sibuk bertanyakan bila nak tambah anak? Bila anak dah besar , orang akan bila nak dapat menantu? Tak akan habis kan soalan itu kan. Sudah mati kau akan masih jadi persoalan orang. Kenapa kau begitu? kau macam ni ker?

jadi, segalanya terserah pada ketentuan Ilahi. ada yang jodohnya cepat. Ada jodohnya lambat. apalaH dAYA kita untuk terus memilkirkan. Anggaplah orang yang bertanya sekadar berbahasa basi. Sekadar Ambil berat Mungkin. Mereka juga Tidak mampu jawaban yang utuh dengan soalan soalan itu. Kita pun akan bertanyakan soalan yang sama pada orang lain.

Teruskan usaha mencari jodoh yang baik untukmu. Aku hanya mampu berdoa. Soal Kebahagian bukan terletak pada usia kahwin muda atau tua.  Allah yang punya jawapan yang pasti akan lelaki yang merupakan jodohmu. 

Monday, February 7, 2011

Hampa

Itu saja perkataan yang sesuai ketika ini. Semakin kita mengali sifat seseorang, semakin kita kenal perilakunya.

Hampa.

Thursday, January 27, 2011

Indah

Semuaanya akan elok elok sahaja jika simpan dalam hati. supaya marah tidak menjadikan kita  musuh pada orang lain. pendam dalam dalam supaya hati orang lain tidak sakit hati. Supaya yang manis manis dan indah sahaja dapat dilihat. Jaga hati orang lain. Ya lah masuk kubur pun bukan kita gali sendiri. Bukan kita usung sendiri jenazah sampai ke liang lahad.

Tuesday, January 25, 2011

Sambungan Entri Maaf Dari Hati

Perkataan perkataan yang indah sedang disusun untuk memulakan entri ini. Memilih frasa frasa ayat yang mungkin bikin hati sedang panas bertambah gundah.  Kata yang disulam , dilekat pada entri ini tidak mungkin menerangkan apa yang sepatutnya ditulis. Kubilang,namun tersekat di helaan nafas yang sesak. terpadam menjadi kosong digaul menjadi hampa. Segalanya menjadi mungkin dengan rancangan manusia. Segalanya Menjadi Kenyataan jika ia aturan dari Allah.
Terima Kasih untuk segalanya......

Monday, January 24, 2011

Maaf dari hati

Pertamanya saya nak mintak maaf atas entri ini. Maaf jika ada yang terluka. terkesan atau ter yang seterusnya.

dari mana harus ia bermula. dari hati yang ikhlas. rasanya memang jawapan yang klise. bagaimana kepercayaan harus dimulakan dan bagaimana kalau kepercayaan itu tamat tanpa ada kesudahan yang baik. Tak Faham?
Keliru?
itulah perasaan apabila kepercayaan telah tiada. Bagaimana harus ditamatkan kesudahan yang sentiasa tiada jawaban yang jujur. tak perlu berkata ikhlas sedang hati tiada apa apa rasa. Ikhlas dan jujur satu kewajiban yang paling berat untuk dimaknakan. Bagaimana percaya tercipta andai kebohongan demi kebohongan semakin terselah. Biarlah kebohonganmu  menjadi noktah untuk diakhiri semua ini.

Saturday, January 22, 2011

Orang Cacat Pun nak Enjoy Jugak

Dah lama tek buat entri pasal cacat. Sebenarnya aku memang suka istilah ini dari pelbagai istilah yang diwujudkan untuk menjaga perasaan dan sensitiviti perasaan kami. Apa ada pada istilah wahwal maksudnya masih sama. Bukan jadi isu besar pun akan istilah yang digunakan .adakah penggunaan perkataan dapat mengubah pandangan sesetengah manusia normal.
Enjoy,apakah orang cacat  tak leh enjoy.fuh.enjoy dalam masih batasan.kekurangan tempat atau ruang sesuai yang menbataskan pengerakan menyebabkan orang cacat macam kami tak dapat menikmati kehidupan macam orang normal yang lain. Tak per la. Allah yang berikan nikmat hidup dah cukup baik. Sebab itu jangan rampas sendikt kehidupan yang diberi.jangan la sesuka pergi parking kereta tempat khas orang cacat. Kalu naik lif tu, nampak orangcacat , jangan la menlolong masuk , bawak troli barang atau kereta sorong anak tanpa pedulikan wheelchair yang nak masuk. Jangan persoalkan kemudahan atau potongan harga untuk orang cacat.jangan kupit sangat nak bagi bantuan. Dah susah nak pergi tengok wayang, apa salahnya kat rumah orang cacat ini ada astro. Jadi jangan guna alasan ada astro buat potong bantuan bulanan.

Ingat, anda yang normal. Anda ada kaki tangan yang sempurna. Jangan dengki dengan sendikt kemudahan untuk kami.

Wednesday, January 12, 2011

Tuesday, January 11, 2011

Korea, Drama Korea

Assalamulaikum......
Tok...tok....toing...toing (semuanya ada maknanya tau, biar aku jer tahu)

Seperti perkara di atas, (ayat cam surat offical office), saya nak bercerita drama korea. Sebenarnya, saya tak ada banyak info pasal pelakon atau drama yang terkini. Tapi setiap kali cerita korea terkeluar kat tv, pasti tak leh tinggal .kalu tak, tengok kat laman sesawang maduu, mysoju, youtube dan sewaktu denganya.korea drama cerita tak der sangat hal hal dunia koporat, cerita untung juta juta. Kereta besar besar macam sesetengah cerita melayu, pakai kot 24 jam. Mekap tebal tebal masa nak tidur.

Drama korea ,  kebanyakkaan cerita korea view dia cantik. Lagu pun best.cerita dia sweat sangat,nangis tak lebih2, baik pun ada jahatnya, bukan sebaik malaikat macam cerita indon tu.lupa pulak cerita indon aku tak berapa suka sangat sebab meleret leret. Dan mestinya ya ampun heronya dan heroinya baik sangat sangat. Asyik kena buli teruk. Dan jahat giler babas. Tak leh bleh.

Cerita melayu pun ada best. Aku pun tengok cerita melayu. Macam nurkasih, adamaya, blogger boy, ghost ( chop dua 2 cerita ni kategori melayu ker) hani, dan yang lain lain. Cuma aku memang cerita melayu yang orang melayunya terlampau kaya, dan pastu cinta terhalang sebab orang kaya dan miskin.sungguh tak teruja menontonya. Cthnya mcm cerita si capik tu. Mentang mentang aku ni capik.

Konklusinya, tajuk entri ini sepatutnya  korea , drama korea. Macam tak kena jer.persetankan. Ini aku punyer entri.

Saturday, January 8, 2011

dah tak der entri baru....

Jika ku tak bangun esok pagi,
Sayangku kau jagalah diri,
Sentiasa ingatkan hati,
Dirimu amat ku cintai.


Andainya dihimpit kesusahan,
Sujud dan mohon pada Tuhan,
Agar diberikan bimbingan,
Meniti hidup bersendirian.
Bila terasa sejuk, pejamkan mata,
Bayangkan dalam dakapanku,
Bila terasa rindu, pejamkan mata,
Kita bersua dalam lena.
*lirik lagu jika tak bangun esok pagi*nak bagi tahu suka sangat lagu ini sekarang..


Monday, January 3, 2011

10 11

Assalamulaikum.....


Saya mulakan entri pertama di tahun baru dengan mendoakan kesejahteraan untuk anda semua.
Tahun 2010. 28 tahun. Tahun 2011 dah 29 tahun. Alamak tahun depan dah 30 tahun. Apa dah ada angka 3 kat depan. Hish...tak kawen kawen jugak. Orang sebaya aku dah anak yang sekolah. Naseb la kan. Saya tak ditakdirkan untuk kawen mude.
Tak nak cakap pasal kawen la. Ok 2010 saya dah bergraduasi. Walaupun sekadar diploma . Dapat diploma pun macam tertunda jer. Dah dikira lewat. Tapi tak kisah la bagi aku. Sekurang masih ada peluang untuk memilikinya. 2010 ...putus cinta di awal tahun . Setelah dua tahun. Dan akhirnya di penghujung 2010 bercinta balik. Harap ini yang terakhir dan kekal selamanya. Malu nak mulakan percintaan balik. Terasa macam remaja . Hehehehe...
2011 ...misi saya adalah sambung degree. Dan comfirm jawatan dalam tahun ini jugak. Dikurniakan kesihatan yang baik. Percaya atau tidak saya tak pennah deman teruk dah dua tahun. Moga kaki ini tak sakit teruk lagi.