dulu bila aku pandang aku , aku akan tunduk mengalah. sedar diri cacat. jalan tempang . tangan tertutup sebelah dan terangkat sendiri. aku jadi rendah diri. hodoh benar di kalangan mereka yang cantik molek ciptaan Ilahi. kadang kadang bisik sesama sendiri.ya la dah kalu tengok mahluk pelik ciptaan Ilahi macam aku, mesti nak mengata kan. mulut yang cantik tu mesti nak kutuk tu orang cacat lagi hodoh macam aku. tangan yang sempurna tu mesti digunakan untuk tutup mulut gelak orang cacat dan kaki digunakan yang sempurna digunakan untuk untuk ejek orang macam aku ini.
orang kata jadi cacat ini, harus jadi sedar diri. tak boleh cakap lebih , kurang ajar katanya. kami tidak dibenarkan membela diri. kena biarkan diri dikutuk sewenang -wenangnya. dah itu kenyataanya, apasal nak nafikan.
banyak kali aku terasa. banyak kali jugak aku simpan dalam hati.
sekarang..........bila orang pandang aku , aku hanya semyum. tengok masih tak ada perubahan kan. pagi tadi betul betul buat aku sakit hati. sebenarnya aku dah perasan dua orang makcik (aku istilahkan makcik sebab tengok tudung agak labuh n tengok ada telekung dalam beg plastik).
duk belakang aku dalam bas.. katanya kesian kat aku. ok aku boleh terima. tapi bila aku dengar dia orang cakap, kerajaan kesian kat oku mcm aku ( apasal tak cakap cacat jer) , sb bagi tempat dalam perkhidmatan dalam kerajaan. kalu tak ada nya, sebab katanya menyusahkan. asyik cuti dan mc saja. lepas tu buat kerja sempurna sangat.rasa nak menangis je. siap sambung lagi , katanya syukurnya tak ada anak cacat.susah nak sekolah. knapa pandangan orang masih tak berubah? ke atau benar apa yang mereka perkatakan. aku saja yang tak boleh terima. dia orang pandang aku bila nak turun bas. aku semyum.........dan dia orang blah.
serius aku tak tahu. aku sebenarnya sedih. dan emosi aku terlebih.ya anggap jer emosi aku terlebih. sekian, edisi kali ini.
untuk pengetahuan mak cik tu, tahun ini , aku baru ambik sehari mc dan dua hari cuti rehat.cuti tahunan aku ada 20 hari lagi. banyak ker mc tu. nak cakap jer tapi dalam hati.
sekurangnye ko pelangi belum pernah cuti bersalin, cuti anak sakit @ demam n cuti mak mentua datang :)
ReplyDeletewakaka.......aku memang terasa bila dia orang ungkit pasal tu.........macam tak gune jer.........sesedap rasa jer nak bercakap....ingat orang cacat tak ada perasaan........
ReplyDeletesesetengahnye mmg cam tu pelangi.....diaorng ingt oku dpt keje kt goment sbb ade koata...
ReplyDeleteklu xde oku kt dunia ni
ReplyDelete-mesti lif xwjud
-tandas cangkung
-xde whelchair
-xde ram
-xde spe tlong lipat kotak
-xde pkerja buat smpul surat
yang paling penting
-rmai org normal yg kje kebajikan masyarakat menganggur.
-kesian ibu mengandung n warga emas(xde kemudahan)
x ada tempar khas untuk letak kereta oku yang orang normal tumpang letak kereta jugak.......
ReplyDelete