Friday, January 29, 2010

DI ATAS NORMAL

ni bukan lagu peter pan.tp lagu ni sesuai untuk situasi aku skg.dugaan semakin banyak merentangi kehidupan.aku sedang belajar supaya tidak lari dari masalah.walaupun terkadang aku cuba nak mengelak.walau berbaris ayat dan perkataan ditulis,tidak akan mampu merungkai sepenuhnya apa yang sedang bergelodak di jiwa.perasaan samakin terguris.tapi aku tebalkan hati untuk menerima semua ini.aku sedang belajar untuk menerima perpisahan ini.

Monday, January 18, 2010

aku tak tahu nak tulis apa tajuk untuk luahan kali ini. Awal tahun banyak betul dugaan mendatang.mula2 hubungan aku dgn rakan serumah.pastu masalah duit. masalah rumah kat kg.masalah laptop dan phone rosak.masalah rumah yang tak dapat lagi.ditambah pulak baru kehilangan seseorang yang aku sayang.aku tahu nampak remeh tapi cukup membuatkan aku bersedih.bukan salah sesiapa ini terjadi.puncanya aku.aku yang memilih untuk muncul dalam masalah ini.sabar la hati.walaupun sendikit keyakinan, secebis harapan yang masih bersisa.
aku cukup menyayangi si dia.hati ini tak kan pernah berubah walaupun luka yang ditinggalkan cukup membuat aku terluka seumur hidup.walau kadang kadang aku terasa sesuatu yang tidak kena dengan hubungan ini.dia telah membuang aku jauh dari hidupnya. benar benar terluka walaupun aku tidak tahu sebab perpisahan kami.terima kasih kerana membuat aku bersedih.tapi ,mengajar aku kenal sifat belang seorang lelaki.

Saturday, January 9, 2010

jiwang karat

aku tahu blog ini penuh dengan amukan perasaan aku. aku tidak tahu macam nak berkongsi perasaan dengan orang lain. jadi di sini aku dapat luahkan sendikit walaupun tidak akan dapat menghilangkan sepenuhnya apa yang terbuku di hati . pada mak, aku bimbang hatinya menjadi susah.puas aku cuba lupakan dia. tapi aku tak dapat.dulu aku bimbang sejarah lama berulang.kini jadi kenyataan.sungguhpun aku tak pernah bersuara.tapi aku punya naluri sebagai seorang perempuan.luka yang ditinggal kan cukup dalam dan membuat aku tidak keruan.aku rasa nak jatuh sakit. tapi aku tak boleh. aku tak tahu...........

citer kehidupan yang biasa2

kadang 2 aku rasa susah sangat menjalani sebagai seorang perempuan . berkali kali aku mengulang kisah cinta yang sama.berkenalan,bercinta dan berpisah.itu rutin ker dalam hidup. di tambah masalah yang terus melingkari kehidupan.ada yang senang sangat ambik kesempatan akan kesusahanku. aku tidak mengharap yang terlalu indah akan terjadi. cuma aku mahukan bahagia sedetik untuk aku terus bernafas di bumi Allah. kesunyian membuat aku bermunasabah tentang diri.

Thursday, January 7, 2010

akhir sebuah cinta

ni bukan tajuk novel.ni kisah sebuah cinta.realiti. walaupun tak sehebat cinta romeo dan juliet.ini kisah aku dan dia. berakhir sudah.aku dan dia kini dalam sebuah kenangan.sukar nak lupakan.andai hati ini boleh merubah kisahnya,tapi takdir tuhan mengatasinya.aku sedang belajar mengulang kisah sedih ini dan moga bertemu kisah yang lain pula.

Monday, January 4, 2010

aku dan karya

dah lama blog ini tidak diberikan warna.aku memang minat menulis.tapi akhir ini,banyak yang tak mampu aku tulis.entah.aku dikelilingi beban yang tak tertanggung.