365 hari adalah bersamaan setahun. itu fakta , yang sebenarnya tidak perlu aku bagi tahu.
11 Mei 2009.satu tarikh yang mendatangkan satu momen yang berbeza dalam rutin kehidupanku dan menukarnya 360 darjah ke situasi yang tidak pernah aku jangka. bermula dari itu, pagi-pagi kena kejar punch kad. kalu abg dan pakcik nadiputra lewat , maka angka merah akan tertera di atas punch kad.
bercampur gaul perasaan. mengubah apa yang aku tidak suka selama ini menjadi satu dari senarai tugas yang teah ditetapkan.membuat minit mesyuarat, membuat memo, membuat surat, bekerja dengan fail fail,membuat quantion,mengendalikan kursus, melayan pelbagai karenah manusia, mengendalikan temuduga.
benar, aku tidak menjangka akan tinggal di batu ini.bandar yang sememangnya mencabar dan kadangkala melenyapkan erti kemanusian. kota dikelilingi hipokritasi. bandar yang nilai materalistik lebih tinggi dari nilai kejujuran.
untuk aku sampai ke sini, yang indah dan gundah saling bertingkah, menjadi aturan yang sememangnya menyesakkan nafas.
Tapi aku bersyukur, masih diberikan kurnia untuk terus berjuang untuk survival kehidupan yang tidak akan berhenti selagi diizinkanNya. 365 hari banyak yang telah aku peroleh. menjadi makanan seorang kerani yang masih bertatih(kalu CP masih boleh bertatih?)
uisshhh aku juga masih bertatih walau usia menjengah dewasa.
ReplyDeletekerja itu satu ibadah...
ReplyDelete