Thursday, May 27, 2010

saya akan tinggalkan putrajaya.

malam ini aku balik kampung.yehaa....yebaa... yahoo mesenger.....eh yahoo........
perkataan perkataan di atas mengambarkan apa yang dalam hati di kala ini...

harapnya...... my broandband akan baik baik saja di kampung halaman. teruk sebenarnya coverange di kampung tidak sebaik perkhidmatan di Putrajaya.eh kat putrajaya pun delay. jugak ....macam canggih sangat .......

hidup tak kan lari dari masalah kan....kalau tak nak masalah datang .....bukan manusia namanya...
*sedang belajar untuk menangani masalah sebenarnya*
dugaan datang ,meranyap di salur kehidupan yang kadang kadang menjadi nanar yang bisa yang menjadi penyakit yang sukar dirawat.

Wednesday, May 26, 2010

cerita waktu malam.

hari ini aku terbabas tahap ke lorong kecemasan. tidur lewat. bangun pun mesti lewat.6.20 baru terjaga. nasib baik bas  nadi agak lewat ketibaannya hari ini/ terima kasih nadiputra kerana menyokong kelewatan ku bangun tidur. kalu lewat , mesti terkejar takut punch kad menjadi warna garang.  aku memang tak suka warna ini.

aku rasa macam menghadapi sukar menlelapkan mata. jam pukul satu, still tak dapat tidur. macam macam posisi tidur aku bikin, mata tetap berdegil menuruti aturan tubuh.

banyak sangat  faktor yang buat aku tak dapat tidur. banyak masalah  dalam ini kepala.
malam 2 macam bosan jer. bukak fesbuk pun bagi makan kat pet aku jer. nak mandikan dia. bagi bunga kat member. tengok apa yang boleh beli lagi untuk sejahterakan aku punya pet.tgk status kawan, rasa nak komen , tapi malasnya nak menaip.

aku menulis. cerita yang terkadang aku buntu untuk kembangkan ideanya. entahkan aku cakap sendiri merasa, sendiri tak faham.
blog ini pun terasa aku beri makan( maksud aku tulis entry). bosan.banyak sangat sepatutnya tertulis kat blog ini, namun aku memang tak nak tulis.memang tak nak.bukan tak nak. aku malas.

esok malam tak bosan sebab balik kampung.yehaaa.....yehaa....

Monday, May 24, 2010

saya tanpa blog tiga hari

hari cuti saya langsung tak jengok blog. rasa malas sangat sangat. aku memang layan perasaan.

minggu ni memang tak der mood. sebab hati dan jiwa dah ada kat kampung. minggu ni nak balik kampung.balik kampung adalah perkara paling menyeronokan apabila berada di perantauan kan?

perasaan yang terluka ini benar benar menragut kebahagian yang sedang cuba dicipta. bukan sebab ada bf baru, tapi aku memang tengah nikmati zaman tak ada bf. tiba tiba jadi macam ni, aku jadi penasaran. entah , sendiri merasa, sendiri tak faham.

dua hari aku menggelak dari terima call dia dan balas sms. aku benar benar mahu jadi kuat berhadapan dengan situasi macam ni. betul betul rasa terseksa.bila dia sapa via fb atau ym, aku ignorekan saja.

aku mahu layan lagu shahir. kebahagian dalam perpisahan. ada ker kebahagian bila dah berpisah?
ada ok. mungkin caranya berbeza. datang dalam bentuk berbeza. rasanya cukup la selama ini jiwa aku terkorban.aku sedang mencuba.

doa kan ya kawan kawan.....

p/s : lepas ini mesti ada lagi entry jiwang.di sini tempat aku menghempaskan segala perasaan.

Friday, May 21, 2010

10 ringgit

hati aku betul 2 sakit. duit 10 ringgit hilang macam tu jer.

cerita sebenarnya. malam si teddy mintak kol dia.ada hal mustahak. bila telefon , dia cerita kekasih dah start buat perangai.apa kena mengena dengan aku. tak ada tempat luahan.

katanya, apa dia buat dulu kat aku , jadi balik kat dia sekarang.
dah jarang sms dia.
dan tak angkat phone.
dulu ini situasi yang berlaku kat aku.

mintak nasihat konon. apa la orang macam aku boleh bagi nasihat.
aku pun hairan macam mana aku boleh tahan dengar luahan dia.
siap ada sunggestion lagi.
ya satu jer perkataan.
bodoh.
sumpah , aku tak tahu macam mana aku lalui situasi aku malam tadi.
blah......blah....aku dengar luahan dia.

terkeluar cerita macam maner dia curang dengan aku dulu.
aku betul 2 rasa cemburu dengan perempuan yang telah mengisi hatinya sekarang.

aku ingat boleh lupakan dia.
bila dah jadi macam ini, perasaan terluka kembali mengheret.
benar 2, terluka dan buat mood aku hilang.

sedar sedar kredit habis. 10 ringgit tu.
remuk rasa hati.

tajuk apa lagu ni

Takkan lagi aku menunggukau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta
Diriku tanpa dirimukau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa
Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku
Tapiku melepaskan mumelangkah
namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada


aku suka lagu ni. tp x ingat tajuk.rasanya soundtrack cerita sinderela kan....

rasanya lagu ini mampu menerangkan apa yang ada dalam hati sekarang ini....

aku tak nak letak tajuk

aku sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa untuk entry kali. jiwa aku sedang parah.bukan sahaja parah, malah sudah tidak ada perkataan untuk menerangkan perasaan yang satu ini.semalam banyak sangat pelbagai perkataan cuba dicipta , namun hari ini aku kebuntuan idea untuk menulis.




hati aku menangis semahu mahunya. baru aku sedar, betapa bodohnya kalau masih menyimpan satu perasaan ini. betapa aku setia selama ini. betapa aku menyayanginya secara buta tuli selama ini. apa yang dibuatnya , ditelan dengan satu sebab aku terlalu menyayanginya. betapa selama ini , aku sembunyikan perasaan ini. menjadi orang lain. menjadi manusia yang terbakar oleh perasaan sendiri.



rasanya apa yang ditulis ini tidak mampu mengeluarkan segala isi hati perasan ini.
saya akan tulis lagi mengenai satu perasan ini. biarlah blog aku hari ini, menjadi jiwang hari ini dan seterusnya

Thursday, May 20, 2010

saya tak der perasaan

semalam, adik bomgsu aku tel .
sekitar pukul 12.30 malam .
katanya, along , ma tak dok.
berkali kali dia ulang.
hanya satu benda buruk muncul yang fikiran yang mamai terbangun dari mimpi.

saya ulang frasa itu.
mengerti maskud aku dah lain.
dia jelaskan.
ma tak dok kat tempat tidur dia.
aku jadi hairan.

tiba tiba aku teringat.
anak jiran mak aku sedang sakit.
agaknya dia ke rumah jiran aku.
adik aku tak berani nak keluar.
aku suruh tinjau2 jer.
katanya ada banyak kereta kat rumah jiran.
aku memang agak ma aku ke sana la.
aku suruh dia turun rumah ke jiran tengok ma aku ada ke tak.
10 minit lepas itu, aku telefon balik.
syukur alhamdulilah , seperti yang dijangka ma aku ke memang berada di tempat itu.
aku sambung tidur balik.
rasa macam dalam mimpi jer.

Wednesday, May 19, 2010

padam n tulis balik......

beberapa kali entry ini ditulis dan dipadamkan balik. banyak idea . tapi entah la....ada sesuatu yang mengurungnya dari  keluar .MALAS.

tak tahu nak masak apa petang ni.MALAS.
rasa nak tidur jer. MALAS.

Kan best macam dulu2, tak payah  fikir pasal nak masak apa. tak payah kena hujan. tak payah kejar bas. tak payah kemas rumah. tak payah basuh bilik air.dah semua tak payah, payah jadinya hidup aku bila kena buat semua ini sekarang.

bangun jer, for sure ada breakfast sudah terhidang. sekarang kena beratur n bayar harga makanan.
tengahari dah ada makanan. tak payah susah susah nak basuh pinggang.
pas tu boleh tidur, kadang kadang sampai petang.
boleh masuk kelas sesuka hati.
tak ada yang marah.

pagi pagi tak payah kejar anak punch kad.

itu dulu. dulu yang banyak merubah kehidupan ku dan membawanya aku menjadi hari ini .

dulu, yang sentiasa aku rindui.
dulu, yang kisahnya  macam dalam fairtale.
happy ever after.

saya yang basah

bila hari hujan , saya jadi celaru. resah dan bimbang menjadi satu rasa yang resah.

aku memang tak rasa selesa bila time balik atau pergi kerja hujan. bukan tak suka, tapi pastinya mengganggu perjalanan saya yang sedia cacat ini. nak buka payung pun, memerlukan kosinterasi yang betul. ya la orang pakai dua tangan, aku hanya berfungsi tangan di sebelah kiri jer. apabila payung dibuka, mesti tak stabil dah berjalan . maner nak kawal payung, beg lagi, nak angkat kain lagi, nak control jalan lagi supaya tak terjatuh.
tu belum lagi kalu payung tu ditiup angin. jalan yang sedia tak stabil , jadi makin buruk.

aku memang merungut. saya bersyukur . saya cuma nak cerita kesusahan.agar orang mengerti.

ni masuk cerita dajal. tengah aku control diri dalam hujan, ada sebuah kereta yang baik hati, telah sengaja/ tak melanggar lopak air dan menyebabkan baju aku basah. aku fikir positif, mungkin dia tak sengaja. tapi kereta lain sebelum tu, tak langgar lopak air itu.dengan perasaan dikuasai perasaan jahat, aku doa satu hari dia pun kena langgar lopak air tapi cuma dalam hati.zalim jer.dan suatu hari bila aku dah ada kereta, aku langgar lopak air, dan basahkan baju orang lain.sebab tu, sampai sekarang,aku tak ada kereta.

Tuesday, May 18, 2010

untuk orang yang susah nak terima kasih.

wah hari nii sudah empat kali saya mengepos saya ni punyer entry.
kerana hari sungguh berasa bosan dan tension.

untuk orang yang tak mahu / tak susah ucap terima kasih.

ma aku selalu pesan, jadi orang yang diajar.
budi bahasa tu penting.
bila orang tolong kita ucap terima kasih.
bila orang bagi sesuatu,kata terima kasih.
jangan buat donno jer.

bukan susah pun.
just say it.
thank you.
terima kasih.
(tamil dan mandarin aku tak reti)
vano zeyas(spain, aku confom salah eja)

orang jahat jer, tak tahu ucap terima kasih.
ya lepas rogol, rompak , bunuh, tak kan nak ucap terima kasih......
kalu ada aku musykil perli ker apa?

jadi aku rasa macam jahat jer
kalu tak ucap terima kasih.....
pas tu boleh pulak buat rasa tak bersalah
siap boleh kenakan balik orang yang tolong kita..

kalau tak tolong, salahkan kita balik
woo..........tu dah lebih dari penjahat....

ok terima kasih kerana membaca entry aku sebelum ini, selepas ini, atau sedang membaca entry ini.

terima kasih juga kepada mereka yang buat aku rasa jadi orang cacat,buat aku sedar diri.

ya mungkin ada benarnya aku saja tak boleh terima apa yang orang normal fikir pasal orang cacat...
kena selalu tolong
suka menyusahkan....
membebankan kalian....
terima kasih sebab orang macam kalian banyak tolong orang cacat macam kami...

terima kasih kepada kerajaan ....
kerana bagi golongan kami bekerja....
terima kasih....

pada kawan kawan terima kasih....
untuk segalanya


pada ma (aku tahu takkan baca entry ini, kalau tak tunjuk)
terima kasih.....
jaga along
marah along
bagi makan minum
boleh terima anak cacat ini
along tahu
bukan semua ibu
boleh terima anak cacat
terima kasih....


Terima Kasih dan Bersyukur pada Allah kerana bagi aku nikmat kehidupan ini....
Tuhan.........aku hanya menumpang di bumiMu ini...


p/s : aku rasa macam baru menang anugerah.......
        kena buat ucapan macam ni

terima kasih ........

tukar template

aku pun bukan expand sangat lagi. masih dalam proses pembelajaran.

mula 2 g. draft.blogger.com. kat situ kna login sepertimana kita login dalam blog.

tekan templates.background.layout.

ni semua adalah untuk tukar template ikut kesukaan. pas tu tekan apply kat blog.
jika anda sudah template , tak payah la g alamat tu lagi. secara automatik, bila kita tukar template untuk kali pertama, bila klik dashboard , akan template designer.

tak payah guna hlml n bagai2 yang masih sedang aku belajar. ia kiranya salah satu aplikasi dari blogger.com

kesalahan dalam penjenamaan...

orang kita selalu salah cakap..apabila nak sebut sesuatu benda...sebab selalu sebut jenama bukan benda tu
contoh...

milo - minuman coklat
pampers - lampin pakai buang kan ( aku tak der anak lagi,sila betulkan kalu salah, kesian dengan huggies, drypers, and so on jenama lain)
panadol - nama betulnya paracetemol ( sori kalu salah eja, aku tak layak jadi nurse)
maggi- makanan segera...( kesian mee len , maggi jer dapat nama
clorox - peluntur pakaian...(yang ni,aku pun selalu sebut, sejak dari kecik, tp kalu sebut , peluntur pakaian sekarang ni, ma aku mesti cakap aku dah jadi orang putrajaya..)

rasa- rasanya ada lagi tak?

AKAKUKU NOKKOK MAKARAHKAH

bebfeb akakaku nokkok mafarahfah.

okongrangkang dokkok tafahuhu nokkok teferifimafa kafasihfih.tafahufu ofongrangfang bufuatfat sakalahkah.sifiapfap gefelakfak. kafalaufau nokfok oforangfang tofolongfong bufukanfan makaniskis mufulutfut.

makissa n anessa kau orang faham kan.

aku sefedangfang sumfumpahfah dafalamfam dafalam hafatifi.

sakit woo................

sakit sangat sangat.....................

Monday, May 17, 2010

pakwe baru saya.

kawan kawan, saya ada pakwe baru. tiap tiap saya mesti jumpa dia.. adat la kan. dia sangat handsome. tapi dah halangan sebab ada perempuan lain pun minat kat dia. nak saya tunjuk gambar dia tak?



beb , aku cuma minat kat dia. tapi kau orang muka dia macam seseorang yang pernah kita kenal kan?

aku nak berangan sekarang kerana aku tak der pakwe.hihihihihi

sebenarnya hati masih lagi gundah. pelbagai tanggungan sedang membebani. ingin menghela nafas lega. namun aku cuma manusia biasa yang terlepas dari dugaan yang menjadi kitaran sebuah kehidupan.

pelangi ini warna kelabu ditelan suram malam.

p/s gambar diambil dari google.

suci dalam debu

Suci Dalam Debu

Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlinding jua
Cinta bukan hanya di mata
Cinta hadir di dalam jiwa
Biarlah salah di mata mereka
Biar perbezaan terlihat antara kita
Kuharapkan kau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa
Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama
Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia
Bukan khayalan yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata
Kerana cinta lautan berapi
Pasti akan kurenang jua


kawan kawan senasib aku, lagu ini ada makna dalam hidup kita kan .........
tapi aku tak sanggup beb berenang di lautan api
kalau lautan wang aku sanggup rasanya...

Sunday, May 16, 2010

bila cinta harus memilih

cinta tu boleh dipilih ker?
cinta ada 2 pilihan....
gagal atau bahagia?

apa mengarut ni?
jika ada seseorang sanggup duduk putrajaya
semata mata untuk buktikan jatuh cinta
haruskah aku memilih?


entry dikandung ketika tak tidur pada waktu petang

Friday, May 14, 2010

mr teddy

aku memang pendemdam.panas baran. suka memberontak. cepat naik angin.

tapi kadang kadang aku terpaksa menyembunyikan perasaan itu demi sebuah kesantunan.banyak yang tersembunyi di dalam hati. tak mampu ditukar ke bentuk tulisan .

bila mr teddy buat macam macam yng menyakitkan, aku cuba berdiam dan ikut segala aturannnya. aku , tak mampu nak menukar perasaan orang. aku tak mampu nak suruh orang suka kat aku.

sekarang, kau diam lagi. ingin kembali macam dulu. jadi kawan. aku tak mampu berbohong untuk satu perasaan ini.

aku cepat panas hati. cepat sejuk balik. sebab tu orang macam kau suka ambil kesempatan.

entry putus cinta

kau yang bernama cinta
kau yang memberi rasa
kau yang ilhamkan cinta
hingga ku terasa indah........

petikan lagu yang terindah....

hai blogger reader semua?sihat?
rasa macam aku copy paste ayat orang jer.
gua harap lu orang sihat tahap rock gaban
eh...........eh...........tertiru ayat makissa........

ok balik kepada gaya penulisan aku.


aku terasa diri ini benar benar kosong. jiwa kacau.dalam hati ada air terjun.(sb dalam hati sedang menangis)
dah berkali kali ku tulis tapi tak mampu nak menerangkan apa yang sedang meracau otak yang tidak begitu betul kewarasnya.



hidup tak selalu indah, hati tak selalu gundah.........ayat dari novel anis ayuni............lupa tajuk.........

apa yang sanggup anda korbankan untuk cinta...........ayat cerita nur kasih...........

tapi sekarang aku sedang fikirkan penyataan yang akhir itu?

benar. sebenarnya aku tidak tahu menulis untuk menukarnya menjadi ayat di entry ini.

macam bodoh jer ayat yang aku tulis.........

Thursday, May 13, 2010

aku orang cacat edisi terbaru

dulu bila aku pandang aku , aku akan tunduk mengalah. sedar diri cacat. jalan tempang . tangan tertutup sebelah dan terangkat sendiri. aku jadi rendah diri. hodoh benar di kalangan mereka yang cantik molek ciptaan Ilahi. kadang kadang bisik sesama sendiri.ya la dah kalu tengok mahluk pelik ciptaan Ilahi macam aku, mesti nak mengata kan. mulut yang cantik tu mesti nak kutuk tu orang cacat lagi hodoh macam aku. tangan yang sempurna tu mesti digunakan untuk tutup mulut  gelak orang cacat  dan kaki digunakan yang sempurna digunakan untuk untuk ejek orang macam aku ini.


orang kata jadi cacat ini, harus jadi sedar diri. tak boleh cakap lebih , kurang ajar katanya. kami tidak dibenarkan membela diri. kena biarkan diri dikutuk sewenang -wenangnya. dah itu kenyataanya, apasal nak nafikan.


banyak kali aku terasa. banyak kali jugak aku simpan dalam hati.




sekarang..........bila orang pandang aku , aku hanya semyum. tengok masih tak ada perubahan kan. pagi tadi betul betul buat aku sakit hati. sebenarnya aku dah perasan dua orang makcik (aku istilahkan makcik sebab tengok tudung agak labuh n tengok ada telekung dalam beg plastik).
duk belakang aku dalam bas.. katanya kesian kat aku. ok aku boleh terima. tapi bila aku dengar dia orang cakap, kerajaan kesian kat oku mcm aku ( apasal tak cakap cacat jer) , sb bagi tempat dalam perkhidmatan dalam kerajaan. kalu tak ada nya, sebab katanya menyusahkan. asyik cuti dan mc saja. lepas tu buat kerja sempurna sangat.rasa nak menangis je. siap sambung lagi , katanya syukurnya tak ada anak cacat.susah nak sekolah. knapa pandangan orang masih tak berubah? ke atau benar apa yang mereka perkatakan. aku saja yang tak boleh terima. dia orang pandang aku   bila nak turun bas. aku semyum.........dan dia orang blah.


serius aku tak tahu. aku sebenarnya sedih. dan emosi aku terlebih.ya anggap jer emosi aku terlebih. sekian, edisi kali ini.

untuk pengetahuan mak cik tu, tahun ini , aku baru ambik sehari mc dan dua hari cuti rehat.cuti tahunan aku ada 20 hari lagi. banyak ker mc tu. nak cakap jer tapi dalam hati.                                                    

Wednesday, May 12, 2010

personal taste

hampir setap malam duk menghadap cter ni kat viiki.kat youtube pun ader, best . lee min ho yang berlakon.

cter pasal seorang lelaki yg menyamar jadi gay semata mata nak duk serumah dengan seorang gadis. gadis tu pulak baru putus cinta dgn seorang lelaki yang merupakan musuh ketat si hero sb dirampas kawan baiknya sendiri. si hero siap ajar perempuan tu mcm maner nak ajar nak tackle balik x boy dia. tabpa disedari , sebenarnya dia dah jatuh hati kat si heroin.

aku tak tgk abis lg. utk citer ending nya.

Tuesday, May 11, 2010

365 hari sudah aku mencari rezeki

365 hari adalah bersamaan setahun. itu fakta , yang sebenarnya tidak perlu aku bagi tahu.

11 Mei 2009.satu tarikh yang mendatangkan satu momen yang berbeza dalam rutin kehidupanku dan menukarnya 360 darjah ke situasi yang tidak pernah aku jangka.  bermula dari itu, pagi-pagi kena kejar punch kad. kalu abg dan pakcik nadiputra lewat , maka angka merah akan tertera di atas punch kad. 

bercampur gaul perasaan. mengubah apa yang aku tidak suka selama ini menjadi satu dari senarai tugas yang teah ditetapkan.membuat minit mesyuarat, membuat memo, membuat surat, bekerja dengan fail fail,membuat quantion,mengendalikan kursus, melayan pelbagai karenah manusia, mengendalikan temuduga.

 benar, aku tidak menjangka akan tinggal di batu ini.bandar yang sememangnya mencabar dan kadangkala melenyapkan erti kemanusian. kota dikelilingi hipokritasi. bandar yang nilai materalistik lebih tinggi dari nilai kejujuran.

untuk aku sampai ke sini, yang indah dan gundah saling bertingkah, menjadi aturan yang sememangnya menyesakkan nafas.

Tapi aku bersyukur, masih diberikan kurnia untuk terus berjuang untuk survival kehidupan yang tidak akan berhenti selagi diizinkanNya.  365 hari banyak yang telah aku peroleh. menjadi makanan seorang kerani yang masih bertatih(kalu CP masih boleh bertatih?)

lelaki menangis

ni panduan jer. banyak kali ini entry menyampah. sekarang entry ilmiah (dgn tujuan kurang baik untuk kaum adam)
tapi rasanya agak tidak ilmiah.

1) Putus hubungan dengan kekasih

Menurut kajian mendapati lelaki yang amat menyayangi buah hatinya pasti menangis bila hubungan terpisah. Biasanya lelaki tidak boleh menerima hakikat hubungan cinta akan tersekat sekerat jalan dan tidak berakhir dengan sebuah perkahwinan. Mereka akan menangis kerana gara-gara malu.

2) Bila jatuh sakit
Ada sesetengah lelaki akan menangis apabila jatuh sakit, lebih-lebih lagi jika mereka tidak berupaya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan sebagai suami akibat penyakit yang dihadapinya.

3) Kehilangan pasangan
Ini mungkin antara penyebab utama lelaki tidak boleh terus berlagak ego bila pasangan meninggalnya. Bagi lelaki yang tidak dapat menerima hakikat dukanya amat luka untuk disembuhkan.

4) Tertekan
Tidak kira bebanan perkejaan, masalah peribadi dan sebagainya akhirnya air mata lelaki gugur juga. Ada juga lelaki yang mengambil jalan singkat mengunjungi kelab malam bagi melepaskan tekanan. Namaun itu bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik.

5) Bertengkar dengan pasangan
Walaupun jumlahnya tidak sebanyak air mata wanita yang mengalir, ada juga lelaki yang tidak sanggup melihat pertelingkahan berterusan dalam sesuatu perhubungan. Lebih memburukkan apabila kekasihnya meminta putus apabila perbalahan berlaku.

6) Melihat anak-anak sakit
Sesetengah lelaki tidak dapat menahan perasaan tatkala melihat anak-anaknya mengalami penyakit yang teruk atau kronik malah tidak dapat di selamatkan lagi.

dipetik dari zaifal blogspot.com

ada saja tak kena

susah nak puaskan hati kan...............walaupun hati sendiri

apa lagi yang kau nak mr teddy?
cukuplah apa yang berlaku
jangan tambah lagi
apa yang sekian lama
menjadi luka

aku memang tak ada sajak puitis
untuk orang gemuk macam kau
aku tak hina orang gemuk
aku hina orang gemuk macam kau
yang tak ada perasaan
dan tak ada belas kesihan dengan apa yang berlaku........

jangan hubungi ku lagi
mungkin ini yang terakhir
aku ngerti kamu
kamu ngak ngerti aku
(lagu wali band, yank)

aku mahu mulakan apa yang kau akhirkan

Monday, May 10, 2010

want to my nightmare or my sweat dream.............

lelah di kala malam
menggelupar menjadi resah
berharap esok tidak muncul
menabur janji janji manis..................

mahu berhenti mimpi ngeri
menghimpunkan ketakutan jauh di dasar hati yang rapuh........

mahu berhenti mimpi indah........
menjadi igauan pada semua impian

bagaimana............
tak perlu berhenti...........bermimpi.......
mimpi yang pasti


mimpi indah atau ngeri malam ini
tidak perlu takut
kerana mimpi adalah hakikat
yang sering menlewati di kala lena bertandang..............

entry entah apa2

pagi ini banyak kerja.kne conduct interview.sediakan dokumen yang perlu.

selesai.

petang kemaskini keputusan.

tak abis lagi.

esok nak hantor laporan.

dah esk , tak buat lagi.

lusa.

macam nak mc

tulat..

nak El

Jumaat

nak CR


Sabtu

nak tengok jom heboh

ahad
nak tidur(kalau jumper kat jom heboh lagi, anggap bukan je aku)

berkerja dengan dengan dateline,kadang kadang buat aku pening kepala.

tapi bersyukur sangat segala kerja ini berjalan lancar.dan aku berdoa terus dipermudahkan dalam terus menjalankan tugas

ok aku nak sambung kerja bos dah datang...............


jgn bg tahu bos ok. aku curi tulang buat entry ini.

masih masih rawan

ceh...........jiwang punyer tajuk.dua hari melayan entry yang penuh dengan amukan emosi yang telah lama larut delam kesedihan.layan jer la.

untuk en. teddy yang gemuk -gedepol(aku dah benci ,jadi aku bagi gelaran buruk)

selama ini aku cukup bersabar melayan perasaan sayang aku padamu
aku jadi tempat kau haburkan kebencian
aku jadi tempat kau lepaskan kesunyian

malam tadi aku jadi tempat kau luahkan perasaan sedih kau dicurangi
kau kata apa salah kau
aku diam............
kau cakap aku tak mengerti perasaan orang yang dicurangi
memang ............aku tak kan mengerti
dan aku tak perlu mengerti.........

satu sahaja aku mengerti
perasaan aku bila kau yang curang...........
hahahaha
aku tak sedih
aku tak menangis
aku anggap tak ada apa yang berlaku.......
aku tak punya perasaan.......

perkataan -perkataan yang aku tulis ini
tidak dapat menluahkan apa yang sebenarnya.......
apa yang berlaku antara kita
perlu ker aku terus mendengar cerita kau dicurangi.........


paling kejam bila kau minta aku cara nak tackle balik si dia
paling bodoh aku terus menjawab panggilanmu
dan mengajar bagaimana cara nak tackle hati si dia.........

aku tahu kau takkkan baca semua ini
sb internet tempatmu selalu delay..
tapi sebab utama............
kau tak pernah ambil tahu perasaan aku...........

Sunday, May 9, 2010

hati yang kau sakiti

bila ada masalah telefon aku
bila bosan telefon aku
kini kau dicurangi
kau minta aku dengar cerita kesedihan kau
bila aku bertanya lebih
kau marah aku

pernah ker terfikir perasaan aku
bila mendengar cerita itu
ya aku tak mampu kawal emosi
salah ker aku menangis
kau kata ini pembalasan.............
kau kata aku yang doakan kau tak bahagia

aku bukan patung cendana
aku bukan robot
aku bukan benda tidak bernyawa
aku bukan makhluk yang tidak punya perasaan

aku perempuan yang baru saja kehilangaan kekasih.
aku kekasih yang kau curangi


aku benar benar tidak tahu
cara menluahkan kesedihan.
cerita ini terlalu buruk
untuk aku tulis


pelangi muncullah kembali
warnakan hati yang telah lama kelabu

aku cuma minta dari Tuhan dicepatkan jodoh
agar aku tidak lagi mengharap kembali
pada suatu yang terlalu menyakitkan hati............

Saturday, May 8, 2010

hari sabtu tanpa menulis blog

hari ini hari sabtu. ada apa dengan hari sabtu?

hari sabtu adalah hari untuk aku berlepak dan bersenang lenang di rumah. tgk kartun conan. tgk cerita hindi, tgk cter korea no limit,cerita taiwan down with love.

hari untuk mengemas rumah. hari untuk masak best sikit.

yang paling penting hari untuk tidur selena-lenanya.

esok hari ibu.bila aku akan jadi ibu?

Friday, May 7, 2010

blog pasca waktu kerja

berblog lepas waktu kerja..
ini sebenarnya aku sedang dilanda kesunyian dan sendikit perasaan takut yang agak melampau di kala tiada taman ........tiada teman di waktu selepas waktu semua orang ke pasar tani.........eh balik ke rumah selepas waktu bekerja telah tamat.

tolong ya ......anggap anda semua sedang menemani aku di waktu ini. walaupun kemungkinan entry ini dibaca pada hari yang tak  sama entry dipublish.apasal nampak tak kena jer ayat ini ?

syukurlah esok dan lusa merupakan cuti panjang  . sekurang-kurangnya aku boleh tidur yang panjang lebih dari bekerja. kebiasaan aku sekarang, adalah berehat sepenuhnya pada hari sabtu dan menghabiskan duit pada hari ahad.

hari ini aku tak telefon lagi mak aku. mesti ma aku ingat something goes wrong somewhere bila aku tak tel dia lagi hari ini. bukan tak nak tel , bateri aku mati dan aku tak sambung kepada nyawanya lagi. tu la bodoh punya pasal, lupa nak bagi bateri malam tadi. salah sendiri. tapi aku rindu sangat nak dengar suara mak aku.

dah la aku tak dapat  cuti lama kat kampung sekarang ini.2 ke 3 hari jer. duk dalam bas dah berjam jam. bayangkan aku terpaksa cuti satu hari semata-mata duk bas. nak nak kalau perjalanan pulang ke putrajaya . kalau balik kemaman boleh la aku balik pada waktu malam.

apa pun kemaman la tempat yang paling best. walaupun dah banyak perubahan dan kekurangan aku masih sayangkan kemaman sampai hujung nyawa.tak kan ada tempat menggantikanya walaupun texas.

HARI JUMAAT MASA REHAT

hari jumaat yang syahdu, di waktu makan tengahari.aku tinggal bersama cik non.

nak buat blog jiwang ke tak?masih dalam fikiran.dah la hari kena balik liwat eh...........lewat sb kena jaga ofis.

bila sunyi macam ni , banyak perkara menghantui fikiran dan pandangan. seram jer.

mcm mener nak lalu basement sorang2?mcm mana nak g tempat tunggu bas? mesti x banyak kereta lalu park kat situ dah?dah hari ini jumaat...........

banyak pulak aku merungut.............
aku yang pilih kerja ni...........
tak adaorang  paksa aku isi borang SPA dulu.........
tak ada orang  paksa aku datang interviewwwwwwww................................

Sekarang aku faham dengan prasa "SAYA YANG MENURUT PERINTAH"

*tak jadi pulak aku nak berjiwang dalam blog hari ini*

yes, akhirnya dapat buat template

semalam akhirnya aku dapat tukar template.setelah lama berusaha,aku akhirnya dapat tukar template yang masih belum aku berpuas hati sepenuhnya kerana tak menepati standard. faham ker ayat ini?

aku sebenarnya tak tahu nak tulis apa untuk hari ini?

banyak sebenarnya , apa yang aku simpan di dalam hati. nak luah kat sini ke tak?

kalau tulis bodoh , banggang, babi, boleh ker?

nak maki 2 orang boleh tak?

aku tak tahu...........

boleh bagi tahu tak?

Thursday, May 6, 2010

entry masa datang bulan

ini bukan iklan pad . iklan artis dan model tgh tunjuk cara pegang pad secara terang- terangan.

entry ini dikandung pada masa emosi aku celaru, kebingungan, pada waktu hormonku berkitar menaikkan andrelinku.(maaf aku memang tak pandai sains, sila gelak jika tidak betul.dan aku tahu kalian yang membaca ini sedang gelak, paling tidak akan tersemyum membaca tulisanku yang memang kejahilan dalam sains rumahtangga.............opsss...........biologi)

knape masa datang bulan kita cepat jadi mengada2, cepat terasa hati, moody dan rasa nak mengamuk?ker aku jer rasa macam tu?

kepala tengah sakit, perut sedang mengeluarkan tabiat luar biasanya............pinggang macam ditekan.............hati jadi panas...............jiwa jadi kacau.............otak jadi tak betul.................


p/s : rasanya entry ini lucah ker?

aku orang cacat

nak aku ulang ke? aku tak malu perkataan tu. tak payah nak gelar orang cacat dengan gelaran indah2.retorik ok.

golongan istimewa la. apa istemewa kami ni?

oku?untuk sedapkan hati

aku tulis dengan emosi tengah period..........

Wednesday, May 5, 2010

aku nak puji diri sendiri

poyo jer tajuk. apa yang dipuji?

tengahari ni jer dapat menghadap blog yang pakai templete yang sangat buruk ini. aku sekarang sedang nak upgrade template. belajar berkali kali, tak paham 2 jugak. ari ni hari yang agak sibuk. jadi di waktu senggang ini, aku di beri ruang dan peluang untuk menulis di sini.

aku anak sulung yang manja. memang la.aku mengaku.masih kecik lagi, aku selalu ambik upah tolong jiran buat kerja rumah. lepas la kalu nak beli chakedes. nak minta duit dari mak , aku tahu adik adik ramai, jadi aku tak mengharap sangat. cari ketam, cari belangkas,kat pantai sampai nak gigit di ular,aku pernah laluinya.aku diajar seperti anak yang normal walaupun keadaan aku macam ini. sebab tu masa kecil aku ada perasaan , ayah aku tak sayang aku.MASA KECIL OK.cuma bila aku dapat no tiga teratas kat kelas, baru ayahku bg hadiah, yang aku simpan sampai sekarang. walaupun tak mahal, aku dah bangga giler masa itu. aku memang malas nak buat kerja sekolah, kalau buat pun mesti depan tv.ayah selalu membebel. kalu tak siap,awal 2 aku g sekolah mintak buku kawan2. copy sebijik 2 . sampaila aku belajar kat universiti. tapi aku tak copy sebijik2. mana yang aku berkenan jer.pada kawan kawan yang aku mintak bahan asingment , terima kasih.sekarang aku dah tamat belajar dan insyallah akan sambung degree. ada lagi ke kawan kawan yang nak bagi bahan assingment lepas ini.

ok sekian saja jer pujian aku untuk kali ini. tak suka?menyampah ?sila abaikan bacaan anda dan cepat cepat klik x .

aku saja tulis tentang diri aku, sebab ini blog ini. hehehe


aku pun tak tahu kenapa aku tulis macam ini..........

Tuesday, May 4, 2010

JANJI YANG AKU TAK BOLEH BERJANJI

aku pernah janji tidak akan menulis blog sambil menangis. tp aku tidak dapat menepati janji itu.

ku kira banyak air mata tumpah kerana seorang insan istimewa ini. pasca kehilangannya, sehinggalah sekarang. di saat dia tidak mengecapi udara lagi, aku tahan air mata dari mengalir. sembunyikan segalanya dalam sekeping hati yang redha dengan kepergiannya. aku tidak akan benarkan air mata menjadi santapan adik adik ku.sebaliknya, aku menangis saat segala isi alam telah bermimpi indah.

masih terbayang , di saat aku keputusan spm baru diumum yang kukira baik, tetapi tidaklah cemerlang, saat aku serahkan slip spm di ruang wad hospital, ku lihat airmata mengalir. katanya, aku ne,pandai, tapi sayang jadi anak ayah, anak nelayan, anak orang miskin.aku kata aku tidak menyesal menjadi anak ayah, tak per la tak u pun ,aku tak pernah kisah. disaat itu , dia terus memelukku. aku terasa kasih sayangnya yang selama ini aku curigai dia tidak menyayangi anak cacat macam aku. di saat aku mendapat keputusan spm ,ayahku dipatuk ular yang yang berbisa untuk mencari rezeki untuk kami.


ayah............sekarang along dah kerja. dah ada duit sendiri,...........ayah tak payah kerja lagi. boleh ke aku cakap kata kata ini kat dia lagi.


aku tidak mahu beremosi berlebihan.


aku tidak akan berhenti menulis tentang ayah di ruang blog ini..............

dah lama aku tak dengar orang panggil aku asma sebab orang yang panggil nama itu telah lama berhenti bernafas di dunia ini...............

MALAM TANPA KEHADIRAN FESBUK

Aku tak tahu kenapa malam tadi tak boleh buka aku punyer fesbuk. malam tadi dua jam duk mentry buka fesbuk, tak dapat 2. heran buka youtube laju pulak. benda apa ahu kacau aku punyer fesbuk. try banyok kali doh, dok leh jugak. aku pung putus asa. cian petville aku, dok makang malamg tadi.

nasib baik ada citer NCIS dang Crimical Mind. bOLEH gok tengok , kalo dok , dok tahu kebosangan melanda jiwa dan ragi ........eh raga....(typing eroor). aku dan fesbuk dok kan bercera- bera. doh rrrrrrrrr kat jabat dok leh bukak fesbuk............

aku dah dapat tiket nok g texas............alhamdulilah..................

Monday, May 3, 2010

tidur lepas asar

mak aku kata kALU tidur lepas asar boleh jadi lupa ingatan.sekarang aku selalu rasa mengantuk pas balik kerja.jadi ,aku sering tertidur kadang 2 sampai pukul 8. ishhhhhh........buruk kan.dua minggu ini aku try tak tidur petang. jengah 2 fesbuk. men games petville. tgk adamaya. kadang kadang mcm boring jer cter ni. naseb baik ada lisa. sedap jugak mata nak tengok.

ari ahad di alamanda.peristiwa depan mata. ada la seorang budak kecik ni menangis. aku ingatkan si bapa ni nak pujuk anak dia supaya tak nangis lagi. rupa-rupanya terus dia lempang anak dia.aku salah tengok ker?supaya mata pandang kat si bapa tu. dah la budak tu kena lempang, kena TENGKING lagi. dah la betul 2 berada kat tengah alamanda tu. kot ya pun nak ajar anak , jgn la depan orang .aku cuma fikir si bapak tu panas barang. ya lah anak dia kan.mungkin tu caranya si bapak nak tunjuk ajar anak dia.ok, kalu sayang anak kena lempang kat depan orang.si mak pulak duno.tkt dgn laki dia kot.

knaper aku cter semua ni? aku cuma kesian kat budak tu. dan budak tu tak ada kaitan dgn budak tu.

menulis blog pasca waktu makan tengahari

ari ini aku sudah putuskan. ya aku terima tawaran ke texas. hujung bulan mei. semalam aku berkira kira mahu menolak. tapi hari aku bikin kejutan mahu pergi ke texas.yes texas.

aku tak nak tulis lagi pasal texas. nanti aku tulis balik bila ada mood.

knaper ari ini ari isnin? aku tak tahu kenapa mood aku masih lagi dalam keadaan bercuti. buat surat yang senang pun , kena print 2 kali.

bagaimana nak motivasikan diri lepas bercuti?aku tak ada jawapan. lagipun aku tak suka baca n dengar motivasi, kalau nak dengar kaunseling jauh sekali. kalau dengar pun masuk melalui udara sahaja. tak der nak melekat kat kepala otak. ya , aku memang sukar nak dengar nasihat orang, nak 2 kalau nasihat tu cuba nak jatuhkan aku. ada ker orang nak jatuhkan aku. tak der nya. anggap saja aku sedang mengperasankan diri.

soalan bodoh , awak ada masalah ker
saya cuma nak tolong awak,saya sayang awak , sebab tu saya nasihat awak
ok , kalu kita nak sayang org kita kena nasihat
NASIHAT...........
bukan membebel mcm haram jadah
nak ikut ke tak , terpulang kepada empunya diri
pas tu bandingkan dengan diri sendiri punyer perangai............
tu termasuk dalam kata nasihat ker
ok aku paham , cuma nak tunjuk contoh terbaik jer kan?

serius aku memang tak pandai nak nasihat
kalau minta nasihat aku memang tunggang langgang jadinya
sebab tu aku bukan nasihat dah,
terus marah 2
jangan minta nasihat aku
aku sekadar bagi pendapat boleh lagi, dan aku tak kan paksa orang ikut...........

monday mood

aku sering tulis tajuk yang tidak seiring dengan kandungan entry. ada apa dengan tajuk?aku malas nak fikir . aku hanya tulis ikut suka aku.

aku menulis bukan kerana nak kejar apa2. the meaning is, aku menulis blog ini untuk tidak menharapkan apa 2 . wah macam standand jawapan artis. saya nak jadi penyanyi bukan nak kejar glamor. aku rasa setiap benda kita buat kena ada ganjaran. tak kira la bidang apa pun kita buat.

aku nak tulis lagi dan banyak lagi nak diluah. tulis panjang 2 masa rehat nanti.

p/s : sekarang aku dok fikir betul ke artis realiti nyanyian apa2 progam menangis betul 2?

Saturday, May 1, 2010

pas bulanan

ari ni betul 2 aku lupa bahawanya ari ini telah melangkau ke 1 Mei.ari sabtu macam ni aku akan cari nasi lemak yang dijual kat food court persint 8A dengan harga satu ringgit. mcm biasa naik bas . sebenarnya food court tu tak jauh. kalu jln kaki boleh sampai. aku kan malas mengeluarkan peluh dan tenaga. bangun pun dah lewat. matahari dah mencacak tegak, aku baru breakfast merangkap makan tengahari. bas datang, naik n mcm biasa tunjuk pas bulanan, tapi muka driver bas tu semacam .dia terus tanya nak g maner. aku cakap la nak g pasar kat depan. dia terus kata tak per la.aku pun tak pikir apa apa. turun dari bas terus g beli nasik lemak. dan aku tengok paper metro. baru aku perasan ari ni 1 mei.patut la driver pas tu semacam jer . aku tertunjuk pas april. lupa nak tukar pas. malu siot dgn abg bas tadi . aku hanya manusia biasa yang tak lepas dari buat kesilapan.

mei , bulan yang istimewa. bulan yang penuh dengan sambutan istimewa untuk orang yang banyak berjasa dalam hidup kita. hari ibu dan hari guru. tanpa mereka kita tak kan berada di tahap di mana kita sekarang. tapi jika jadi penjahat ker, perogol ker, penagih , pembuang bayi ke,itu bukan jasa kedua 2 insan mulia ini. ibu dan guru pastinya menginginkan kita jadi yang terbaik.


kepada semua pekerja hari ini hari yang anda diraikan. untuk aku pula baru tahun ini aku betul betul termasuk dalam golongan pekerja.