BAB 1
Aku tidak mahu hujan ini
berhenti. Aku tidak mahu pelangi hilang dari keindahan mataku. Hujan memberi aku kekuatan untuk
menangis.pelangi, memberi kekuatan untuk aku mencipta mimpi . Sisir angin menghembus.membelai
lembut perasaanku. Seluruh alam memberikan aku kekuatan untuk berinspirasi , kerana
terkadang aku takut dengan alam realitiku. Gundah hati aku kini sukar ku usir.
Peristiwa petang benar benar menambahkan relau di hati. aku cuba berlari sekuat
mungkin walaupun sebenarnya langkah ini lemah dan sering terjatuh. Malang
sering kali tidak seiring dengan kehendak hati.aku cuba lari dari peristiwa itu
. Lari dari yang namanya tidak mahu aku ungkapkan. Kedinginan semakin mengila
dan menghunus di setiap penjuru tubuhnya. Menambahkan rasa sakit di setiap
nafas , aku cuba bangun. Bangun dari setiap perasaan sedih yang sedang yang
menghempas emosi. Aku sedang membiarkan emosi mengatasipertimbanganku.
Irdina menghela nafas yang
panjang.cukup panjang dengan derita yang ditanggung.atau perasaannya cuma.
Entahlah ,menghadapi peristiwa petang tadi cukup menakutkan.cukup membuatkan
dirinya nanar. hujan semakin reda.angin semakin perlahan tiupannya.mungkin
cukup mengerti rasa hati yang semakin pundar dari rasa resah. Syukur padaNya
yang tidak pernah lupa untuk terus bersamaku.Aku yang terkadang lupa untuk
mengingatNya.aku cuba mencari jalan pulang.Pulang ke rumah sebenarnya.Tapi yang
penting pulang dari terus mengulangi jalan kehidupan yang cukup malang. Tiada
barisan kata yang dapat memperindahkan perjalanan ini.aku hanya
menunggu.menyusun semula yang telah lama menyusut dari hati yang tenang.
Irdina menyusun langkah
yang tidak teratur rentaknya. Menyusun perjalanan ke rumah sewanya.tidak jauh
jaraknya. Cuma lelah yang tidak tertanggung menperlahankan rentak yang telah
lama sumbang. Langkah disusun seiring dengan hamparan peristiwa yang bertandang
petang tadi.satu persatu terlayar di ruang ingatan Irdina.
are u ok kawan?
ReplyDeleteok thanks dear....kisah ni tak der kaitan yang hidup atau sebaliknya....hihihihi
ReplyDelete