Tuesday, March 29, 2011

KELAINAN UPAYA

OKU biasanya lebih banyak memendam perasaan berbanding orang normal lain kerana mereka 'tidak berhak' untuk marah atau meluahkan perasaannya..
Ini adalah status fb taman senasib . Teman yang kelainan upaya macam aku.aku mencari kebenaran melalui kata kata tersebut. Senang untuk difahami maksudnya
Tiada hak untuk marah.
Tiada upaya untuk memzahirkan perasaanya. Pendam dalam dalam.
Diluah kadangkala disalah erti.
Tercuit sendikit emosi yang terkeluar dikatakan mudah amarah.
Ya golongan kami tidak dibenarkan berperasaan yang bukan bukan. Yang mudah untuk orang lain berfikir yang macam macam . Tersalah sendikit akan dikutuk sewenangnya wenangnya. Dijadikan mainan untuk orang bahan lawak setengggah manusia normal.
Tak sedar diri.
Cepat sangat terasa.
Mungkin dua ayat ini kedengaran biasa. Tapi bagi manusia kelainan upaya seperti kami, sedap bunyinya untuk disinggung perasan ini. Ya lah kami memang sentiasa memerlukan bantuan orang lain. Tapi wajarlah bersikap stok stok diam agar pertolongan sentiasa diperoleh.



Nampak macam entri ini tidak puas hati dengan apa aku terima kan. Dah lama nak tulis . Baru hari dikeluarkan untuk blog ini. Harap tiada salah faham untuk sesiapa. Simpati?

Sudah aku mendapatkanya. Jadi entri ini bukan untuk simpati. Aku punya sendikit upaya untuk menulis . Jadi aku biarkan ianya menjadi catatan di sini. Harap maklum./

1 comment: