Thursday, August 18, 2011

Hujan....


Mendongak  langit.Hitam warna awan. Angin tidak lagi bertiup simpul bahasa.  Rasa sejuk telah mengambil tempat. tidak perlu berkira kira bila bas mahu menjemput.

Datang sebuah bas. Ternyata  bukan destinasi yang hendak dinaiki rupanya. kelihatan banyak bas di seberang jalan. tapi ternyata bukan untuk destinasi pilihan. 

Datang lagi bas lain. ramai orang turun naik. masih di situ. menunggu bas yang sebetulnya. Awan kelihatan semakin memberat. bila bila masa akan terjadi hujan. Bas bas lain terus lalu  lalang. Ya Allah ...jangan Kau turunkan hujan sekarang.  tidak berpayung. Tidak  upaya  mengharung kebasahan yang bakal terjadi.

Hujan Turun jua. Begitu kehendakNya. Tiada sesiapa mampu menahan .

Dan Ujian Allah telah datang. Berserta Rahmat yang bukan sendikit.
Teruskan perjalanan. Bas yang dinanti tidak jua tiba. Sekarang yang digunakan adalah kaki yang dihayunkan yang merupakan jua pinjamanMU.

Kenderaan lain semakin bertali arus. Namun tiada sesiapa yang pedulikan hayunan kaki ini. ahhhhhh....ini bukan cerita korea. Bukan juga dogeng yang selalu diprovasikan.

Syukur .. dengan IzinMu .....sampai jua ke destinasi....

Assalamulaikum.....

Pelangi muncul akhirnya....

No comments:

Post a Comment