Menonton cerita gemilang , membuatkan saya kagum dengan manusia yang dikurniakan gold heart. Kerana pada masa sekarang memang sukar ketemu manusia sebegitu. kisah cikgu cikgu yang hidup pada zaman 70 an,serba kekurangan tapi tidak pernah putus asa untuk memberi pendidikan sempurna untuk anak didiknya. sanggup kena hemtam, sanggup bergelap dalam kebun getah semata untuk kesejahteraan muridnya. sanggup jadi kuli untuk merasa pengalaman muridnya yang susah. zaman itu rasanya semua orang merasakan pelajaran itu penting untuk bangunkan diri. betapa banyak pengorbanan terpamer dalam siri berkenaan.
Sekarang....manusia hidup dengan kepentingan sendiri. Berapa ramai yang akan bersorak gembira akan kejatuhan orang lain. Berapa ramai manusia akan merasa bahagia apabila orang terasa derita. Berapa ramai orang akan gah berkata berkata dengan perasaan angkuh, kekurangan orang lain.
No comments:
Post a Comment