Entah dari mana nak mulakan penulisan ini. Tak jumpa dan tidak tahu menyusun entri ini agar sampai maksudnya.
Tak Perlu merungut. Tidak perlu berkeluh resah. Tidak usah mencari kesalahan orang lain. tak payah susun hubung kait itu dan ini yang jadikan keadaan begitu. Memang sesekali kita akan rasa putus asa. mEMANG ATURAN HIDUP KITA ALLAH yang tentukan. jadi, jalani sahaja seadaanya.
Ini bukan untuk sesiapa. Untuk ingatan diri sendiri agar terus tabah menjalani apa yang aku pilih. Tak ada orang yang paksa aku jalani kehidupan sekarang. Belajar sambil kerja memang sangat sangat susah. Adakalanya timbul masalah yang terjangka. Banyak yang perlu dikorbankan . Semoga tiga tahun ini, aku tidak tertewas dengan dugaan yang diberi. Belajar terima tanggungjawab yang diberi.
Ma, terima kasih atas doa yang tidak pernah putus. Along tak janji apa apa. Semoga Allah panjangkan umur ma dan tengok Along ambik skrol degree pulak. Walaupun, tidak bermakna untuk orang lain, tak per kan ma.
ok, untuk Mr canon, tolong jangan mudah putus asa. Kuatkan semangat. jangan terlalu ikutkan perasaan. fikir masa depan. bukan untuk sesiapa. jangan buat demi saya. Saya bukan sesiapa untuk awak buat masa sekarang. Saya tahu awak boleh . Cuma jangan mudah bosan. Jangan mudah berserah.
No comments:
Post a Comment