Saturday, January 22, 2011

Orang Cacat Pun nak Enjoy Jugak

Dah lama tek buat entri pasal cacat. Sebenarnya aku memang suka istilah ini dari pelbagai istilah yang diwujudkan untuk menjaga perasaan dan sensitiviti perasaan kami. Apa ada pada istilah wahwal maksudnya masih sama. Bukan jadi isu besar pun akan istilah yang digunakan .adakah penggunaan perkataan dapat mengubah pandangan sesetengah manusia normal.
Enjoy,apakah orang cacat  tak leh enjoy.fuh.enjoy dalam masih batasan.kekurangan tempat atau ruang sesuai yang menbataskan pengerakan menyebabkan orang cacat macam kami tak dapat menikmati kehidupan macam orang normal yang lain. Tak per la. Allah yang berikan nikmat hidup dah cukup baik. Sebab itu jangan rampas sendikt kehidupan yang diberi.jangan la sesuka pergi parking kereta tempat khas orang cacat. Kalu naik lif tu, nampak orangcacat , jangan la menlolong masuk , bawak troli barang atau kereta sorong anak tanpa pedulikan wheelchair yang nak masuk. Jangan persoalkan kemudahan atau potongan harga untuk orang cacat.jangan kupit sangat nak bagi bantuan. Dah susah nak pergi tengok wayang, apa salahnya kat rumah orang cacat ini ada astro. Jadi jangan guna alasan ada astro buat potong bantuan bulanan.

Ingat, anda yang normal. Anda ada kaki tangan yang sempurna. Jangan dengki dengan sendikt kemudahan untuk kami.

No comments:

Post a Comment