Thursday, July 29, 2010

saya yang malas

Ya saya malas. Mood tidak dapat dicari. Mood kena cari ya?

Kalau macam tu memang tak nak cari mood , dan akhirnya boleh buat alasan tak ada mood.
Hihihihihi......
Susah rasanya nak ubah rutin hidup nanti. Kalau dah sambung belajar, hari minggu jadi luar biasa. Kena bangun awal. Malam hadap tugasan. Kalau ikutkan kata jahat, apa kejadahnya nak belajar balik. Dah kerja.kan. Lagipun ada gunanya ker degree nanti. Itu kata kata jahat. Kata kata baik, itu bukan sesiapa. Untuk diri sendiri. Walaupun nilai ijazah nanti , dipandang sepi orang lain, saya takkan kisah. Dari dulu lagi, dah janji kat diri sendiri sekurangnya ada degree , baru rasa puas hati. Baru rasa ada perubahan. Sekali aku bilang ya, bukan untuk sesiapa, untuk diri sendiri.
Sekarang banyak benda yang saya buat untuk diri sendiri. Yang saya kejar. Degree. Dan satu benda yang saya tak dapat terangkan sekarang. Insyallah kalau dah ada hasilnya saya kongsi ya. Bukan MLM  atau skim cepat kaya. Ada suami...pun impian saya.( sila jangan baca perkataan ini.). Doakan ya.............

No comments:

Post a Comment