Wednesday, July 21, 2010

cerita tak perlu dibaca.

Ku kira aku ambik masa 2 jam untuk lipat baju. Mood tengah sedih.jiwa sedang berperang dengan perkara aku namakan entah.entah kerana aku tidak tahu perasaan yang ada dalam hati.mungkin sebab hari wanitaku datang.perut rasa lapar sangat. Tapi selera benar benar mati.kepala berpusing pusing.segalanya aku rasakan tidak kena. Sedang asyik dengan semua ini, aku terima satu panggilan telefon.

Ya .........aku tak tahu kenapa aku tak tahu kenapa aku terima panggilan telefon itu disaat aku benar benar rasa sedih. Rasa sedih? Aku rasa bukan.my ex. Aku tak pernah terfikir dia akan telefon malam ini. Dah lama dia tidak telefon. Walau kekadang dia selalu komen  tentang status akukat fesbuk. Mendengar suaranya aku rasa cukup sayu.rasa rindu sebenarnya. Selama ini aku cuba jadi kuat. Rasa sebenarnya aku cuba sembunyikan.bodoh kan. Aku tak kisah . Dan aku mengaku.selama ini apa yang terjadi aku dengan dia aku sedaya upaya kuatkan semangat terima dia tak nak kat aku. Dia telah berubah.dia dah ada orang lain.dia dah tak sayang aku. Tapi hakikatnya sehingga sekarang rasa indah itu masih bertamu . Aku yang tak nak lupakan dia. Maner mungkin gambar dia masih dalam beg duit aku. Baju sejuk  yang aku gunakan di pejabat adalah pemberianya.

Entri ini ditulis ketika air mata sedang laju mengalir. Tiada apa yang istimewa perbualan telefon tadi. . Sekadar bertanya khabar. Tiada luahan rasa sayang dan rindu . Ya di waktu aku masih istimewa dihatinya. 

Aku harus kuat kan.harus bersemangat kan. Kalau lah aku dapat lupakan dia. Aku nak hidup aku boleh terima orang lain. Lebih hargai perasaan aku sendiri .perasaan aku bukan sampah.

No comments:

Post a Comment