Wednesday, July 7, 2010

mesej tengah malam.

ada seorang kawan lama aku. mesej tengah tengah malam. katanya lelaki pujaannya naik kereta dengan seorang perempuan  cantik. ingat aku dalam mimpi. just baca macam tu jer.pagi ini tengok balik mesej tu. ternyata dia upset.kesian dia.... dah cakap . jangan taruk harapan tinggi sangat. jadi makan dirinya. kalau makan ayam kfc ok gak.

satu jer aku pesan. hidup bukan sekadar kita kejar apa kita nak.  dari dulu cerita  ini tak memang tak kan ada kesudahan. apatah lagi kesudahan yang baik. sekadar angan angan yang tak ada logik akal.
entah, susah nak paham. lebih lebih lagi kalau tiba soal perasaan. susah tak duga.

kata kawan aku mana la tahu ada keajaiban dari Allah. ya..... siapa lah aku untuk menidakkan keajaiban dari Yang Maha Berkuasa. segala segalanya akan terjadi dengan izinNya. tapi kita diberi akal yang sempurna untuk membuat pertimbangan yang lebih  baik kan. aku tak mahu cakap lebih . jadi sentap jiwanya nanti.

dan aku tak diberikan kuasa untuk menunjukkan kuasa menentukan keputusan hidup orang lain. usah kalutkan fikiran dengan soal perasaan yang tak ada kesudahan. tabahkan diri. kuatkan semangat. ya kawan memang perlu seorang lelaki dalam hidup kita. aku pun. tapi jangan nampak terdesak sangat. banyak lagi perkara membahagiakan lagi dari mencari kekasih hati. sampai masanya insyallah akan terlaksana jua.yes... penting kita berusaha ke arah itu.

jom kita buat iklan cari jodoh ya..... tak bukan jangan macam tu. kita usaha ke arah itu. selebihnya berserah pada Allah. moga kita ketemu jodoh yang baik.

p/ s : dah dua hari post entri pasal jodoh kan.....
        
        

2 comments:

  1. dh nak sampai seru r tue. bercinta lepas kawen pon ok jg kan kawan? hahahaha. tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  2. amin ....huhuhuhu....
    nak rasa gak bercinta lepas kawen..
    ok... pas ni wat entri kekasih halalku..

    ReplyDelete