sebelum ini kat fesbuk, aku dah bagi tahu aku memang jenis manusia yang tak suka orang tanya soalan yang sama berulang ulang. hari ini dapat lagi sms yang sama, bertanyakan perkara yang sama. aku memang geram . masuk kali dah terkira 'dia' tanya perkara yang sama. kan aku cakap yang bukan bukan kan, lain pulak ceritanya.
tolong la.... aku harap sangat dia tak baca blog ini. kan bila baca blog , tanya aku pulak maner mana nak buat blog. pastu kalu dah ajar , tanya perkara yang sama berulang ulang.aku tak tahu jenis manusia macam ini. tak tahu ker atau memang dah tabiat begitu.
kalau kau tanya benda yang rasional , tak per la jugak. tapi yang dia tanya jauh lagi langkahnya. belom pon abis belajar. ohhhhhhh...........nak buat persedian ker. nak kumpul maklumat , pastu sebar sebarkan kat orang lain dan jadikan tu cerita kau.
ada dua jenis manusia dalam dunia. yang pertama yang bodoh tapi buat pandai, satu lagi yang pandai tapi buat bodoh. kau rasa masuk kategori maner?ker nak aku bagi tahu.
rasional sendikit dalam tindakan. aku tahu kau tu mesti dah berangan angan dah untuk capai tahap aku sekarang. yang sebenarnya ayat ini sungguh tidak sesuai.tahap aku pun bukan capai tahap tinggi sangat sekarang. cuma aku ada cita cita dan tahu laluan aku. kau suka sangat ikut laluan aku kan.pastu laluan yang kau lalui tak abis, dah nak ikut aku punya jalan. macam guna jalan pintas. sebenarnya bukan jalan pintas, aku pun tak tahu nak namakan jalan apa. aku tahu, dalam hidup kau , terlalu banyak impian yang kau nak capai. tak salah. yang salah adalah kerana kau suka ikut jalan orang lain dan tinggalkan jalan impian yang belum tercapai. lepas itu menyesal. tak salah kalau kita gagal , tapi dah kegagalan itu berulang ulang , apa yang terjadi sebenarnya kau kena selidik. dan belajar untuk perbaiki kesilapan itu.
aku masih ada lagi rasa hormat kat kau. jangan sampai rasa hormat ini hilang ya kawan.
No comments:
Post a Comment