Dari dulu lagi aku suka hidup yang sederhana. Tak perlu kereta mewah. Tak ingin rumah besar besar. Aku tak mahu kereta besar besar dan banyak banyak. Cukuplah kereta yang akan menjadi keperluan berulang alik. Bukan kereta bukan satu lambang kemewahan. Bukan rumah besar. Cukuplah sekadar rumah sederhana yang tempat berteduh.
Salah ker prinsip ini? Salah ker aku kalau tak ada impian yang luar biasa?
Wang adalah tuntutan kehidupan. Tak ada wang kehidupan boleh jadi serba tak kena kan. Tapi wang bukan segalanya. Wang banyak meragut nyawa. Wang boleh hilangkan harga sebuah kasih sayang. Wang boleh mengubah hidup seseorang . Wang juga mengorbankan maruah harga seseorang. Berapa ramai anak hilang kehidupan kerana ibu bapanya sibuk mencari wang.
Jadi , bila seseorang mengajar aku mencari wang banyak, dengan caranya aku ragui, salahkah aku menolak. Salah ker kalau aku tak mahu hidup mewah. Salah ker kalau wang mudah dapat, mudah juga hilang. Salah ker kalau aku selesa dengan kehidupan sekarang. Aku juga punya impian untuk lebih baik dari hari ini. Tetapi sekali lagi aku tegaskan bukan kemewahan.
Salah ker kalau tolak untuk hidup mewah?
No comments:
Post a Comment