Tuesday, July 13, 2010

orang cacat = sedekah

KUALA LUMPUR: Seorang pengemis ‘tempang’ memecut lari apabila tembelangnya berlagak seperti orang kurang upaya (OKU) dirakam jurugambar ketika cuba meraih simpati orang ramai berhampiran Jalan Masjid India di sini, baru-baru ini.




LARI...pengemis di tangga stesen monorel melarikan diri selepas menyedari perbuatannya dirakamLelaki terbabit antara puluhan pengemis yang mencari rezeki dengan berpura-pura cacat dan tidak berupaya melakukan pekerjaan bagi memperoleh wang dengan cara mudah.Metroplus yang turut melakukan tinjauan sekitar Jalan Chow Kit dan Jalan Pudu, mendapati kebanyakan pengemis berkeliaran sehingga mencacatkan pemandangan di ibu kota.Melalui pemantauan berdekatan Lorong Haji Taib, seorang pengemis duduk di kaki tangga stesen monorel sambil menunggu orang ramai memberinya wang. Ketika gambarnya dirakam, pengemis terbabit melarikan diri kerana takut perbuatannya dirakam seolah-olah cuba menipu orang ramai.


sumber dari harian metro.
wah wah.... suka hati jer kau.menyamar jadi cacat. sebab tu orang len fikir orang cacat selalu mintak sedekah. wat malu kaum cacat jer. tengok badan ok jer. sihat walafiat.

ok . aku cuba fikir positif. anak dia ramai. dia mengalami masalah kesihatan.atau di bawa oleh agen agen tertentu.

sekian jer. tak mau komen lebih 2 . nanti jiwa sentap. sekali lagi...orang cacat harus sedar diri.

2 comments:

  1. Ha! ha! Akak pun pernah kena sergah dengan pak-pak guard kat pusat beli-belah.

    Dia kata" Hah ! Jangan nak minta sedekah kat sini"

    Alahai malunya.

    ReplyDelete
  2. akak ini boleh bikin saya jadi panas .....
    bukan semua orang cacat mintak sedekah...
    yang normalnya tu... ramai ambik kesempatan...
    yang kenanya orang cacat
    ya... satu je sebab kita ini mentimum ..

    ReplyDelete