Semalam aku tengok berita. Ya..........tajuk tajuknya sahaja sudah tidak aku berkenan. Banyak cerita mual dan pembelanjaan meningkat. Ya .......petrol, diesel ,lpg, dan gula sudah diselaraskan harga. Untuk kurangkan sudsidi. Dan boleh jimatkan belanja kerajaan. Ya pelangi semua itu atas harga pembangunan negara dan kau harus terima ya. Mungkin juga kau tak faham dengan segala macam istilah ekonomi kan pelangi.
Cerita seorang bapa menyaman anak anaknya yang didakwa mengurungnya untuk dapatkan tandangan dan seterusnya rampas tanah ayahnya. Kesian aku tengok muka si ayah . Sepatutnya wajah tua tiada lagi keresahan dan bukanya kerjanya turun naik mahkamah untuk saman si anak.derhaka moden yang pelbagai versi ceritanya. Si anak yang dijaga masa kecil. Apabila hari tua ayah menjelma, turun naik mahkamah jadi rutinnya.
Wah tidak ketinggalan cerita si ariel dan luna. Aku tak fikir cerita boleh termasuk dalam senarai berita penting. Oh ya aku lupa barangkali cerita mereka ada nilai berita . Dan audiens mahu mendengarnya kan.
Bunuh bukan lagi berita mengerumkan. Leher dikelar untuk namanya samun. Mayat dibuang dan dibakar selepas dirogol. Demi menutup keaiban perbuatan durjana. Barangkali mereka lupa. Pada yang maha melihat.
Cerita si nelayan yang kekurangan pendapatan akibat pembinaan pelantar. Ya ayat yang aku ulang. Demi sebuah pembangunan. Biarkan perut anak kecil kelaparan. Biarkan si isteri nelayan tidak kering kainnya membantu menambahkan pendapatan suami. Biarkan saja nelayan merenung masa dapan anaknya yang bakal suram kalu ekonominya tidak menentu. Biarkan sahaja tangisan mereka larut bersama hujan yang mungkin mengerti kesedihan yang mereka bawakan.
Barangkali...kisah manis dalam berita mungkin kisah sepasang suami isteri . Si isteri sakit . Hanya terlantar sakit. Si suami yang baik hati itu menjaganya dengan penuh kasih sayang. Cinta mereka manis kan. Hey......bukan sebab harga gula naik tau. Sebab si suami taat setia pada sumpah di saat menikahi isterinya. Aku tahu cinta bukan sekadar lafaz tapi perlakuan yang utuh dalam ikatan kasih sayang yang terbina. Bukan hanya lafaz cinta indah pada saat suami hanya pada waktu ingin mengauli isterinya. Bukan lafaz palsu lelaki jahaman untuk mengandungkan wanita yang bukan isterinya.
No comments:
Post a Comment