Ya saya malas. Mood tidak dapat dicari. Mood kena cari ya?
Kalau macam tu memang tak nak cari mood , dan akhirnya boleh buat alasan tak ada mood.
Hihihihihi......
Susah rasanya nak ubah rutin hidup nanti. Kalau dah sambung belajar, hari minggu jadi luar biasa. Kena bangun awal. Malam hadap tugasan. Kalau ikutkan kata jahat, apa kejadahnya nak belajar balik. Dah kerja.kan. Lagipun ada gunanya ker degree nanti. Itu kata kata jahat. Kata kata baik, itu bukan sesiapa. Untuk diri sendiri. Walaupun nilai ijazah nanti , dipandang sepi orang lain, saya takkan kisah. Dari dulu lagi, dah janji kat diri sendiri sekurangnya ada degree , baru rasa puas hati. Baru rasa ada perubahan. Sekali aku bilang ya, bukan untuk sesiapa, untuk diri sendiri.
Sekarang banyak benda yang saya buat untuk diri sendiri. Yang saya kejar. Degree. Dan satu benda yang saya tak dapat terangkan sekarang. Insyallah kalau dah ada hasilnya saya kongsi ya. Bukan MLM atau skim cepat kaya. Ada suami...pun impian saya.( sila jangan baca perkataan ini.). Doakan ya.............
Thursday, July 29, 2010
Monday, July 26, 2010
ada apa dengan wang?
Dari dulu lagi aku suka hidup yang sederhana. Tak perlu kereta mewah. Tak ingin rumah besar besar. Aku tak mahu kereta besar besar dan banyak banyak. Cukuplah kereta yang akan menjadi keperluan berulang alik. Bukan kereta bukan satu lambang kemewahan. Bukan rumah besar. Cukuplah sekadar rumah sederhana yang tempat berteduh.
Salah ker prinsip ini? Salah ker aku kalau tak ada impian yang luar biasa?
Wang adalah tuntutan kehidupan. Tak ada wang kehidupan boleh jadi serba tak kena kan. Tapi wang bukan segalanya. Wang banyak meragut nyawa. Wang boleh hilangkan harga sebuah kasih sayang. Wang boleh mengubah hidup seseorang . Wang juga mengorbankan maruah harga seseorang. Berapa ramai anak hilang kehidupan kerana ibu bapanya sibuk mencari wang.
Jadi , bila seseorang mengajar aku mencari wang banyak, dengan caranya aku ragui, salahkah aku menolak. Salah ker kalau aku tak mahu hidup mewah. Salah ker kalau wang mudah dapat, mudah juga hilang. Salah ker kalau aku selesa dengan kehidupan sekarang. Aku juga punya impian untuk lebih baik dari hari ini. Tetapi sekali lagi aku tegaskan bukan kemewahan.
Salah ker kalau tolak untuk hidup mewah?

Wednesday, July 21, 2010
cerita tak perlu dibaca.
Ku kira aku ambik masa 2 jam untuk lipat baju. Mood tengah sedih.jiwa sedang berperang dengan perkara aku namakan entah.entah kerana aku tidak tahu perasaan yang ada dalam hati.mungkin sebab hari wanitaku datang.perut rasa lapar sangat. Tapi selera benar benar mati.kepala berpusing pusing.segalanya aku rasakan tidak kena. Sedang asyik dengan semua ini, aku terima satu panggilan telefon.
Ya .........aku tak tahu kenapa aku tak tahu kenapa aku terima panggilan telefon itu disaat aku benar benar rasa sedih. Rasa sedih? Aku rasa bukan.my ex. Aku tak pernah terfikir dia akan telefon malam ini. Dah lama dia tidak telefon. Walau kekadang dia selalu komen tentang status akukat fesbuk. Mendengar suaranya aku rasa cukup sayu.rasa rindu sebenarnya. Selama ini aku cuba jadi kuat. Rasa sebenarnya aku cuba sembunyikan.bodoh kan. Aku tak kisah . Dan aku mengaku.selama ini apa yang terjadi aku dengan dia aku sedaya upaya kuatkan semangat terima dia tak nak kat aku. Dia telah berubah.dia dah ada orang lain.dia dah tak sayang aku. Tapi hakikatnya sehingga sekarang rasa indah itu masih bertamu . Aku yang tak nak lupakan dia. Maner mungkin gambar dia masih dalam beg duit aku. Baju sejuk yang aku gunakan di pejabat adalah pemberianya.
Entri ini ditulis ketika air mata sedang laju mengalir. Tiada apa yang istimewa perbualan telefon tadi. . Sekadar bertanya khabar. Tiada luahan rasa sayang dan rindu . Ya di waktu aku masih istimewa dihatinya.
Aku harus kuat kan.harus bersemangat kan. Kalau lah aku dapat lupakan dia. Aku nak hidup aku boleh terima orang lain. Lebih hargai perasaan aku sendiri .perasaan aku bukan sampah.
Tuesday, July 20, 2010
mimpi sunyi.
suara suara sunyi mencuri malamku,
dingin, sepi, diam menjadi teman,
inginku cantasnya mimpi lenaku.
larikan saja menjadi suara indah,
pergilah di kala aku merasa sepi itu resahku,
baru ke sedar sepi itu hakikat,
mimpi itu nikmat.

Friday, July 16, 2010
cerita berita.
Semalam aku tengok berita. Ya..........tajuk tajuknya sahaja sudah tidak aku berkenan. Banyak cerita mual dan pembelanjaan meningkat. Ya .......petrol, diesel ,lpg, dan gula sudah diselaraskan harga. Untuk kurangkan sudsidi. Dan boleh jimatkan belanja kerajaan. Ya pelangi semua itu atas harga pembangunan negara dan kau harus terima ya. Mungkin juga kau tak faham dengan segala macam istilah ekonomi kan pelangi.
Cerita seorang bapa menyaman anak anaknya yang didakwa mengurungnya untuk dapatkan tandangan dan seterusnya rampas tanah ayahnya. Kesian aku tengok muka si ayah . Sepatutnya wajah tua tiada lagi keresahan dan bukanya kerjanya turun naik mahkamah untuk saman si anak.derhaka moden yang pelbagai versi ceritanya. Si anak yang dijaga masa kecil. Apabila hari tua ayah menjelma, turun naik mahkamah jadi rutinnya.
Wah tidak ketinggalan cerita si ariel dan luna. Aku tak fikir cerita boleh termasuk dalam senarai berita penting. Oh ya aku lupa barangkali cerita mereka ada nilai berita . Dan audiens mahu mendengarnya kan.
Bunuh bukan lagi berita mengerumkan. Leher dikelar untuk namanya samun. Mayat dibuang dan dibakar selepas dirogol. Demi menutup keaiban perbuatan durjana. Barangkali mereka lupa. Pada yang maha melihat.
Cerita si nelayan yang kekurangan pendapatan akibat pembinaan pelantar. Ya ayat yang aku ulang. Demi sebuah pembangunan. Biarkan perut anak kecil kelaparan. Biarkan si isteri nelayan tidak kering kainnya membantu menambahkan pendapatan suami. Biarkan saja nelayan merenung masa dapan anaknya yang bakal suram kalu ekonominya tidak menentu. Biarkan sahaja tangisan mereka larut bersama hujan yang mungkin mengerti kesedihan yang mereka bawakan.
Barangkali...kisah manis dalam berita mungkin kisah sepasang suami isteri . Si isteri sakit . Hanya terlantar sakit. Si suami yang baik hati itu menjaganya dengan penuh kasih sayang. Cinta mereka manis kan. Hey......bukan sebab harga gula naik tau. Sebab si suami taat setia pada sumpah di saat menikahi isterinya. Aku tahu cinta bukan sekadar lafaz tapi perlakuan yang utuh dalam ikatan kasih sayang yang terbina. Bukan hanya lafaz cinta indah pada saat suami hanya pada waktu ingin mengauli isterinya. Bukan lafaz palsu lelaki jahaman untuk mengandungkan wanita yang bukan isterinya.

Wednesday, July 14, 2010
rasa hormat.
sebelum ini kat fesbuk, aku dah bagi tahu aku memang jenis manusia yang tak suka orang tanya soalan yang sama berulang ulang. hari ini dapat lagi sms yang sama, bertanyakan perkara yang sama. aku memang geram . masuk kali dah terkira 'dia' tanya perkara yang sama. kan aku cakap yang bukan bukan kan, lain pulak ceritanya.
tolong la.... aku harap sangat dia tak baca blog ini. kan bila baca blog , tanya aku pulak maner mana nak buat blog. pastu kalu dah ajar , tanya perkara yang sama berulang ulang.aku tak tahu jenis manusia macam ini. tak tahu ker atau memang dah tabiat begitu.
kalau kau tanya benda yang rasional , tak per la jugak. tapi yang dia tanya jauh lagi langkahnya. belom pon abis belajar. ohhhhhhh...........nak buat persedian ker. nak kumpul maklumat , pastu sebar sebarkan kat orang lain dan jadikan tu cerita kau.
ada dua jenis manusia dalam dunia. yang pertama yang bodoh tapi buat pandai, satu lagi yang pandai tapi buat bodoh. kau rasa masuk kategori maner?ker nak aku bagi tahu.
rasional sendikit dalam tindakan. aku tahu kau tu mesti dah berangan angan dah untuk capai tahap aku sekarang. yang sebenarnya ayat ini sungguh tidak sesuai.tahap aku pun bukan capai tahap tinggi sangat sekarang. cuma aku ada cita cita dan tahu laluan aku. kau suka sangat ikut laluan aku kan.pastu laluan yang kau lalui tak abis, dah nak ikut aku punya jalan. macam guna jalan pintas. sebenarnya bukan jalan pintas, aku pun tak tahu nak namakan jalan apa. aku tahu, dalam hidup kau , terlalu banyak impian yang kau nak capai. tak salah. yang salah adalah kerana kau suka ikut jalan orang lain dan tinggalkan jalan impian yang belum tercapai. lepas itu menyesal. tak salah kalau kita gagal , tapi dah kegagalan itu berulang ulang , apa yang terjadi sebenarnya kau kena selidik. dan belajar untuk perbaiki kesilapan itu.
aku masih ada lagi rasa hormat kat kau. jangan sampai rasa hormat ini hilang ya kawan.

Tuesday, July 13, 2010
saje
pawana berbisik
izinkan aku bawakan rindu padanya
hujan berseru
izinkan aku curahkan bersama air matamu.
pelangi mencelah
izinkan aku mewarna surammu walau seketika
matahari membahang
usahkan biarkan marahmu menguasai perasaan
laman tanah keras bertegas
rasionallah dalam tindakkanmu................

orang cacat = sedekah
KUALA LUMPUR: Seorang pengemis ‘tempang’ memecut lari apabila tembelangnya berlagak seperti orang kurang upaya (OKU) dirakam jurugambar ketika cuba meraih simpati orang ramai berhampiran Jalan Masjid India di sini, baru-baru ini.
LARI...pengemis di tangga stesen monorel melarikan diri selepas menyedari perbuatannya dirakamLelaki terbabit antara puluhan pengemis yang mencari rezeki dengan berpura-pura cacat dan tidak berupaya melakukan pekerjaan bagi memperoleh wang dengan cara mudah.Metroplus yang turut melakukan tinjauan sekitar Jalan Chow Kit dan Jalan Pudu, mendapati kebanyakan pengemis berkeliaran sehingga mencacatkan pemandangan di ibu kota.Melalui pemantauan berdekatan Lorong Haji Taib, seorang pengemis duduk di kaki tangga stesen monorel sambil menunggu orang ramai memberinya wang. Ketika gambarnya dirakam, pengemis terbabit melarikan diri kerana takut perbuatannya dirakam seolah-olah cuba menipu orang ramai.
sumber dari harian metro.
wah wah.... suka hati jer kau.menyamar jadi cacat. sebab tu orang len fikir orang cacat selalu mintak sedekah. wat malu kaum cacat jer. tengok badan ok jer. sihat walafiat.
ok . aku cuba fikir positif. anak dia ramai. dia mengalami masalah kesihatan.atau di bawa oleh agen agen tertentu.
sekian jer. tak mau komen lebih 2 . nanti jiwa sentap. sekali lagi...orang cacat harus sedar diri.

Wednesday, July 7, 2010
mesej tengah malam.
ada seorang kawan lama aku. mesej tengah tengah malam. katanya lelaki pujaannya naik kereta dengan seorang perempuan cantik. ingat aku dalam mimpi. just baca macam tu jer.pagi ini tengok balik mesej tu. ternyata dia upset.kesian dia.... dah cakap . jangan taruk harapan tinggi sangat. jadi makan dirinya. kalau makan ayam kfc ok gak.
satu jer aku pesan. hidup bukan sekadar kita kejar apa kita nak. dari dulu cerita ini tak memang tak kan ada kesudahan. apatah lagi kesudahan yang baik. sekadar angan angan yang tak ada logik akal.
entah, susah nak paham. lebih lebih lagi kalau tiba soal perasaan. susah tak duga.
kata kawan aku mana la tahu ada keajaiban dari Allah. ya..... siapa lah aku untuk menidakkan keajaiban dari Yang Maha Berkuasa. segala segalanya akan terjadi dengan izinNya. tapi kita diberi akal yang sempurna untuk membuat pertimbangan yang lebih baik kan. aku tak mahu cakap lebih . jadi sentap jiwanya nanti.
dan aku tak diberikan kuasa untuk menunjukkan kuasa menentukan keputusan hidup orang lain. usah kalutkan fikiran dengan soal perasaan yang tak ada kesudahan. tabahkan diri. kuatkan semangat. ya kawan memang perlu seorang lelaki dalam hidup kita. aku pun. tapi jangan nampak terdesak sangat. banyak lagi perkara membahagiakan lagi dari mencari kekasih hati. sampai masanya insyallah akan terlaksana jua.yes... penting kita berusaha ke arah itu.
jom kita buat iklan cari jodoh ya..... tak bukan jangan macam tu. kita usaha ke arah itu. selebihnya berserah pada Allah. moga kita ketemu jodoh yang baik.
p/ s : dah dua hari post entri pasal jodoh kan.....

Tuesday, July 6, 2010
saya sedang mencari cinta
atas saranan seseorang, saya nak buat iklan kat sini. ya saya sedang mencari cinta. kalau ayat kasarnya tak sanggup saya tulis. macam gatal pun ada. hihihi.. kata seorang kawan aku, kalau tak gatal , tak der la kita kahwin. opsss.......saya buat lagi.macam perigi cari timba pun ada jugak kan. zaman ini bukan ada perigi yang cun lagi kan. kalau ada pun mesti dah tersorok kan , atau malu malu nak keluar.timba pun mesti dah berkarat kan.
rasanya saya sekarang tidak ketemu cinta . cinta hakiki kadang kadang jauh saya tinggalkan. cinta pada orang tua saya , alhamdulilah setakat ini masih terpelihara. doa kan saya agar sentiasa dekat sengan cinta hakiki. saya sedang cuba . perlahan lahan. untuk cinta pada tua saya, moga saya sentiasa kekal dengan sikap saya sekarang. walaupun saya tahu, apa yang saya buat tidak mampu membalas semua yang telah orang tua saya korbankan buat saya selama ini.dan tak terbalas pun kan.
ayoyo... lupa lupak pasal iklan tadi . saya sedang cari......
berminat sila dial.....
atau e mail.........
yes dah siap iklan.

Monday, July 5, 2010
apabila hidup terlampau mengejar kesempurnaan
ya... pratice can makes prefect... salah ekk....
kata kata tak ada yang sempurna sifat manusia tidak diragui kenyataanya....benar...
tapi terkadang jadi mainan manis di mulut sesetengah oramg
jadi sebagai retorik...
dan terkadang aku jemu....
tidak salah meminta yang indah
tiada silapnya memuja yang cantik
tiada kurangnya bila tak sempunrna
itukan sifat manusia.
apabila terlalu mengejar kesempurnaan
kita menjadi tidak bersyukur
menjadi sombong dan takbur nikmatNya
menjadikan kita siapa diri ini.....
aku yang tak sempurna....
cacat di dunia ...
p/s : ayat paling bawah....
itu adalah aku....

Thursday, July 1, 2010
entri pengakuan
Saya ingin buat entri perhargaan yang kedua. Ya...Allah .. saya benar benar lupa pada entri perhargaan pertama dulu nak masuukan YKN.. Yayasan Kebajikan Negara........ yup. dengan kewangan dari yayasan inilah saya dan kawan dapat merasa menjadi student U. Saya hanya tahu duit masuk bila semester baru bermula.dan saya terus pembelajaran. terima kasih banyak banyak. terus terang ok. saya memang tak tahu pengawai yang inchange kewangan kami dan masukkan duit tiap semester oum. tapi saya hargai sangat sangat. saya bersyukur menjadi insan terpilih mengikuti projek ini.
buat semua tutor yang pernah ajar saya, saya ucapkan berbanyah terima kasih. kadang kadang saya terlewat hantar tugasan tapi masih diterima. saya tak ada ucapan lain, selain terima kasih. semoga jumpa nanti , bila saya sambung degree.
saya akui kekurangan diri. saya tak pernah merasa nikmat makan tangan kanan(saya dah lari tajuk). tapi saya bersyukur dikurniakan otak yang masih berfungsi dengan baik. dan atas sebab itulah, saya merasa apa itu rasa kemanusian dan prihatin. ya kadang kadang kita jadi lupa diri. dah tak ingat bantuan dan pertolongan orang lain selama ini. percayalah jadi cacat ini, memang kita perlukan bantuan orang lain. harus sentiasa sedar diri. harus tahu berterima kasih.dua lapan tahun saya menghirup udara, semuanya kerana adanya orang lain dalam hidup saya.
jadi cacat selama 28 tahun, saya rasa bersyukur sangat. walaupun kadang kadang saya rasa hidup ini tidak adil bagi saya, saya terima keadaan seadanya.saya terima ketentuan Allah. benar kata ma, saya dan anak yang cacat yang lain adalah insan terpilih dari Allah untuk menerima ujianNya bergelar manusia cacat.
ya kadang kadang saya kutuk orang normal yang menindas orang cacat macam saya. ya saya akan bersuara kalau saya rasa semua itu betul. saya takkan buat permintaan terlebih. kadang kadang hak orang cacat digugat buat saya rasa marah. dikutuk sewenangnya buat saya rasa sebal. dan saya akui ada orang cacat yang boleh orang lain hilang rasa hormat. dan saya terfikir sesuatu. orang cacat lahir macam saya rasa rendah diri sendikit banding orang cacat semulajadi.
saya tidak mahu ulas lanjut isu yang sedang hangat sekarang ini. kadang kadang orang cacat sendiri yang buat dajal. dan jangan orang lain terima akibatnya. makin rendahlah pandangan orang lain kat orang cacat.

entri untuk seseorang yang.........
serius . aku tak tahu nak kategorikan apa jenis manusia seorang ini. dah berkali kali aku ingatkan jadi diri sendiri. malangnya, dia ini cepat sangat berubah perangai. fantasi bukan main tinggi. kadang kadang tak padan dengan logik akal. macam mana tegur pun masih di tahap yang sama. sampai susahkan orang lain. bikin orang jadi malu.
aku memang manusia. iya iya la. mesti ada buat silap. cuma terkilan dengan orang macam ini.aku tak tahu nak tahu nak tulis apa lagi.
entah, harap dia berubah.
aku tak mahu tulis ayat ayat mencarut. tak guna ok. atau pun ayat ayat bodoh. supaya lepas segala kemarahan.aku masih boleh menjaga santun. ya . takut orang kata terlebih cakap, padah akibatnya.
kadang kadang orang macam ini, buat orang sakit hati. cukup cukup la. ada otak gunakan sebaiknya. Syukur Allah masih tak tarik kurniaan yang satu ini. jadi jaga sebaiknya.

Subscribe to:
Posts (Atom)