akhirnya . setelah lama nak tulis entri ini, akhirnya terlaksana.
entri perhargaan buat insan insan yang banyak membantu aku , manusia yang kerdil ( bukan OKU kerdil ok)
manusia yang sememangngya kekurangan fizikalnya dan kadang kadang kurang akalnya(jangan gelak ok).
wah banyak perkataan ok. mentang mentang la aku ini OKU.
ini adalah ucapannya...
Pertamanya, saya bersyukur dengan izin dari Allah saya berjaya dapat diploma. bukan senang. terlalu banyak dugaan . tapi saya bersyukur Allah memberikan saya kelapangan fikiran menempuh segala semasa sesi pembelajaran. kadang kadang bekalan wang saya terputus, tapi dengan kekuatan dariNya , saya berjaya harungi.
Buat insan teristiwa. saya punya ma. ma....terima kasih banyak2. kerana selalu percayakan along. ya kadang kadang memang saya putus asa. tapi ma sentiasa bagi saya semangat dan duit di kala kewangan tidak mengizinkan. terima kasih kerana sentiasa berada di sisi along di waktu susah.terima kasih ma. setiap kali pinjam duit ma, along kata nak bayar, walaupun ma tahu kan , itu sekadar trick sahaja. buat adik adikku, terima kasih kerana faham . kerana punya seorang kakak yang tahap gilernya tahap flashman.cuma along terkilan ayah tak dapat tengok semua ini.kalau lah ayah masih ada........
untuk kawan kawan seperjuangan. terima kasih bebanyak. kerana kalian sentiasa bagi saya semangat setiap kali tugasan dan peperiksaan akhir. terima kasih kerana bagi saya nota. bagi bahan tugasan. kadang kadang ada yang tolong taipkan tugasan. malah ada yang kerjanya memeriksa ejaan saya yang selalu salah. alasan saya typing error. hihihihi. terima kasih kerana berkongsi maggi dan milo . kadang kadang saya buat permintaan terlebih . suruh buatkan milo. suruh masak air. maafkan saya atas ketelanjuran ini.oh lupa . terima kasih kerana kadang kadang pinjamkan laptopnya. terima kasih kerana coverkan saya kalau saya masih tertidur di bilik , waktu kelas petang.terima kasih untuk segalanya. kadang kadang diri ini jadi alpa. tapi kenangan kita takkan saya lupakan walaupun saya sekarang poyo.dan saya rindukan semua itu. waktu kita masih suci dari biokrasi.( saya pun tak paham dengan ayat ini). buat kak liza, aliah, nurul, kak ima, kak era, lin sainah,ita, linda, shida, nessa dan riza . terima kasih berbanyak. hanya Allah dapat balas jasa kalian.
buat cikgu dan pengawai plpp.buat cikgu muha.terima kasih cikgu. walaupun apa terjadi ,saya sebenarnya banyak belajar dari cikgu. saya jadi bersemangat sebab kadang kadang saya pinjam semangat cikgu. terima kasih cikgu atas segala tunjuk ajar cikgu. segala kata nasihat cikgu. buat cikgu mala, terima kasih bebanyak , atas segala tunjuk ajar dan segala kata nasihat cikgu.Buat kak jun, terima kasih kerana pernah ajar saya akaun, sampai saya lulus.buat uncle arjuna, terima atas segala pertolongan tulus ikhlas uncle menghantar saya dan mengambil saya setiap kali ke kelas, ambik exam ataupun ambil modul di OUM.
Buat En Faizal, terima kasih atas segala bantuan encik atas segala urusan saya masih berada di plpp(rasanya nak skema ayat ini).
dan terakhirnya ,buat ean, terima kasih atas sokongan dan dorongan awak selama ini. terima kasih sanggup tadahkan teliga setiap kali saya merungut sebab tugasan yang susah. terima kasih kerana bagi saya semangat setiap kali saya terjatuh.terima kasih kerana bebelkan saya setiap kali saya rasa malas.awak selalu nyanyi lagu tak sedap setiap kali saya rasa boring bila belajar. saya tahu, awak lupa kan. janji awak nak bagi saya bunga sayamasa konvo. mungkin saya yang salah sebab terlampau berangan dengan sesuatu yang pasti.
kot saya terima kasih pada semua , saya bukan tak nak letak nama semua orang, tapi saya malas nak type.(boleh pakai ker alasan tu)terima kasih . anda semua di hati saya.
mak cik dewan mkn yang selalu simpan mknan bile kita lewat, lecture dan staff oum ex: kak liza, en edzry, cik fiza.. hehehe (tompang glamourase)
ReplyDeletehihihi.....ok ucapan seterusnya....staff oum yang selalu anto modul kat kita orang....yang selalu bawak kita makan best2, yang selalu layan kita macam vip bila ada majlis kat oum...
ReplyDeletelast but least , pekerja pekerja dewan makan yang selalu tapaukan makanan kat saya...bila saya ada kelas kat oum...
tahniah atas konvokesyen kalian..maaf tak hadir, tiada jemputan dari OUM..semoga terus maju jaya..maaf andai ada kekurangan dari pihak saya dan PLPP..
ReplyDeleteterima kasih sekali lagi en Faizal...saya takkan luper...sb dari plpp saya saya dpt masuk oum dari plpp...kerna semua itu saya dapat konvo trma kasih sekali lagi...
ReplyDeletehahahah kalau YKN baca entry ni mesti dia frust. penat2 sponsor, tp xde penghargaan. ayoookk, kne saman nati kawan...
ReplyDeletealamak luper laa... nanti nak entry perhargaan dua ok..
ReplyDelete