Wednesday, June 23, 2010

Cacat bukan halangan




Oleh SITI NURAZLINA JAMALUDIN

pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 22 Jun – Dua sahabat berkongsi kegembiraan hari ini apabila berjaya menggenggam segulung diploma pada Majlis Konvokesyen Kelapan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) walaupun mengalami kecacatan tangan.Thuwaibah Muhamad, 28, seorang pembantu tadbir di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya dan Rita Rofiza Othman, 29, seorang pembantu tadbir di Majlis Keselamatan Negara menerima diploma dalam jurusan Pengurusan Sumber Manusia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Menurut Thuwaibah, kecacatan yang dialami sejak lahir bukan penghalang untuk dia mencapai kejayaan. “Walaupun perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri pada peringkat awal pengajian, ia tidak menjadi masalah besar buat saya. “Bantuan daripada pensyarah, rakan-rakan sekuliah serta pihak OUM memudahkan proses pembelajaran sepanjang empat tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu. Majlis konvokesyen empat hari tersebut sejak Sabtu lalu menyaksikan 777 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing hari ini. Dalam pada itu, Rita Rofiza pula beranggapan diploma yang dipegangnya bukanlah noktah untuk dia terus mencari ilmu. “Pada sesi kemasukan September ini, saya dan Thuwaibah akan menyambung pengajian di peringkat ijazah walaupun tidak lagi menerima tajaan daripada Yayasan Kebajikan Negara. “Mujurlah pihak OUM memberi diskaun 75 peratus bagi warga emas dan golon

dari utusan malaysia.
saje nak poyo.

1 comment: