Wednesday, June 30, 2010

sesuatu yang aku tak faham.

e............nak terang ke tak?
sebenarnya aku tak nak terang atau lebih tepatnya tak faham nak terang macam maner....
ok sesuatu yang kita fikirkan betul , tapi tidak pada pandangan orang lain. sesuatu yang terjadi kerana ada alasan alasan sendiri.
dan sesuatu kita buat pastinya ada alasan kan dan baik pandangan kita kan.
rasanya kita tidak boleh menidakkan alasan orang lain.
jangan fikir negatif sahaja.

kan jangan lebih labih , katanya dah sombong.
entah....aku ini manusia. mesti ada buat salah kan.
jadi maafkan saya...

Monday, June 28, 2010

entri perhargaan

akhirnya . setelah lama nak tulis entri ini, akhirnya terlaksana.

entri perhargaan buat insan insan yang banyak membantu aku , manusia yang kerdil ( bukan OKU kerdil ok)
manusia yang sememangngya kekurangan fizikalnya dan kadang kadang kurang akalnya(jangan gelak ok).
wah banyak perkataan ok. mentang mentang la aku ini OKU.

ini adalah ucapannya...

Pertamanya, saya bersyukur dengan izin dari Allah saya berjaya dapat diploma. bukan senang. terlalu banyak dugaan . tapi saya bersyukur Allah memberikan saya kelapangan fikiran menempuh segala semasa sesi pembelajaran. kadang kadang bekalan wang saya terputus, tapi dengan kekuatan dariNya , saya berjaya harungi.

Buat insan teristiwa. saya punya ma. ma....terima kasih banyak2. kerana selalu percayakan along. ya kadang kadang memang saya putus asa. tapi ma sentiasa bagi saya semangat dan duit di kala kewangan tidak mengizinkan. terima kasih kerana sentiasa berada di sisi along di waktu susah.terima kasih ma. setiap kali pinjam duit ma, along kata nak bayar, walaupun ma tahu kan , itu sekadar trick sahaja. buat adik adikku, terima kasih kerana faham . kerana punya seorang kakak yang tahap gilernya tahap flashman.cuma along terkilan ayah tak dapat tengok semua ini.kalau lah ayah masih ada........

untuk kawan kawan seperjuangan. terima kasih bebanyak. kerana kalian sentiasa bagi saya semangat setiap kali tugasan dan peperiksaan akhir. terima kasih kerana bagi saya nota. bagi bahan tugasan. kadang kadang ada yang tolong taipkan tugasan. malah ada yang kerjanya memeriksa ejaan saya yang selalu salah. alasan saya typing error. hihihihi. terima kasih kerana berkongsi maggi dan milo . kadang kadang saya buat permintaan terlebih . suruh buatkan milo. suruh masak air. maafkan saya atas ketelanjuran ini.oh lupa . terima kasih kerana kadang kadang pinjamkan laptopnya. terima kasih kerana coverkan saya kalau saya masih tertidur di bilik , waktu kelas petang.terima kasih untuk segalanya. kadang kadang diri ini jadi alpa. tapi kenangan kita takkan saya lupakan walaupun saya sekarang poyo.dan saya rindukan semua itu. waktu kita masih suci dari biokrasi.( saya pun tak paham dengan ayat ini). buat kak liza, aliah, nurul, kak ima, kak era, lin sainah,ita, linda, shida, nessa dan riza . terima kasih berbanyak. hanya Allah dapat balas jasa kalian.
buat cikgu dan pengawai plpp.buat cikgu muha.terima kasih cikgu. walaupun apa terjadi ,saya sebenarnya banyak belajar dari cikgu. saya jadi bersemangat sebab kadang kadang saya pinjam semangat cikgu. terima kasih cikgu atas segala tunjuk ajar cikgu. segala kata nasihat cikgu. buat cikgu mala, terima kasih bebanyak , atas segala    tunjuk ajar dan segala kata nasihat cikgu.Buat kak jun, terima kasih kerana pernah ajar saya akaun, sampai saya lulus.buat uncle arjuna, terima atas segala pertolongan tulus ikhlas uncle menghantar saya dan mengambil saya setiap kali ke kelas, ambik exam ataupun ambil modul di OUM.
Buat En Faizal, terima kasih atas segala bantuan encik atas segala urusan saya masih berada di plpp(rasanya nak skema ayat ini).

dan terakhirnya ,buat ean, terima kasih atas sokongan dan dorongan awak selama ini. terima kasih sanggup tadahkan teliga setiap kali saya merungut sebab tugasan yang susah. terima kasih kerana bagi saya semangat setiap kali saya terjatuh.terima kasih kerana bebelkan saya setiap kali saya rasa malas.awak selalu nyanyi lagu tak sedap setiap kali saya rasa boring bila belajar. saya tahu, awak lupa kan. janji awak nak bagi saya bunga sayamasa konvo. mungkin saya yang salah sebab terlampau berangan dengan sesuatu yang pasti.

kot saya terima kasih pada semua , saya bukan tak nak letak nama semua orang, tapi saya malas nak type.(boleh pakai ker alasan tu)terima kasih . anda semua di hati saya.
                                                                                                                                                                                                  

Sunday, June 27, 2010

sedih

ada rasa sedih di hati. sedih yang amat. rasa sedih yang tak dapat dibuang.
jiwang. persetankan.

rindu pada ma dan adik yang kembali menghuni kampung setelah dua minggu bertamu di sni.
rasa sedih kerana terlalu dugaan yang menimpa.
kenapa rasa sedih semakin terlalu lama bermukim di hati.
sukar aku hapuskan.
rasa sedih .
susah.

benar , kata orang hidup ini bagai pelangi, ada bermacam warna.


p/s : buruk benar entri ini.
nanti nak upload gambar konvo dan ceritanya.
bukan untuk sesiapa.
untuk diri ( sumpah...ayat ini skema giler)
masih dalam mood sedih.

Thursday, June 24, 2010

entri untuk kawan....

huk huk.....tiba tiba rasa sedih sangat. bukan apa , dapat msj dari kawan aku. dia akan bertolak ke oversea nanti. aku cuma doakan dia baik baik saja di sana. dia akan berjuang untuk negara. semoga nanti dia akan berjaya di sana. jauh di dasar hati aku sangat bangga dengan dia. chaiyok....keep the good work girl......
semoga beroleh yang terindah di sana.

sememangnya.... dah lama nak up date ini blog.banyak yang igin berkongsi. aku ingin upload gambar dan cerita konvo. dan perhargaan kepada mereka yang banyah membantu aku dapatkan diploma . tanpa sokongan ini semua, aku tak mungkin akan beroleh kejayaan ini.

mungkin cerita konvo akan ku tulis ini punya blog  esok.

Wednesday, June 23, 2010

Cacat bukan halangan




Oleh SITI NURAZLINA JAMALUDIN

pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 22 Jun – Dua sahabat berkongsi kegembiraan hari ini apabila berjaya menggenggam segulung diploma pada Majlis Konvokesyen Kelapan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) walaupun mengalami kecacatan tangan.Thuwaibah Muhamad, 28, seorang pembantu tadbir di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya dan Rita Rofiza Othman, 29, seorang pembantu tadbir di Majlis Keselamatan Negara menerima diploma dalam jurusan Pengurusan Sumber Manusia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Menurut Thuwaibah, kecacatan yang dialami sejak lahir bukan penghalang untuk dia mencapai kejayaan. “Walaupun perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri pada peringkat awal pengajian, ia tidak menjadi masalah besar buat saya. “Bantuan daripada pensyarah, rakan-rakan sekuliah serta pihak OUM memudahkan proses pembelajaran sepanjang empat tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu. Majlis konvokesyen empat hari tersebut sejak Sabtu lalu menyaksikan 777 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing hari ini. Dalam pada itu, Rita Rofiza pula beranggapan diploma yang dipegangnya bukanlah noktah untuk dia terus mencari ilmu. “Pada sesi kemasukan September ini, saya dan Thuwaibah akan menyambung pengajian di peringkat ijazah walaupun tidak lagi menerima tajaan daripada Yayasan Kebajikan Negara. “Mujurlah pihak OUM memberi diskaun 75 peratus bagi warga emas dan golon

dari utusan malaysia.
saje nak poyo.

Monday, June 21, 2010

dugaan lagi

sebenarnya tak ada niat nak tulis entry.esok sepatutnya yang jadi bahagia, sebaliknya  kesedihan mengisi perasaan sekarang. dah tak ada perasaan langsung. nak rasa feel happy tak ada .

rasa sedih sangat2. pertama masalah duit. tak pasal 2 asb terima penangan , dikeluarkan bahagian yang sepatutnya tersimpan tanpa diusik.rasa perit sangat. hanya Allah yang tahu.

kedua masalah bekalan air kat rumah ini. Ya Allah kecilnya air yang keluar dari paip. telefon maintance , ckp puspel punyer tanggungjawab. tel puspel , katanya kena tanya maintance. memang geram tahap ultraman kat maintance . langsung tak dijenguknya rumah . sumpah aku mamang nak maki. tapi tak nak la keluarkan segala perkataan yang jadi hak milik wanita ataupun lelaki.aku memang jenis tak kan desak orang.kalau satu kali cakap, tak ada tindakan aku pun pasrah.tak per la. gunalah air yang keluar. dah dua hari aku tak mandi rambut.

ketiga kaki tengah sakit sangat sangat. terseliuh. jalan yang tempang dah ni, jadi teruk sangat. esok naik pentas , mesti sakit sangat sangat. minta Allah bagi kekuatan, aku berjalan esok. walaupun aku tahu, setiap langkah memang terasa perit sangat sangat.

jadi orang cacat ini, memang silap sikit langkah akan membawa padah dalam pengerakan. tapi nak buat macam mana, aku kadang alpa dalam mengawal pengerakan


kalu rasa menyampah dengan entry ini, tolong jangan baca. aku cuma tak ada tempat nak menluah. entri buruk ini,saja tempatnya.

Friday, June 18, 2010

DEAR BLOG

kepada blog yang sentiasa dijenguk di kala kalam aku bertamu di hati. menjadi sepahan di kala suara menjadi bisu.

kadang kadang suara dicantas.
menjadi santun yang hipokrit.
sumpah.....aku kaku menjadi manusia sebegitu.
menjadi manusia yang lebur demi biorakasi.

Wednesday, June 16, 2010

cerita ketabahan.

hihihihi... tajuk tak der kaitan dengan entry. sememangnya bulan ini penuh dugaan. kadang kadang buat putus asa.ya banyak merungut kan.aku sempahkan di sini segala isi hati yang betul betul sedang menanti untuk yang luak di alam realiti. dan aku tak mampu nak tuliskan semuanya menjadi satu cerita telenovela di sini.

yang buruk sering menjadi mimpi yang sering diusir dari bertandang menjengah kehidupan. aku tak mampu.
sisi ketakutan sering menghambat perasaan.

tak mahu ayat macam ni lagi . untuk entry ini.sekadar berterus terang untuk jiwa yang hampir rebah.

berurusan dengan pelbagai karenah manusia buat aku betul betul tolol. tak mahu dibiarkan terus menjadi kawan yang merawan hati yang pudar.

rasa bosan dengan kerja.rasa mual .

Monday, June 14, 2010

bodoh

kalau dah bodoh tu mengaku jer la. aku bukan nak hina orang bodoh. sebab aku ada jugak benda bodoh aku buat . sakit hati jer. orang bodoh kalu tak nak mengaku bukan bodoh sombong dah. dah bodoh tahap ultraman . duk fire orang tapi last terkena kat diri sendiri.

kalau setakat bodoh atas kesilapan sendiri untuk kali pertama, boleh dimaafkan. tapi kalau dah berulang ulang, apa kejadahnya. macam haram jer punyer bodoh. sampai salahkan orang lain. memang patut apa yang kena kat kau sekarang. not learn from mistake anymore but learn from the best.

masalah lah sebenarnya kalau kita jumpa orang macam ini. yang teratur jadi up side down. tak nak dengar cakap orang, akhirnya.... sebenarnya dah lama aku pendam. aku tak kan mention nama orang kat blog. hint tu ada la. tak nak macam fasha. konon bf kena rampas, mention kat laman sosial. apasal tak jumpa terus jer orang tu.

sumpah apa yang ditulis tidak akan memadam api kemarahan aku ini. sia sia jer.ya la aku ini tak ada pelajaran tinggi. tak dapat degree first kelas.muka memang tak lawa. tak pandai bagi motivasi. ya ... yang aku pandai tulis luahan bodoh ini kat blog. aku malas nak layan dah.

aku tak kan jadi bidadari yang baik . yang datang tolong di saat kesusahan. yang asyik fikir benda benda baik jer.yang sentiasa ada untuk kau.

Saturday, June 12, 2010

saya

sebenarnya tak tahu dibagi tajuk untuk entri tidak bernyawa ini. sesuatu yang telah lama dipendam.luahan yang akan salah dianggap.

aku betul betul kaku untuk menulis entri. perkataan perkataan yang ditaip tidak mungkin menjadikan ayat yang sepatutnya.
ini adalah persoalan yang tidak akan aku ketemu jawapanya.

ya kadangkala bila berhadapan dengan orang normal , susah nak jadi diri sendiri.

takut untuk bersuara...

Thursday, June 10, 2010

saya terlebih badget

bulan ni memang turun harga. bukan la. ayya.....tak tahu nak cakap apa.dulu selalu kena marah kalau bercakap pasal pasal tak ada duit ini. seseorang yang tak suka saya merungut pasal duit. ean keedal.dia memang tak suka merungut pasal diut. alih lih dia yang merungut sekarang ini. hehehehe. manusia tak berpisah dengan duit ok.cuma tahap obsesi kita terhadap duit berbeza.

wawawa....ini gara gara aku kena bayar duit lebih kerana repeat subjek dulu. hazard management. memang subjekini  aku sentiasa buat  berhazard. dan aku takut tahap ultraman kalau subjek ini gagal lagi dulu. tapi syukur, subjek ini dapat lulus dengan baik.seperti dalam entry yang terdahulu, aku memang tak tahu kena bayar sendiri kalau kita ulang subjek.

boleh tak saya tak turut perintah. tapi terpaksa saya bayar jugak.ok la. saya tak tulis pasal ini. tak janji..
mujur tuhan beri kelapangan dengan berita baik. ok. tahu nak tahu kan. perasan jer. nanti saya cerita .dan mujur duit simpanan masih ada.dan terpaksa meminta duit bonda tercinta.

Tuesday, June 8, 2010

the bad day

hari ini aku dapat berita tak di duga. nak salahkan siapa ?
knaper tak bagi tahu awal awal bahawa kalau nak repeat paper kena bayar sendiri?
nak ambik diploma baru bagi tahu ada yuran tertunggak?
285 pulak tu
hampeh betul
kena cekau kat asb la nampaknya

memang perkara betul betul tak terduga
apasal tak ada orang mention awal awal?
kan senang
kenapa tak bagi tahu awal awal
tapi sapa yang nak bagi tahu
ker aku yang tak pernah yang nak ambil tahu
ya lah... sedap jer orang duk bayar tiap tiap semester
tak pernah terfikir nak tanya
see ...all by my stupid
kalu aku tahu dah bayar awal awal

tak per dugaan......
kalu tak cakap tak per
nak cakap apa lagi

gaji pun lambat lagi
huhuhuhu
kadang kadang terfikir kenapa selalu sangat dapat musibah?
ya aku ada jawabanya...

Monday, June 7, 2010

cerita seminggu

sudah hampir seminggu aku duk di rumah sorang sorang. bosan tahap power rangers dan ultraman la. balik kerja tak ada sesiapa yang nak sembang. lepak lepak atas sofa sambil  on kan remote tv. layan dari satu cerita ke cerita. bukan masuk dan  bukan boleh layan perasaan pun. pastu on laptop. perkara pertama wajib dibuat , jenguk fesbuk. tgk notification , dan menjaga petville sepenuh jiwa . kadang kadang macam boring gak. ya lah bukannya petville boleh cakap dengan kita kan. nampaknya sampai sekarang aku masih boleh tahan dengan petville ini. games lain , dah bungkus awal awal. dulu seronok jugak bermain fishville, teasure hunt, zoo,dan sekarang memang dah lama aku tak jenguk games games tersebut. hanya satu kata kunci jer dapat merangkan semua ini.BORING.

memang bosan tahap cicak . kalau kita duduk sorang. tapi rabu ini ma dan adik adik akan datang bertandang di kuartes kerajaan , tempat aku bernaung (menumpang berteduh)sekarang(macam skema je ek.)

bulan ini ada peristiwa menarik bakal muncul. ishhh.... tak sabar.....

maaf untuk seseorang .....Aku  tak boleh terima kau  balik.....
aku susah sorang sorang , aku senang sendikit ,
kau nak menempel
apa kes?

Saturday, June 5, 2010

5.30 petang

ok. akhirnya dapat tengok cerita lagenda budak setan. hari jummat dah beli tiket. takut tak sempat. 5.30 petang. hari sabtu akhirnya aku hadap cerita tu.

cerita ini memang best. tapi ada kekurangan jugak. macam dari satu babak ke babak lain tergantung.terlalu cepat dari part ke part.tapi yang best lagu latar cerita ni. tapi cerita tak mampu buat aku nangis la. cuma sebak sikit. tapi tak mampu mengalirkan air mata.

cerita ini sebenarnya tak sehebat novelnya. peh..kalu baca novel ni, memang nangis giler aku.
macam ada sambungan je cerita ni.

p/s : baru aku tahu si lisa tak pandai sebut R.aku perasan bila sebut perkataan orang.R .....nya macam pernah dengar sebelum ini.

Friday, June 4, 2010

jangan gunakan agama

27 tahun menghirup udara. sepanjang tempoh itu, aku sering berjumpa orang yang hipokrit dalam agama. menggunakan agama untuk kepentingan peribadi. menjadikan agama sebagai ruang untuk menunjuk takbur dan riak.

ada manusia yang gunakan agama untuk tunjukkan dirinya sebagai alim. ya ....dosa dan pahala hanya Allah yang tentukan. satu kes. tiap tiap kali masuk sembahyang , kau azan . suara merdu sangat. dan aku kagum dengan kurnian Allah ini yang dikurniakan kepadamu. tapi yang sialnya, kau permainkan perasaan perempuan sesuka hati. tipu kanan , tipu kiri. sana sini kau sambar perempuan. gunakan mereka punya kelemahan untuk kesenangan . fikir la, berapa hati dan perasaan yang telah kau korbankan. depan orang atasan kau baik macam malaikat. peh...... tabik spring la lakonan mantap. tapi berada di kalangan golongan senasib aku, tak usah nak tolong, senyum pun tidak.tolong la , jangan guna penampilan yang kononya beragama untuk maikan hati dan perasaan kau.

kes kedua. aku pernah naik train. dari hentian putra ke ukm bangi. ada seorang mengandung naik , kalau tak silap, kat midvalley. berdiri betul2 , depan seorang perempuan yang pakai tudung labuh. tapi macam kejam jer, tidak dibaginya ibu mengandung tu duduk. kemudianbangun seorang budak ini, rupa ala ala tomboy bagi ibu mengandung tu duduk. aku bukan pertikaian tudung labuhnya, dan aku tahu bertudung tu wajib. tapi yang aku pertikaikan adalah kau rosakkan nilai tudung tu dengan mementingkan diri sendiri.

dan sekarang , kes ketiga. aku sedang lalui sekarang. mamat dari mana sesat, hari hari telefon, cerita pasal kehebatan ilmu kau dalam agama. aku bukan tak suka.aku suka orang bagi nasihat, tapi kena betul la caranya. dah kalau hari hari kau duk cerita kau punyer sembahyang , puasa, kat aku tu apa kes. lepas tu duk mengutuk orang punya amalan.macam semuanya tak betul.dah dua hari aku tak layan . malas la. aku memang tak suka cara kau pertikaikan amalan orang. kalau pun tak betul , pergi la jumpa orang tu. tak payah duk mengata. dengan aku sekali dapat dosa.

aku banyak kekurangan dalam agama. dan sekarang aku cuba perbaiki. dan tak perlulah aku cerita apa yang aku buat, kat semua orang.

agama islam adalah agama yang indah. jangan rosakkan keindahan tu, dengan perkara perkara macam ini.
kalau kau baik sangat, kau pergi israel. bunuh yahudi tu.

Thursday, June 3, 2010

perasan II

aku nak sambung cerita semalam. panggilan dari kawan lama pada dua hari lalu, buat aku marah. bukan marah pada dia. tapi marah pada seseorang yang suka buat onar.

selama ini aku memang perasan. dia suka perasankan dirinya. anggap dia jer yang lebih. cakap memang beratus ratus kali. siap sumpah lagi. dalam diam dia suka buat orang jauhkan diri darinya. entah. selama ini cuba aku fikir positif. menolak segala hambatan kejahatan yang menerjah kepala.

serius...apa yang aku tulis tidak dapat menghapuskan perasaan benci yang sudah lama bertandang.
serius....aku bukan baik.....dan memang bukan terbaik....
macam imiginasi yang selalu muncul dalam fikiran kau

p/s : teringin nak makan sotong......

Wednesday, June 2, 2010

perasan

kalau kita perasan bagus ok tak?
beb, aku pun perasan jugak.
tapi kalu dah perasan sampai nak ganggu hubungan orang lain apa kes?
beb, aku kawan dengan orang yang aku suka
ada ker hubungan kau dengan orang lain
sampai kau halang orang lain nak kawan dengan aku.
halang bagai bagai.

aku perasan kau memang perasan bagus .
sebab?
aku selalu lebihkan tentang diri kau
ya.... ya ....kau memang terlebih perasan....
aku pun tak ingin ok
CUKUP LA OK

Tuesday, June 1, 2010

apabila kita berada di atas

aku nak sangat berada di atas. maksudnya berada di kalangan golongan vvip. bergelar seseorang yang bergelar tan sri , datuk, dato, atau apa saja gelaran yang buat orang lain respek giler kat kita. bila berurusan tak beratur. dibaginya karpet merah.apabila berada di atas mesti sendikit sebanyak kita jadi lupa diri. banyak orang apabila berada di atas dan lupa diri, maka hilang nilai nilai kemanusian.

apabila nilai materialistik menutupi belas kasihan dan kasih sayang, maka tiada lagi kedamaian.macam yang berlaku kepada israel. ya mereka yahudi yang tidak diberikan pengertian kasih sayang. terlindung sudah nilai kejujuran dan kemurnian hati. demi mereka punyer kejahatan, mereka sekat laluan kapal. bom kapal . supaya makanan dan bekalan ubat tidak disalurkan kepada palestin. mereka tambah penderitaan rakyat palestin. tembak mati orang yang punya jiwa murni. jiwa jiwa negara arab terus diam.diam. sunyi. takut mereka akan hilang nilai materialistik. oh mereka lebih takut israel daripada Allah.amerika jangan cakap la. obama ni sibuk golf ker?

dalam persekitaran kita pun ,sudah wujud nilai israel.tak payah fikir panjang dan jauh jauh.anda cuma perhatikan. terutamanya kepada mereka yang bergelar mentimun. digolek atau tergolek sama sama terluka. dan kita akan terima sahaja apabila durian sudah menlenyek kita.

nak mintak bantuan kerajaan pun susah. ini pengalaman seorang ibu tunggal di kampung aku, nak mintak bantuan bulanan pun kena interview berkali kali. alasan ada astro dan anak anak dah berkerja. jadi hak ibu tunggal dan dua anak yatimnya masih bersekolah dipinggirkan. oh kalau nak dapat bantuan , kena masuk satu parti dan tak boleh pergi surau untuk dengar ceramah.hahahaha.tu belum lagi perangai beberapa staff kat majlis daerah, yang suka golongan tua. mengikut selera mereka. tendang sana sini.

banyak lagi sebenarnya. susah orang bukan senang nak kita selami. lebih lebih lagi , kita tak pernah melalui peringkat kesusahan.

ok aku janji akan sambung lagi cerita berkaitan selepas ini.