Monday, November 29, 2010

#surat cinta untuk bakal penggantin saya#

                                                                                                                       Tarikh : 29  November 2010

                                                                                                                   Rujukan : ILOVEUSYTT (S) 1

Encik Bakal Penggantin Saya

Dimana Sahaja Anda

Seperti Mana Allah Telah Tetapkan

Pada Jodoh Saya



Encik,

Surat Pengakuan Saya Sebelum Awak Pilih Saya Sebagai Penggantin Awak

Perkara di atas adalah dirujuk. Tetapi saya nak bagi tahu jugak.

2.         Saya Thuwaibah binti Muhamad. Ya awak dah nama saya kan. Sajer jer saya tulis sebab awak kan cakap nama saya cantik dan unik kan . umur saya perlu ker bagi tahu. Saya pinjam kata kata Rita Rudaini. Umur hanya pada angka, bukan pada wajah.

3.                        Ok ok………….saya tak nak karang panjang panjang. Saya tak reti karang surat ni. Tapi demi meneruskan warisan nenek moyang kita, saya tulis surat ini. Kita terus ke isi isi penting perkara yang awak kena tahu sebelom awak ambik saya sebagai suri hidup awak. Senarai namanes namanes adalah seperti berikut :

I ) Saya kalau hari minggu, memang akan bangun lewat . standard pukul 10.00. pastu kemas rumah , basuh apa yang patut,standard sarapan pagi nasik lemak persint 8. Bersamaan dengan makan tengahari.. oh ya sambil kemas kemas rumah mata saya akan tengok cerita kartun yang terhidang untuk kanak – kanak . apa boleh buat, saya tak mintak pun cerita 2 tu, tapi dah ada tengok jer la ya. Malam baru masak. Tu la kalu saya kat umah. Kalu keluar tak ada maknanya saya nak masak.

ii) saya suker sangat tengok detective conan. Hahahaha…tak leh miss tau…kalau nak keluar saya akan pastikan saya tengok dulu. Mana boleh tinggalkan budak kecik kesayangan saya. Tapi kalau dah kahwin dengan awak, jangan marah la kalau saya berebut remote control dengan anak anak semata nak tengok conan ya.

iii) saya obses giler dengan cerita korea. Saya boleh nangis tau biler ada part sedih. Dan saya boleh gelak sorang sorang dengan watak heroinnya yang kadang kadang sengal macam saya. Jadi awak fikir pulak saya ni giler bila tengok cerita korea. Saya Cuma nak pinjamkan bahu awak untuk saya menangis dan baju awak untuk kesat segala airmata dan hingus saya meleleh. Lalalala…..

iv)saya sebenarnya berat hati nak bagi tahu. Dan saya kena jujur kan dengan awak . sebenarnya saya terlalu sayangkan dua jejaka yang muncul dalam hidup saya . saya namakan dia orang, dua S . S yang pertama dari zaman sekolah lagi saya kenal dia. Saya menyimpan kasih kat dia. Lepas itu, dia menghilang. Awal tahun ini , baru saya jumper balik dia. Itupun dalam filem Adnan Sempit. Ya …awak S pertama saya Shamziey Sam. Huhuhuhuhu….S Kedua saya adalah seorang budak lelaki yang wajar saya panggil saya adik. Hahahaha…tapi dia ini banyak skandal gak……tak tahu la kebenaranya…..tapi saya suka tengok dia….handsome sangat …….Shahir namanya……..huhuhuhu…awak kenal kan

ok lah awak saya tak panjang cerita lagi . tu jer untuk kali ini. Penat la tulis panjang panjang. Nanti akn ada surat susulan untuk awak . apa apa pun saya sayang awak . bak kata fyan jamal ,sayang 150 juta kali…..saya tak tipu….len kali saya karang lagi ek…..

yang tidak telus,
aku

Niat Yang Ikhlas

HuHuhuhuhu...sememangnya ini entri yang tidak jangka untuk diterbitkan(huhuhu....macam nak terbit novel jer kan). Ini adalah betul betul cetusan hati yang dibikin secara spontan.
Kita tidak akan dapat membaca niat dihati orang , tidak dapat menduga apa yang tersimpul di lubuk jiwa seseorang.kita biasanya akan menlihat apa yang terzahir di luaran seseorang. Sebenarnya, kita tidak akan menduga isi hati seseorang. Kenapa dia bertindak sebegitu. Kita dia tidak buat begini. Mengapa dia terus begitu. Mengapa dia hanya berdiam? Kenapa dia terus berahsia ?
Kita hanya bertindak mengikut logik akal. Apa yang kita rasakan betul, dan ini sebenarnya menimbulkan konflik dengan orang lain.orang lain yang tidak akan faham dengan tindakan kita kan. Dan hanya kita sendiri sahaja yang faham mengapa kita berbuat demikian. Kadang kadang niat sering sahaja disalahertikan tanpa memberi pertimbangan akal yang ajar . Kita kadang menggunakan tindakan yang sama tapi matlamatnya berlainan.

Tuesday, November 16, 2010

Maafkan saya

Saya betul betul rasa bersalah. Rasa bersalah yang sangat. Awak, saya dah cuba. Cuba terima awak. Tapi saya tak dapat tipu perasaan saya. Awak, saya betul betul tak boleh terima awak. Saya sukar menolak permintaan oranng. Tapi kalau sudah babitkan soal perasaan, saya kena tolak. Awak suka mendesak. Awak suka memaksa. Saya ada hak untuk memilih teman hidup. Saya tahu awak akan kecewa. Tapi apa gunanya untuk saya bersikap hipokrit. Saya cuma berterus terang. Ini soal hati. Lagipun awak itu bekas pakwe kawan saya suatu pada masa dulu. Saya tahu bagaimana perasaan itu. Bagaimana perasaan seorang teman baik apabila mengetahui kawannya kini menjadi kekasih hati pakwenya dulu. Memang tiada salahnya, cuma saya meragui jika saya yang berbuat demikian. Awak kata hati boleh berubah. Ya dan saya percaya. Tapi tentunya kuasa dari yang Maha Kuasa. Saya hanya bertindak rasional. Saya bukan orang yang baik. Saya bertindak mengikut akal bukan sekadar rasa hati. Awak , dalam soal perasaan tiada sapa yang salah, tiada sapa yang betul. Saya mencari lelaki yang bukan hanya menyayangi saya, tapi lebih dari pengertian seorang kekasih. Saya yakin dalam satu hubungan, bukan hanya cinta jadi pengikatnya kan. Awak , andainya tuhan saya mentakdirkan saya untuk awak, saya terima, tapi buat masa sekarang saya memang tak boleh terima. Saya sudah padam awak dari senarai rakan saya di mukabuku.

Untuk kawan kawan, bagilah pengertian apa pun tentang entri ini. Saya sekadar meluah rasa. Saya memang tengah sedih. Salah ker andai saya menolak seseorang andai tiada rasa indah menghuni hati saya ketika ini. Ya satu rasa yang saya rasa adalah simpati.

Monday, November 15, 2010

Entri Istimewa

Kenapa istimewa? huhuhu...lalala..sb hari ini ada seorang kecik dulu dah berumur 28 tahun . jam 9.30. kat hospital kuala terengganu. budak comot yang telah menjadi seorang gadis yang comel.sila gelak la. aku tak marah......
syukur pada Allah, kerana Dia, aku masih di beri peluang menghirup udara percuma. masih dibekalkan satu nyawa untuk aku menjalani kehidupan sebagai manusia. masih ada denyutan nadi dan jantung untuk aku melalui hari hari yang mendatang.  terlalu banyak nikmat yang telah dikurnia dariNya. syukur alhamdulilah...

terima kepada ma, kerana menjaga dan membesarkan dengan kasih sayang yang tak berkurang malah bertambah seiring dengan aku semakin menginjak.
pada kawan kawan yang doakan aku panjang umur , murah rezeki, semoga ketemu jodoh. terima kasih berbanyak kerana sentiasa doakan  yang baik baik untuk aku. semoga kalian semua terus dilimpahi Rahmat dariNya. terima kasih ya....

28 tahun ...banyak sudah aku lalui.....kadang kadang aku tewas ...kadang kadang aku gembira... itu kan lumrah setiap manusia......

28 tahun aku tak jumpa lagi bas nadi yang leh aku naik :)

Saturday, November 13, 2010

Wednesday, November 10, 2010

sayang semua...

saya sayang semua tau....hahaha tu jer. saya tak berani nak post kat wall fesbuk....saya sayang ma saya, saya sayang adik adik saya,saya sayang  kawan kawan saya, saya sayang unit saya, saya sayang laptop saya, saya sayang kemaman,saya sayang nadiputra..:)

Tuesday, November 9, 2010

Keep Supporting Without Discimination

SETIAP kali dia berputus asa, ada sahaja individu-individu yang menyuntik semangat kepadanya. Kepada Ong Hock Siew, 50, sembilan remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) itulah yang telah merealisasikan impiannya.




Walaupun bahagian kanan tubuh Muhd. Syazani Sazali, 23, agak lemah, namun semangatnya untuk hidup tidak pernah luntur. Muhd. Syazani merupakan salah seorang daripada remaja OKU yang membakar semangat Hock Siew.



Dia adalah salah seorang daripada sembilan remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) yang bekerja dan menjadi teman niaga Stesen Dobi OKU di pusat beli-belah Mid Valley. Kedai dobi yang terletak di aras bawah P2, A43, Mid Valley, Stesen Dobi OKU itu menjadi simbol kebanggaan golongan OKU secara menyeluruh.
“Saya mahu kami menjadi contoh kepada rakan-rakan senasib. Saya percaya usaha ini akan mengubah persepsi orang ramai terhadap OKU.
“Kami mahu buktikan bahawa kami juga boleh berjaya,” kata Muhd. Syazani yang duduk di kerusi rodanya.
Sebelum menyertai Stesen Dobi OKU, dia bekerja makan gaji di sebuah pusat beli-belah. “Saya pernah bekerja sebagai penjual selama setahun. Selepas itu, saya berhenti dan ketika berehat di rumah, saya dimaklumkan tentang peluang ini,” ceritanya.
Mazayu Kasan, 40, selaku pelatih OKU memberitahu, Hock Siew mengetengahkan ideanya mengenai perniagaan tersebut kepada rumah Amal Chessire di Selayang, Selangor.
Bertanggungjawab mengumpul, memilih dan melatih remaja terbabit dalam bisnes dobi, Mazayu juga banyak membantu dan melancarkan operasi perniagaan itu.

Cabaran berniaga




“Cikgu banyak melatih kami. Saya rasa seronok berniaga dan percaya pengalaman ini akan membentuk saya menjadi seorang usahawan untuk membuka kedai dobi sendiri pada masa depan,” tegas Muhd. Syazani yang berjanji untuk memberikan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada golongan OKU yang lain.



Kata Muhd. Syazani, antara cabaran berniaga di pusat beli-belah terkemuka itu ialah apabila berdepan dengan pelanggan berbangsa asing yang bertutur dalam bahasa Inggeris. “Saya cuba melayan mereka semampu yang boleh. Biasanya saya faham apa yang mereka katakan,” kata Muhd. Syazani yang boleh bertutur dengan lancar berbanding remaja lain yang menghidap masalah pertuturan akibat sindrom Down atau ketidakupayaan belajar.



“Syazani dan Roszilawati lebih berani berdepan dengan pelanggan. Mereka boleh berkomunikasi,” kata Mazayu. Roszilawati Rosli, 21, atau lebih mesra dengan panggilan Ros. Dia merupakan seorang gadis yang memiliki perwatakan menarik dan boleh berkomunikasi dengan baik.



“Sebelum bekerja di sini, saya bekerja di salon di Sentul. Tetapi selepas mendapat tawaran ini, dengan sokongan keluarga saya menyertai kumpulan ini,” kata gadis bertubuh kecil itu.



Anak kedua daripada lima beradik itu memberitahu, jika diberi pilihan antara berdandan atau menjalankan perniagaan dobi, dia lebih selesa memilih dobi kerana bisnes itu menjamin masa depan di samping dapat membimbingnya mempelajari selok-belok dunia perniagaan.







Salina menggosok pakaian pelanggan.



--------------------------------------------------------------------------------







Kata Mazayu, sebilangan remaja tersebut mempunyai pengalaman bekerja di bahagian dobi di Hotel Grand Dorsett di Subang Jaya manakala sebahagian yang lain mendapat latihan di pejabat WorldwidePreneur di Jaya One di Petaling Jaya.



“Orang ramai tidak perlu pandang rendah atau meragui kebolehan mereka. Usaha seperti ini membuktikan kemampuan mereka. Walaupun ada OKU yang lemah dari segi mental, tetapi hakikatnya mereka bukan golongan yang tidak waras. Sebaliknya, mereka adalah golongan slow learner. Mereka mungkin perlahan dari aspek menggunakan minda seperti membaca atau mengira tetapi mereka boleh melakukan kerja-kerja fizikal. Saya percaya mereka akan menerima cabaran berniaga sama seperti mana-mana orang biasa,” kata Mazayu.



Pengalaman bekerja
Bagi menguruskan perniagaan itu, Mazayu turut dibantu oleh Qariah Saini, 23, dan kesembilan-sembilan ibu bapa remaja tersebut.
“Ibu bapa mereka bertanggungjawab membuat kiraan akaun, pembayaran, pembelian dan sebagainya secara bergilir-gilir,” tambah Mazayu. Bagi Amirah Muhd. Sardi, 23, kesungguhan gadis muda itu bekerja jelas terpancar di wajahnya. Amirah yang pernah bekerja di sebuah salon rambut berkata, dia seronok bekerja di kedai dobi kerana mempunyai ramai kawan.
Walaupun gagap, anak bongsu daripada lima beradik itu tetap menjawab soalan-soalan yang dilontarkan kepadanya.
Seorang lagi remaja lelaki yang agak pendiam tetapi murah dengan senyuman, Anuar Firdaus Rosman, 23, yang mempunyai masalah ketidakupayaan belajar lebih selesa berkomunikasi dengan rakan-rakannya.
“Saya pernah kerja di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur di bahagian dobi. Semasa bekerja di situ saya membuat kerja-kerja seperti seterika baju, memasukkan pakaian dalam mesin basuh dan menjaga meja resepsi,” jawabnya dalam nada perlahan.
“Anuar sangat rajin, tetapi dia akan tunggu arahan. Dia tidak mencari kerja tetapi melakukan apa yang disuruh dan lebih gemar membuat kerjanya sendiri,” kata Mazayu. Tambah beliau, selain berpengalaman, Anuar dipilih kerana sangat aktif dalam pelbagai aktiviti ketika bersekolah di Sepang.
“Dia menerima banyak anugerah di sekolah antaranya Anugerah Sahsiah. Dia juga bertuah kerana mempunyai bapa yang banyak memberi sokongan dan mengambil berat tentang dirinya,” kata Mazayu merujuk kepada pesara Rosman Muji, 45, bapa kepada Anuar.



Menurut Rosman, Anuar dilatih menggunakan pengangkutan awam untuk berulang alik dari rumah ke Stesen Dobi OKU.
Rosman ketika ditemui pada majlis pelancaran tersebut meluahkan keterujaan dan sokongan yang tidak berbelah-bagi atas usaha Hock Siew yang bakal membawa perubahan besar dalam hidup anaknya itu. “Mereka akan belajar berdikari dan tahu apa yang perlu dilakukan untuk memajukan diri.


“Lambat-laun mereka boleh menjadi seperti orang lain,” luahnya. Rosman yakin, perniagaan konsep OKU dengan bantuan ibu bapa adalah satu perancangan yang boleh dilaksanakan selama-lamanya.
Seorang lagi remaja OKU, Nabin Romli, 19, memberitahu, dia selesa bekerja daripada duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa. “Saya pernah menyertai kursus automobil baiki motor tetapi berhenti kerana kursus tersebut untuk mereka yang bisu,” kata anak kepada pegawai bank yang juga mempunyai masalah yang sama seperti Anuar.
Menurut Nabin, di rumah selain bermain Play Station 2 (PS2) dan dia juga mempelajari muzik gamelan selama dua tahun


sumber : kosmo 9.11.2010
 

Monday, November 8, 2010

Pelangi dan Hujan...

kadang kadang hujan mungkin mengerti
kadang kadang pelangi lebih bererti
pelangi dan hujan lumrah alam
silih berganti
aku mahu khabarkan dunia
tentang satu perasaan bimbang
yang saling bertamu dengan gundah
yang saling bertemu dengan resah
mungkin aku juga tak mengerti
mungkin sudah jauh ku buang
satu rasa indah yang aku kutip
dari satu sisa harapan
yang kembali menjengah
bagai pelangi muncul selepas hujan taufan
Ya Allah...masih ada kah rasa itu kembali menghuni



p/s : saya sedang keliru ,saya tak mahu kecewakan sesiapa. saya tak pandai menolak perasaan orang lain. saya ingin jadi curang, tapi saya tak mampu, jahatkah aku , saya mengerti perasaan ditinggalkan ........

Sunday, November 7, 2010

bila kebodohan mengatasi kewarasan

Tak sesiapa yang akan bertindak bodoh . Tindakan bodoh biasanya terjadi  apabila tidak tahu, kurang pengetahuan atau memang dah macam begitu perangainya. Hahahaha. ....maaf aku ini memang blur bab bagi sebab musabab ini. Jangan masuk dalan akal fikiran.

Aku tengok cerita cina bertemakan kepolisian. Ala ala CHIMICAL MINDS, NCIS DAN CSI. Tajuknya wira forensik (forensic heroes) . Dalam satu kisahnya penyiasatan , ada satu cerita pasal pembunuhan orang cacat. Kiranya serial killer lah. Dia dah bunug seorang spinal dan seorang bisu. Sebab dia membunuh kerana kecewa bomba menyelamatkan seorang kanak kanak cacat dan gagal menyelamatkan anaknya semasa berlaku satu kebakaran yang besar. Kemudian isterinya pun meninggal akibat tekanan kematian anaknya. Dan si penjahat ini berasa orang cacat adalah punca berlaku semua ini dalam hidupnya.huhuhuhu....

Dan satu hari  dia muncul mangsa pertama. Seorang spinal yang menggunakan kerusi roda.  Spinal  ini telah menlanggar seseorang . Si pembunuh ini terdengar la pentengkaran spinal dengan orang yang dilanggar tadi. Spinal dah minta maaf dan orang yang dilanggar cakap kalau dah cacat tu , duk rumah , tak payah susahkan orang lain. Si pembunuh ini pun , bagai terangsang nak bunuh si spinal ni sebab merasakan orang cacat ini menyusahkan. Apabila spinal ini melalai satu lorong , dia tolak spinal jatuh dari kerusi rodanya dan kemudian pukul sampai pengsan. Dan bawak spinal ini ke rumah kosong . Apabila si spinal ini sedar si terus pukul dengan tali pinggang hingga mati. Sadis kan…..

Yang si bisu tu pulak dia pukul masa si bisu berjalankan arah jalan. Dia hentak kepala si bisu kat dinding sampai mati. Last sekali polis dah tahu si pembunuh ini. Bila polis siasat dia memang tak mengaku . Dan siap cakap orang cacat ni menyusahkan. Bla...bla....

Kemudian ada la seorang polis tu cakap. Kau sebenarnya yang cacat, fikiran negatif, berfikir secara jahat. Sekurangnya mereka ini ada sumbangan pada masyarakat. Tapi kau la orang yang jahanamkan masyarat.huhuhuhu...kadang kala cara berfikir kita yang boleh buat kita berfikir secara jahat dan membuatkanya dan merasakan  betul. 

Thursday, November 4, 2010

ketawa dan nangis , tapi bukan orang giler.

Hari saya mood aku bercampur gaul.saya sedih sebenarnya. Ma telefon malam tadi. Menangis. Aku paling tak tahan bile ma yang menangis. Pagi ini saya cuba ceriakan diri. Entah. Sekarang susah sangat nak menangis. Semalam dah menangis . Saya pun tak tahu kenapa susah sangat sangat menangis sekarang. Ada sesuatu yang tak kena berlaku kat famili sekarang. Yang tidak membenarkan saya saya balik kampung sekarang. Aku tak nak letak status ini kat fesbuk. Blog ini bukan ramai orang sangat baca kan. Lebih baik saya dedahkan di sini. Terlalu peribadi nak diceritakan detailnya. Moga ma tabah hadapinya. Dan semoga aku pun kuat di sini. Kadang kadang kita dah jadi yang terbaik, tapi sapalah kita kan untuk tentukan kita ini baik. Adakala kita rasa kita dah terbaik, tapi hasilnya tetap hampa.siapalah kita kan. Yang Maha Berkuasa yang berhak meletakkan ketentuannya. Dia sedang menguji kita kan. Meletakkan kita di tempat sepatutnya kita berada sekarang. Susah mendinginkan hati yang beku. Susah mengubah perasaan seseorang. Sebab itu kadang kadang Allah tak bagi apa yang kita minta tapi memberi sesuatu yang besar hikmahnya. Yang kita tak duga sama sekali. Sesuatu yang lebih besar dari yang minta kita kan. Aku pun sedang belajar menerima keadaan seadanya. Dan lalui apa yang mendatang dengan "slumber"


Tuesday, November 2, 2010

Hujan dan mendung

Cuaca mendung ker kat luar? Tak nampak la...

Macam hati aku sekarang....
Baru terima cerita sedih....
Kawan sekolah aku baru jer meninggal
Akibat sakit buah pinggang dan jangkitan kuman
Kami agak rapat masa form 1 dan form two
Selalu lepak kat surau masa sekolah petang
Last jumper dia rasanya raya tahun lepas
Masa tu dia mengandung
Aku sedih bangat sebab anak dia jadi yatim piatu
Suami dia meninggal masa anak dia 4 bulan dalam kandungan



Cerita hidup kita ini berbeza
Kita rasa kita yang malang tapi kita tak tahu berapa lagi manusia
Hidup diulit kesedihan
Apa la sangat kalau kita putus cinta
Apa la sangat kalu tak dapat beli baju baru
Apa la sangat kalau tak dapat wayang kan
Eh tu semua aku la tu