Wednesday, April 28, 2010

tak sabar

ari ni rasanya tak sabar nak tulis blog. aku dah menlakukan kesalahan tulis blog waktu kerja.hihihihihi......ya lah kat umah aku sibuk menulis.tp menulis untuk projek lain. projek masa depan.dan aku tak kan menderhakai daripada menlakukan perkara yang kini menjadi rutin.lagipun broandband tu mcm haram jadah.nak bukak blog pun makan masa berjam jam.nak2 blog blog yg uploada banyak gambar. mahal mahal bayar. kalu lambat bayar dah kena sekat.tak per habis tempoh perjanjian aku akan curangi dan bercinta dgn syarikat lain.tak sabar nak tunggu bulan 6. sweat moment is coming. dan bulan 9 merupakan bulan untuk mengulangi kerjaya sebagai pelajar kembali. rasanya cukup la setakat ijazah.aku akan berhenti belajar. nak buat master n phd pun ada ker duit?degree pun pakai duit sendiri.orang cacat mcm aku ni belajar tinggi 2 pun wat apa?jadi motivasi untuk org lain? pehhhhhhhhhhhh.........banyak lagi orang normal punya kejayaan yang org lain bangga.sekadar menjadi retorik dan cakap2 untuk menyedapkan hati boleh la. aku bercakap atas sebuah kerasionalan. brapa lama yang bangga dgn pecapaian org cacat ni?dan aku nafikan belajar smpai tamat sekarang ini untuk aku bangga dgn diri sendiri.ya la org akan bercakap setakat diploma , apalah sangat. aku buat diri aku. bukan nak suruh muka tertayang kat suratkabar atau tv untuk jadi contoh. jauh sekali (kalu keluar tu ok jer).
aku tak fikir semua orang normal mcm tu.tapi berapa orang normal perlekehkan oku untuk wat sesuatu.brapa ramai yg jatuhkan semangat oku secara diam . berapa ramai yang bunuh kayakinan org cacat untuk bina hidup?tidak secara luaran tapi dalaman yang cukup menyakitkan. tak payah fikir jauh , kadang kadang orang rapat dengan diri org cacat sendiri yang buat mcm tu.
dan aku benci apabila oku ditangkap kerana mencuri.ditangkap kerana mengambil dadah.cukup la tu. jangan menambahkan kejatuhan nilai org cacat dengan cerita macam tu. apabila cacat ini, harus sedar diri. tp bersuara bila hak dan semangat benar benar diragut. tak kisah macam caranya . ya bercakap memang senang (aku tgh menulis , jadi sila baca menulis la ya)biar kita
dihina kerana cacat kita kerana Allah itu Maha Adil dan insyallah orang yang menghina ciptaan Allah akan mendapat pembalasan. tetapi jika kita hina kerana perbuatan kita, percayalah tiada apa lagi untuk dibangggakan untuk diri sendiri. aku menulis ini kerana untuk ingatkan diri sendiri kerana apa yang aku tulis ini menjadi bukti orang lain menghina aku apabila menlakukan perbuatan yang boleh menjadikan aku hina.

aku sendiri ada OKU yang aku bangga. sb dia orng punyer semangat yang kental . tak lemas dengan cabaran. nanti aku senaraikan beberapa oku yang semangnya dengan semangat mereka.sekarang ini senarai itu masih lagi dalam pembikinan....

p/s : aku menulis apa yang aku rasa dan apa yang aku ingin luahkan .

No comments:

Post a Comment