Friday, April 30, 2010

PELANGI

jangan biarkan hujan ini reda. biarkan kesedihan ini menjadi lumpur yang berbekas di hati, menyeksakan nafas yang dirampas oleh kata katamu.

aku ingin melihat pelangi yang terbias selepas hujan .aku ingin larut dengan keindahan ciptaan Allah. tiada apa yang indah lagi menlainkan segala CiptaanMu Ya Rabbi.

kesedihan ini sudah terhunus masuk ke dalam hati. aku tak bisa boleh menariknya keluar.telah lama menjadi racun hidupku yang akhirnya menjadikan aku menurutnya setiap perilakumu.menjadikan aku manusia bermimpi setiap kali pelangi muncul.
ada keindahan di sebalik kedukaan yang telah mengiringi langkahku.

aku sedang cuba .........mencuba untuk mewarnakan pelangi hidupku yang telah lama kelam

doakan aku.............

ari yang aku nak mengatal............

tittle of entry is not meaning and related for my contents of my entry.sori bahasa english aku memang terabur. dan aku memang sengaja tulis dalam bahasa inggeris. dan aku teraccindent menulis dalam bahasa english untuk menunjukkan tahap kepoyoaan aku. bahasa jiwa bangsa kan. dan bahasa ini menunjukkan jiwa aku yang sedang berterabur. ada aku kisah.....aku memang kisah............dan aku tak kisah kalu sapa yang baca entry ini kisahhhhh........tolong aku sendiri tak paham . jgn pening pening dgn aku , yang tak ada orang kisah.................(plz k jgn kisah dengan apa yang aku tulis)

aku tahu mesti ada yang tengah semyum atau menyapah masa sedang membaca entry ini.........tgk muka si pembaca entry ini duk semyum 2 ............walaupun dalam hati .................................ada taman........

nak tulis apa ya?sebenarnya aku sedang dilanda keboringan yang menlampau. kerja tak banyak .biasa la kalu kerja banyak aku kata tak banyak sebab esok nak bercuti.jadi dalam fikiran cuma teringat tidur jer puas puas esok.i plan to write another entry at rest time.hahahaha aku dah mula. tak nak mula merapu bahasa english lagi la. ahad nak tgk iron man.sebab tu dok pratiks bahasa english, ceh........nak tgk cerita orang putih , tapi bahasa english bukan jer terabur malah terlalu low pehamaman. tak kisah la (ada lagi perkataan kisah). tak per pratice makes prefect.guna bahasa kat fesbuk pun orang putih.tapi kalu dalam bm semacam jer bunyinya. nak semua mampu diterjemahkan dalam bahasa melayu. sebab tu pentingnya belajar orang putih.bukan ikut perangai orang putih..


p/s pada yang ikut entry ini terima kasih

aku menulis mengikut otak , hati , perasaan aku,sebab namanya aku disisi lain........
apa yang tak dapat aku tulis dan luah di sisi realitiku
walaupun kadang kadang apa yang aku tulis macam sama di duniaku........
entry ini kandungan sulungnya lahir pada november tahun lepas
tak percaya tengok entry ini pada kandungan yang terdahulu
aku tak niat nak rahsiakan ker, tipu ker, pasal blog ini
kalu tak aku tak bubuh linknya aku punyer fesbuk.......
susah kan nak jaga perasaan orang
walau kadang kadang aku terpaksa bunuh perasan sendiri
banyak kali .............
atas nama ............................
aku minta maaf walau terkadang aku tak jaga perasaan orang
pada yang terasa hati dengan aku aku minta maaf banyak2
aku tahu hidup ini tak lama.............
kenapa aku beremosi berlebihan
untuk entry ini?

asal jumaat jer mesti blog ini jiwang
dah 2 kali jumaat macam ini............

aku tak mampu menghentikan emosi yang larut dalam sebuah kesedihan yang sudah lama tercipta.............

Thursday, April 29, 2010

kampungku yang big apple

Aku MEMANG NAK BALIK kampung. huhuhuhu............rindunya kat kampung. kampung ku yang sunyi lepas waktu 10. malam. kampungku yang tak ada bas nadiputra.kampungku yang tak ada pejabat yang moden dan cantik. kampungku yang tak ada jual big apple. my kampung yang tak ada panggung gsc. kampungku yang tak ada traffic light yang tersusun dan henti2 mcm putrajaya. kampungku yang tak ada erl dan jambatan bercahaya waktu malam.

tapi kampungku yang ada ketenangan yang dicari.ada kasih sayang yang bukan hipokrit.ada kasih yang tidak pernah surut.

ada kerepok lekor . ada nasi kukus yang best.ada nasi dagang yang kesedapan yang tidak ternilai.tu kampungku

rasanya karangan ni boleh buat aku balik kampung tak?cuti rehat aku 20 hari lagi.agaknya aku balik kampung aku nanti dah ada bangunan KLCC kot.dah ada jual secret recipi.tak payah la berangan. aku pun tak ingin benda benda westen masuk kampungku.

Wednesday, April 28, 2010

tak sabar

ari ni rasanya tak sabar nak tulis blog. aku dah menlakukan kesalahan tulis blog waktu kerja.hihihihihi......ya lah kat umah aku sibuk menulis.tp menulis untuk projek lain. projek masa depan.dan aku tak kan menderhakai daripada menlakukan perkara yang kini menjadi rutin.lagipun broandband tu mcm haram jadah.nak bukak blog pun makan masa berjam jam.nak2 blog blog yg uploada banyak gambar. mahal mahal bayar. kalu lambat bayar dah kena sekat.tak per habis tempoh perjanjian aku akan curangi dan bercinta dgn syarikat lain.tak sabar nak tunggu bulan 6. sweat moment is coming. dan bulan 9 merupakan bulan untuk mengulangi kerjaya sebagai pelajar kembali. rasanya cukup la setakat ijazah.aku akan berhenti belajar. nak buat master n phd pun ada ker duit?degree pun pakai duit sendiri.orang cacat mcm aku ni belajar tinggi 2 pun wat apa?jadi motivasi untuk org lain? pehhhhhhhhhhhh.........banyak lagi orang normal punya kejayaan yang org lain bangga.sekadar menjadi retorik dan cakap2 untuk menyedapkan hati boleh la. aku bercakap atas sebuah kerasionalan. brapa lama yang bangga dgn pecapaian org cacat ni?dan aku nafikan belajar smpai tamat sekarang ini untuk aku bangga dgn diri sendiri.ya la org akan bercakap setakat diploma , apalah sangat. aku buat diri aku. bukan nak suruh muka tertayang kat suratkabar atau tv untuk jadi contoh. jauh sekali (kalu keluar tu ok jer).
aku tak fikir semua orang normal mcm tu.tapi berapa orang normal perlekehkan oku untuk wat sesuatu.brapa ramai yg jatuhkan semangat oku secara diam . berapa ramai yang bunuh kayakinan org cacat untuk bina hidup?tidak secara luaran tapi dalaman yang cukup menyakitkan. tak payah fikir jauh , kadang kadang orang rapat dengan diri org cacat sendiri yang buat mcm tu.
dan aku benci apabila oku ditangkap kerana mencuri.ditangkap kerana mengambil dadah.cukup la tu. jangan menambahkan kejatuhan nilai org cacat dengan cerita macam tu. apabila cacat ini, harus sedar diri. tp bersuara bila hak dan semangat benar benar diragut. tak kisah macam caranya . ya bercakap memang senang (aku tgh menulis , jadi sila baca menulis la ya)biar kita
dihina kerana cacat kita kerana Allah itu Maha Adil dan insyallah orang yang menghina ciptaan Allah akan mendapat pembalasan. tetapi jika kita hina kerana perbuatan kita, percayalah tiada apa lagi untuk dibangggakan untuk diri sendiri. aku menulis ini kerana untuk ingatkan diri sendiri kerana apa yang aku tulis ini menjadi bukti orang lain menghina aku apabila menlakukan perbuatan yang boleh menjadikan aku hina.

aku sendiri ada OKU yang aku bangga. sb dia orng punyer semangat yang kental . tak lemas dengan cabaran. nanti aku senaraikan beberapa oku yang semangnya dengan semangat mereka.sekarang ini senarai itu masih lagi dalam pembikinan....

p/s : aku menulis apa yang aku rasa dan apa yang aku ingin luahkan .

Tuesday, April 27, 2010

Karangan Terbaik UPSR 2007
Karangan budak darjah 4
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer.. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


p/s kedit to cik non yg bg cter ni e mail aku

aku tak tahu penulis asal cter ni
sapa yg tulis cter aku ucap terima kasih
sb buat aku gelak time buat kerja.....


back to my world.....

tak dirancang

sekarang aku menulis tanpa dirancang.maksudnya apa yg aku tulis adalah apa yang bermain di fikiran dan bergelora di jiwa. sekarang ada musim pertukaran kerja ke tempat asal secara besar - besaran. nak saja aku kaut peluang ini tapi aku rasa berat. dan akhirnya aku rasa aku harus kekal di sini.sumpah hati memang teringin bergerak ke my hometown. tapi aku sedang mengejar satu peluang , satu ruang yang harus diisi.
ok ini bukan cerpen. sukar sebenarnya menerangkan apa yang sedang aku hadapi. ya aku sedang mementingkan diri sendiri. kerana aku sedar di sini tempatnya aku mengejar pelangi. heyy..........nama penulis blog la.hihihi..........
back to serious topic.........ini serius...............
aku sedang membuang resah.aku sayang famili aku. aku nak mereka sentiasa bersama.tapi aku sedang mengejar ijazah yang menjadi idaman. benar di mana mana aku boleh belajar. tapi aku cuma membuang kesukaran dan kebiasaan yang menjadi rutin belajarku selama ini.aku sudah memilih, dan aku takkan berpaling.

Sunday, April 25, 2010

baca blog org secara senyap2

ari sabtu n ahad mlm2.jelajah dari blog ke blog lain.banyak pengalaman dapat. tapi terdapat bebarapa blog yang jadikan dirinya cindrella n snow white. maskudnya kisah kisah sedih hidupnya dan salahkan org lain atas apa terjadi dalam hidupnya.nampak macam hipokrit. well tu hidup dia. mungkin betul la kot .dan blog adalah satu cara untuk dia transfom dia punya perasaan. knape aku tulis mcm ni?adalah ...............aku ............................tak dapat nAK TULIS.biar lahhh............

Friday, April 23, 2010

riNdu

Sambung BaLik. RinDU. yA Aku MeManG rINDU.Kalau RindU oRaNg Dah Mati ,aPa Nak bUAT.oK . aKU tAHU jAWaPannya . Tak PayAH nAK tULIS lEBAR2 .

cUMA sATU bENda Jer Aku tERkilan. OrANG yANG Aku Rindu , Tak dapat Merasa apa yg Sedang Aku KecAPI SekarANG. mENYESAL sANGAT Sangat. Sekarang aKu Dah Kerja. dUK uMAH SENDIRI ( pADAhal UMah Kerajaan).Dah Ada Duit Sendiri.Tp Aku Tak sEMPAT bERBakti padanya. SebENARNYA AKU tAK Berapa Suka TentANG kELUARGA kAT INI bLOG.dAN Yang PalinG menyakitkan, aKU BUKAN JENIS nAK TUNJUK kASIH sAYANG aKU pADA fAMILI.

aKU mASIH INGAT wAJAH tUA ITU MENgayuh basikal Setiap pagi untuk Cari rezeki. DAN PALING AKU INGAT,ORANG YANG aKU rINDU TU, MENGAYUH Sejauh 10 KM DARI UMAH , KE KILANG kAYU UNTUK SUMBAT REZEKI UNTUK aKU dan adik 2. takala aku pergi sekolah naik bas, aku lihat wajah Tua TU tERUS kayuh basikal tUANYA DI TENGAH kESESAKAN jALAN RAYA. aKU Tak Pernah citer Pada sIAPA 2. Bukan sebab aku mahu sembunyikan kisah kesusahan aku, cuma aku kadang kadang tak mampu untuk ungkapkan kisah ini , takut kesesalan ini terus bertandang.

dan aku merasakan wajah tua tidak mampu lagi untuk mencari rezeki untuk kami. tapi dayanya masih dikerah untuk survival kami sekeluarga.sekarang aku mengeluh kerana terpaksa berjalan jauh untuk masuk bangunan pejabat aku.mengenangkan apa yang dilalui orang yang aku rindu,aku jd kuat walaupun kadang kadang semangat aku tewas. dan sekarang aku tak mampu lagi nak tulis sebab .....................................










nak start buat kerja balik.












aku tahu apa yang aku tulis tidak akan mampu mengurangkan rasa rindu pada wajah tua itu

dan aku akan kembali menulis tentang wajah tua itu apabila aku rasa tidak akan menangis sambil menulis entry.............

RINDU

kEJA bANYak .tp Aku PERlukan Rehat. OK. sEKARANG bUkAN mASa rEHAT. tP AKu nak rEhat gAK. aPA aku MeRapU.nANTi SaMBUNG Masa Rehat.SB aKU dIBAYAR unTUK BuAT Wat Kerja uNtuk Gomen. Bukan TuliS EntRY.tAK pAsal 2 aku JaDI bDK bAIK N bERdISpLIN. cEH.............tU bUkAN Aku..........

P/s Tajuk TU ada Kena MenGena Dgn Entry SeTerUsnYA..........

Friday, April 16, 2010

terjumpa beberapa cter dalam blog yg tulis pasal isu kekejaman ke atas kanak 2. maklumbalas dari beberapa pembaca cukup hangat.aku sekadar menjadi silent reader yg tegar. tp aku tertarik dgn beberapa komen yg mempertahankan perempuan yang tegar yang buang bayi.kata mereka si ibu tertekan. tak ada pembelaan.tak ada yg prihatin.tak ada jalan keluar. kau benggong ker apa? mmg la kau akan malu pompuan. masa kau bg tubuh dilanyak sepenuhnya oleh jantan jahanam tak der pulak rasa malu.tak der pulak kau bg tahu mak bapak apa yg kau buat dgn jantan tu.. manernya mak bapak kau tak terkejut bila kau bg tahu perut kau membonyot dgn tiba2 kalu tak ada benih jantan tu yg dah tertanam dalam perut kau.plz la ok . kita kena bertanggungjawap ke atas kesalahan sendiri.masa dah terjadi tu kau kena pikir jalan yang terbaik.apa yg jadi tu cukup la. aku tak ada nak bagi ayat bunga2 tu org org mcm ni. kena positifkan diri. mungkin anak yg dikurniakan Allah menjadi jalan yang terbaik untuk kau menjadi orang yang kembali ke jalan Allah. jgn tambah dosa. percayalah,ada yang masih sayang.tak kisah sapa pun org tu. mak ayah akan tetap sayang. aku pun bukan prejudis sangat kat org yg terlanjur ini. cuma yg aku marah dan geram kau buang bayi tu sesuka hati dan bagaikan tiada nilainya nyawa seorang manusia.
nyawa manusia bukan dikira dgn wang ringgit. dan aku tahu org yg buang bayi ini , akan rasa lebih tertekan kerana diburu ramai pihak. akan rasa takut dengan bayangan sendiri. plz, fikirkan berkali kali sebelum buat apa apa tindakan.

Tuesday, April 13, 2010

lagenda budak setan dan setan bukan lagenda

tak nak tulis pasal bayi yang dibuang.........mcm buang sisa makanan kat tong sampah.bengong,jahanam.mcm sial.agaknya kau suka kot org panggil mcm tu.cepat 2 la harapnya muka kau tersiar di ruang media.bayi kau masuk tv,suratkabar,dengan penuh hina.hina..?bukan bayi kau yg hina.perbuatan kau yg hina.langsung tak ada sifat perikemanusian.kalu ada sesaper yg simpati dgn kau tu,org tu masih ada sifat belas kasihan.masih rasional dan boleh membuat pertimbangan kenape kau buat begitu?tp aku dah tak ada rasa simpati tu.apa guna bersimpati ke atas org yang cipta dosa yang tiada kesudahan.stop .dah cakap tadi tak nak cakap pasal tu lagi.

aku nak cakap pasal kegilaan aku dari dulu sampai kini.membaca novel.lantaklah nak cakap apa.tu aku punya minat.aku tak susahkan org pun kerana minat aku.tapi sekarang cerita mcm sama.kahwin paksa.tak suka pada mulanya. pas tu suka balik.timbul krisis.pas tu bahagia balik.
tak dinafikan juga,ada ceritanya yang masih segar dari idea ceritanya.sempoi,rasional dan tak terlampau menlebihi realiti seorang manusia. maskudnya...........tidaklah terlebih cantik fizikal wataknya....terlampau baik .........itu tidak real.tapi tak boleh lawan cerita malar segar 'lagenda budak setan'.cerita cukup sempoi tapi cukup menyentuh hati.kasyah,amelia,ayu,azmi.watak watak tu terlampau melekat di hatiku dan sukar dibuang dalam kepala.

cerita ini sudah difilemkan.menunggu masa untuk berlegar di pawangan.aku tak sabar nak tengok.adakah seindah novel dikarang akashah. heronya farid kamil .oklah tu. tapi aku suka lagi kalu si shamzey sam (adnan rempit tu yang bawak watak kasyah)dia punya feeling mesti terlebih.dah bayangkan dah ni. lisa sesuai la watak ayu. fazura watak caterine. que watak azmi. sesuai sangat. tapi siapa yang bawak watak amelia. tunggu saja di pawangan. pas tgk cerita ni aku komen balik.ok.

back to my world................

Wednesday, April 7, 2010

bisikan kepada si jahat.

sekarang perlu mencari kekuatan dalam perkara yang sedang dilakukan. bersedia menambahkan tenaga dan usaha apabila september menjelang. berat rasanya. tapi ini harga yang perlu dibayar untuk pergorbanan yang diharapkan mendatangkan hasil. bukan untuk sesiapa. untuk mencabar diri. yang untuk yang hanya berkata2 tanpa sebarang usaha. hentikanlah. dan untuk mengomel kejayaan dan kebahagian orang lain, hentikanlah atau teruskanlan............anda pasti tertinggal di belakang. dan teruslah mengutuk , membebel, dan perasan diri anda yang terbaik.