Monday, March 1, 2010

aku tidak mahu hujan ini berhenti.aku tidak mahu pelangi hilang dari keindahan mataku.hujan........memberi aku kekuatan untuk menangis.pelangi..........memberi kekuatan untuk aku mencipta mimpi.sisir angin memghembus.membelai lembut perasaanku.seluruh alam memberikan aku kekuatan untuk berispirasi.kerana terkadang aku takut dengan alam realitiku.gundah hati aku kini sukar ku usir.peristiwa petang benar benar menambahkan relau di hati. aku cuba berlari sekuat mungkin walaupun sebenarnya langkah ini lemah dan sering terjatuh.. malang sering kali tidak seiring dengan kehendak hati.aku cuba lari dari peristiwa itu.lari dari yang namanya tidak mahu aku ungkapkan.
kedinginan semakin mengila dan menghunus di setiap penjuru tubuhnya. menambahkan rasa sakit di setiap nafas. aku cuba bangun.bangun dari setiap perasaan sedih yang sedang yang menghempas emosiku.ohhhhhhhh.........aku sedang membiarkan emsi mengatasi pertimbangku.
Irdina menghela nafas yang panjang.cukup panjang dengan derita yang ditanggung.atau perasaannya cuma. entahlah..........menghadapi peristiwa petang tadi cukup menakutkan.cukup membuatkan dirinya nanar.hujan semakin reda.angin semakin perlahan tiupannya.mungkin cukup mengerti rasa hati yang semakin pundar dari rasa resah. Syukur padaNya yang tidak pernah lupa untuk terus bersamaku.Aku yang terkadang lupauntuk mengingatNya.aku cuba mencari jalan pulang.Pulang ke rumah sebenarnya.Tapi yang penting pulang dari terus mengulangi jalan kehidupan yang cukup malang.


bersambung.....................

No comments:

Post a Comment