Friday, October 22, 2010

entri sampah

Kadaan kadang ,bukan kadang kadang ..laa. Selalu rasanya…kita selalu Nampak dan hendak sesuatu yang mustahil. Mustahil di sini adalah yang memang tak rasional dan tak logic kita akan dapat .


Aku bukan cakap pasal orang lain. Pasal aku la. Selama ini aku butakan mata. Pekakkan teliga.cacatkan tangan…eh eh…tersalah taip. Selama ini aku ada harapkan hubungan aku dengan dia akan kembali bertaut. Masih ada angan angan itu walaupun tahu memang tak ada kesudahan. Aku pernah cakap kan. Aku bahagia dengan angan angan ini. Tapi sekarang ada sesuatu yang buat aku berfikir tentang hubungan aku dengan dia. Ada satu perkara yang betul betul bagi tahu aku apa yang aku fikirkan selama ini memang tak patut.tak logic.dan amat bodoh. Sesuatu yang terjadi masa minggu induksi. Yang betul betul bagi tahu aku memang dah tak ada dalam hatinya. Bukan sesiapa yang bagi tahu aku pun,Cuma perlakuan dia yang cukup menyakitkan buat aku rasa aku yang perlu hentikan angan angan ini. Menipu pasal hubungan dia dengan orang lain yang betul betul untuk sakitkan hati aku.

Sekarang aku sendiri yang  harus rasional. Gunakan kebijaksaan aku kurnian Allah untuk halang semua ini dari terus menguasai perasaan. Dari hari ke hari ada sahaja yang bongkarkan perlakuan sebenar dia yang buat aku rasa betapa bodohnya aku. Cukup untuk hari ini. Ada entri susulan yang menyangkut dan menyusul selepas ini.

No comments:

Post a Comment