Saturday, October 30, 2010

menulis dalam mood tunggu perlawanan bola.

Dulu masa arwah ayah ada saya suka tengok bola. Sampaikan saya boleh hafaz nama pemain bola. Tapi sekarang saya tak ambik kisah dah. Entah la. Mungkin sb arwah dah tak ada.

Saya sengaja kasi tajuk tu. Apa yang saya nak tulis tak ada kena mengena dengan tajuk tu. Kan saya suka buat giler dengan tajuk yang tak ada kena mengena dengan entri kan, kan,kan.....

Saya susah nak tunjuk perasaan sebenar.kalu benci pun saya masih boleh tersemyum. Kalau marah saya diam.lebih lebih lagi, kalu dengan orang kesayangan saya. Atau lebih tepat lagi,dengan famili. Kalu marah pun sekejap jer. Lepas tu, dah macam dah tak ada apa yang berlaku. Saya anak sulung.dari kecil telah diajar telah banyak mengalah.

Tapi kadang kadang saya seperti tak adil jer. Huh....susahnya sebenarnya nak terangkan.anggap jer kalu baca entri ini,sayasedang luahkan perasaan yang tak terluah. Sebenarnya banyak masalah saya sekarang . Cuma saya memang tak nak berkongsi dengan sesiapa.saya tak nak jadi orang yang pentingkan diri lagi.setiap orang ada masalah bukan?


Monday, October 25, 2010

25102005 - 25102010

Aku nak sangat tulis dalam blog hari ini. Tapi mood menulis tak ada datang. Kepala rasa sakit. Badan rasa tak sedap. Dan hari ini saya sibuk sangat tapi masih ada masa tulis blog dan jenguk fesbuk. Saya memang suka menulis. Tapi tak suka sangat tulis apa saja yang ada bentuk formal. Contoh surat, memo, laporan. Dan masa sekolah dulu memang saya tolak tepi kalau ada pilihan karangan yang bentuk formal. Saya lebih suka tulis cerita,atau rencana yang membolehkan saya merapu dengan jayanya. Dan masa sekolah selalu sahaja karangan saya dapat pujian dan dijadikan contoh oleh cikgu bahasa melayu saya. Untuk menunjukkan saya seorang suka membangga diri , saya kerap menang dalam penulisan cerpen semasa di sekolah. Tak percaya? sijil kemenangan saya masih tersimpan kemas dalam folder sijil saya. (saya riak kan) hahahahaha…..



Sekarang saya sedang cuba menulis lagi. Tapi saya suka ikut mood bila menulis. Eh tadi kan saya tulis mood menulis tak datang hari ini.. Tipu la….saya susah nak berhenti kalau sudah mula menulis.


Sebenarnya saya nak bercerita pasal tarikh 25 10 2005. Dah lima tahun kan. Lima tahun saya tidak mempunyai ayah. Ayah saya meninggal 25 Okt 2005 jam kira 2.20 petang, bersamaan 10 ramadan. Dulu saya tak dapat bayangkan kalau sudah tiada ayah. Kerana saya amat bergantung pada ayah saya. Tapi 5 tahun ketiadaanya saya memang merasakan banyak perubahan dalam hidup saya. Alhamdulilah saya sudah menjadi sebahagian manusia mencari rezeki sendiri. Saya sudah mendapat segulung diploma. Tapi itulah membuat saya terkilan, ayah tidak dapat melihat semua ini dan takdir Allah saya saya mendapat semua ini setelah ketiadaannya. Saya tahu, kalu hayatnya masih ada sehingga hari ini, tentunya dia tidak menjangka anak istimewanya ini sudah melangkah sejauh ini. Saya memang terkilan dia tidak merasa kejayaan saya pada hari ini. Walaupun bukan sebesar mana, saya bersyukur masih diberi peluang oleh Allah untuk mengecap nikmatNya.










Friday, October 22, 2010

entri sampah

Kadaan kadang ,bukan kadang kadang ..laa. Selalu rasanya…kita selalu Nampak dan hendak sesuatu yang mustahil. Mustahil di sini adalah yang memang tak rasional dan tak logic kita akan dapat .


Aku bukan cakap pasal orang lain. Pasal aku la. Selama ini aku butakan mata. Pekakkan teliga.cacatkan tangan…eh eh…tersalah taip. Selama ini aku ada harapkan hubungan aku dengan dia akan kembali bertaut. Masih ada angan angan itu walaupun tahu memang tak ada kesudahan. Aku pernah cakap kan. Aku bahagia dengan angan angan ini. Tapi sekarang ada sesuatu yang buat aku berfikir tentang hubungan aku dengan dia. Ada satu perkara yang betul betul bagi tahu aku apa yang aku fikirkan selama ini memang tak patut.tak logic.dan amat bodoh. Sesuatu yang terjadi masa minggu induksi. Yang betul betul bagi tahu aku memang dah tak ada dalam hatinya. Bukan sesiapa yang bagi tahu aku pun,Cuma perlakuan dia yang cukup menyakitkan buat aku rasa aku yang perlu hentikan angan angan ini. Menipu pasal hubungan dia dengan orang lain yang betul betul untuk sakitkan hati aku.

Sekarang aku sendiri yang  harus rasional. Gunakan kebijaksaan aku kurnian Allah untuk halang semua ini dari terus menguasai perasaan. Dari hari ke hari ada sahaja yang bongkarkan perlakuan sebenar dia yang buat aku rasa betapa bodohnya aku. Cukup untuk hari ini. Ada entri susulan yang menyangkut dan menyusul selepas ini.

Monday, October 18, 2010

paranoid pada hujung tahun

masuk oktober.dua bulan lagi 2011 akan bertukar angka tarikhnya.sudah ada banyak bunga bunga kekecewaan.tu jer nak tulis. tak mahu luah buat masa ini. nak pendam dalam dalam. nak kemaskini dalam hati dulu.

Friday, October 15, 2010

duke kua

duke kua ......
tears cannot fall again..
yes  duke kua...
you did't...
for the true feelling..
be the killer feeling...
what to do duke kua...

now ...
i want to tell you
duke kua..
sometimes i dont need you

Wednesday, October 6, 2010

huhuhuhu....

Being Single Isn’t Bad. What Is Bad Is Giving Up Hope On Finding That Someone Special.

p/s kedit tak tahu nak bg kat sapa. just terjumpa.anyway, thanks for very beautiful words.

asal aku bahagia. tak kacau hubungan orang lain. tak rasa sakit hati.
walaupun kekadang sedih dengar lagu  lonely by akon .
huhuhuhuhuhu......

Tuesday, October 5, 2010

rindu...

rasanya perkataan untuk tajuk entri tidak sesuai. persetan..kan.hahahaha...
rindu  nak tulis kat blog ini. hari hari jenguk.
tak adanya nak tulis.
kan dah cakap.

sebenarnya terlaku banyak nak dikongsi. tunggu masa yang sesuai.
sekarang punyer mood tak ada mari.
mood kepenatan dan kemalasan.

just want say tiba tiba ada rasa rindu.
ada rasa cemburu.
ada rasa mahu peduli.
ada rasa mahu kembali.