Tuesday, August 23, 2011

bUkAN kIsAH cInTA 1


BAB 1
Aku tidak mahu hujan ini berhenti. Aku tidak mahu pelangi hilang dari keindahan mataku.    Hujan memberi aku kekuatan untuk menangis.pelangi, memberi kekuatan untuk aku mencipta mimpi . Sisir angin menghembus.membelai lembut perasaanku. Seluruh alam memberikan aku kekuatan untuk berinspirasi , kerana terkadang aku takut dengan alam realitiku. Gundah hati aku kini sukar ku usir. Peristiwa petang benar benar menambahkan relau di hati. aku cuba berlari sekuat mungkin walaupun sebenarnya langkah ini lemah dan sering terjatuh. Malang sering kali tidak seiring dengan kehendak hati.aku cuba lari dari peristiwa itu . Lari dari yang namanya tidak mahu aku ungkapkan. Kedinginan semakin mengila dan menghunus di setiap penjuru tubuhnya. Menambahkan rasa sakit di setiap nafas , aku cuba bangun. Bangun dari setiap perasaan sedih yang sedang yang menghempas emosi. Aku sedang membiarkan emosi mengatasipertimbanganku.

Irdina menghela nafas yang panjang.cukup panjang dengan derita yang ditanggung.atau perasaannya cuma. Entahlah ,menghadapi peristiwa petang tadi cukup menakutkan.cukup membuatkan dirinya nanar. hujan semakin reda.angin semakin perlahan tiupannya.mungkin cukup mengerti rasa hati yang semakin pundar dari rasa resah. Syukur padaNya yang tidak pernah lupa untuk terus bersamaku.Aku yang terkadang lupa untuk mengingatNya.aku cuba mencari jalan pulang.Pulang ke rumah sebenarnya.Tapi yang penting pulang dari terus mengulangi jalan kehidupan yang cukup malang. Tiada barisan kata yang dapat memperindahkan perjalanan ini.aku hanya menunggu.menyusun semula yang telah lama menyusut dari hati yang tenang.
Irdina menyusun langkah yang tidak teratur rentaknya. Menyusun perjalanan ke rumah sewanya.tidak jauh jaraknya. Cuma lelah yang tidak tertanggung menperlahankan rentak yang telah lama sumbang. Langkah disusun seiring dengan hamparan peristiwa yang bertandang petang tadi.satu persatu terlayar di ruang ingatan Irdina.

Thursday, August 18, 2011

Hujan....


Mendongak  langit.Hitam warna awan. Angin tidak lagi bertiup simpul bahasa.  Rasa sejuk telah mengambil tempat. tidak perlu berkira kira bila bas mahu menjemput.

Datang sebuah bas. Ternyata  bukan destinasi yang hendak dinaiki rupanya. kelihatan banyak bas di seberang jalan. tapi ternyata bukan untuk destinasi pilihan. 

Datang lagi bas lain. ramai orang turun naik. masih di situ. menunggu bas yang sebetulnya. Awan kelihatan semakin memberat. bila bila masa akan terjadi hujan. Bas bas lain terus lalu  lalang. Ya Allah ...jangan Kau turunkan hujan sekarang.  tidak berpayung. Tidak  upaya  mengharung kebasahan yang bakal terjadi.

Hujan Turun jua. Begitu kehendakNya. Tiada sesiapa mampu menahan .

Dan Ujian Allah telah datang. Berserta Rahmat yang bukan sendikit.
Teruskan perjalanan. Bas yang dinanti tidak jua tiba. Sekarang yang digunakan adalah kaki yang dihayunkan yang merupakan jua pinjamanMU.

Kenderaan lain semakin bertali arus. Namun tiada sesiapa yang pedulikan hayunan kaki ini. ahhhhhh....ini bukan cerita korea. Bukan juga dogeng yang selalu diprovasikan.

Syukur .. dengan IzinMu .....sampai jua ke destinasi....

Assalamulaikum.....

Pelangi muncul akhirnya....