Thursday, January 27, 2011
Indah
Semuaanya akan elok elok sahaja jika simpan dalam hati. supaya marah tidak menjadikan kita musuh pada orang lain. pendam dalam dalam supaya hati orang lain tidak sakit hati. Supaya yang manis manis dan indah sahaja dapat dilihat. Jaga hati orang lain. Ya lah masuk kubur pun bukan kita gali sendiri. Bukan kita usung sendiri jenazah sampai ke liang lahad.
Tuesday, January 25, 2011
Sambungan Entri Maaf Dari Hati
Perkataan perkataan yang indah sedang disusun untuk memulakan entri ini. Memilih frasa frasa ayat yang mungkin bikin hati sedang panas bertambah gundah. Kata yang disulam , dilekat pada entri ini tidak mungkin menerangkan apa yang sepatutnya ditulis. Kubilang,namun tersekat di helaan nafas yang sesak. terpadam menjadi kosong digaul menjadi hampa. Segalanya menjadi mungkin dengan rancangan manusia. Segalanya Menjadi Kenyataan jika ia aturan dari Allah.
Terima Kasih untuk segalanya......
Terima Kasih untuk segalanya......
Monday, January 24, 2011
Maaf dari hati
Pertamanya saya nak mintak maaf atas entri ini. Maaf jika ada yang terluka. terkesan atau ter yang seterusnya.
dari mana harus ia bermula. dari hati yang ikhlas. rasanya memang jawapan yang klise. bagaimana kepercayaan harus dimulakan dan bagaimana kalau kepercayaan itu tamat tanpa ada kesudahan yang baik. Tak Faham?
Keliru?
itulah perasaan apabila kepercayaan telah tiada. Bagaimana harus ditamatkan kesudahan yang sentiasa tiada jawaban yang jujur. tak perlu berkata ikhlas sedang hati tiada apa apa rasa. Ikhlas dan jujur satu kewajiban yang paling berat untuk dimaknakan. Bagaimana percaya tercipta andai kebohongan demi kebohongan semakin terselah. Biarlah kebohonganmu menjadi noktah untuk diakhiri semua ini.

Saturday, January 22, 2011
Orang Cacat Pun nak Enjoy Jugak
Dah lama tek buat entri pasal cacat. Sebenarnya aku memang suka istilah ini dari pelbagai istilah yang diwujudkan untuk menjaga perasaan dan sensitiviti perasaan kami. Apa ada pada istilah wahwal maksudnya masih sama. Bukan jadi isu besar pun akan istilah yang digunakan .adakah penggunaan perkataan dapat mengubah pandangan sesetengah manusia normal.
Enjoy,apakah orang cacat tak leh enjoy.fuh.enjoy dalam masih batasan.kekurangan tempat atau ruang sesuai yang menbataskan pengerakan menyebabkan orang cacat macam kami tak dapat menikmati kehidupan macam orang normal yang lain. Tak per la. Allah yang berikan nikmat hidup dah cukup baik. Sebab itu jangan rampas sendikt kehidupan yang diberi.jangan la sesuka pergi parking kereta tempat khas orang cacat. Kalu naik lif tu, nampak orangcacat , jangan la menlolong masuk , bawak troli barang atau kereta sorong anak tanpa pedulikan wheelchair yang nak masuk. Jangan persoalkan kemudahan atau potongan harga untuk orang cacat.jangan kupit sangat nak bagi bantuan. Dah susah nak pergi tengok wayang, apa salahnya kat rumah orang cacat ini ada astro. Jadi jangan guna alasan ada astro buat potong bantuan bulanan.
Ingat, anda yang normal. Anda ada kaki tangan yang sempurna. Jangan dengki dengan sendikt kemudahan untuk kami.
Wednesday, January 12, 2011
Tuesday, January 11, 2011
Korea, Drama Korea
Assalamulaikum......
Tok...tok....toing...toing (semuanya ada maknanya tau, biar aku jer tahu)
Seperti perkara di atas, (ayat cam surat offical office), saya nak bercerita drama korea. Sebenarnya, saya tak ada banyak info pasal pelakon atau drama yang terkini. Tapi setiap kali cerita korea terkeluar kat tv, pasti tak leh tinggal .kalu tak, tengok kat laman sesawang maduu, mysoju, youtube dan sewaktu denganya.korea drama cerita tak der sangat hal hal dunia koporat, cerita untung juta juta. Kereta besar besar macam sesetengah cerita melayu, pakai kot 24 jam. Mekap tebal tebal masa nak tidur.
Drama korea , kebanyakkaan cerita korea view dia cantik. Lagu pun best.cerita dia sweat sangat,nangis tak lebih2, baik pun ada jahatnya, bukan sebaik malaikat macam cerita indon tu.lupa pulak cerita indon aku tak berapa suka sangat sebab meleret leret. Dan mestinya ya ampun heronya dan heroinya baik sangat sangat. Asyik kena buli teruk. Dan jahat giler babas. Tak leh bleh.
Cerita melayu pun ada best. Aku pun tengok cerita melayu. Macam nurkasih, adamaya, blogger boy, ghost ( chop dua 2 cerita ni kategori melayu ker) hani, dan yang lain lain. Cuma aku memang cerita melayu yang orang melayunya terlampau kaya, dan pastu cinta terhalang sebab orang kaya dan miskin.sungguh tak teruja menontonya. Cthnya mcm cerita si capik tu. Mentang mentang aku ni capik.
Konklusinya, tajuk entri ini sepatutnya korea , drama korea. Macam tak kena jer.persetankan. Ini aku punyer entri.

Saturday, January 8, 2011
dah tak der entri baru....
Jika ku tak bangun esok pagi,
Sayangku kau jagalah diri,Sentiasa ingatkan hati,
Dirimu amat ku cintai.
Andainya dihimpit kesusahan,
Sujud dan mohon pada Tuhan,
Agar diberikan bimbingan,
Meniti hidup bersendirian.
Bila terasa sejuk, pejamkan mata,
Bayangkan dalam dakapanku,
Bila terasa rindu, pejamkan mata,
Kita bersua dalam lena.
*lirik lagu jika tak bangun esok pagi*nak bagi tahu suka sangat lagu ini sekarang..
Monday, January 3, 2011
10 11
Assalamulaikum.....
Saya mulakan entri pertama di tahun baru dengan mendoakan kesejahteraan untuk anda semua.
Tahun 2010. 28 tahun. Tahun 2011 dah 29 tahun. Alamak tahun depan dah 30 tahun. Apa dah ada angka 3 kat depan. Hish...tak kawen kawen jugak. Orang sebaya aku dah anak yang sekolah. Naseb la kan. Saya tak ditakdirkan untuk kawen mude.
Tak nak cakap pasal kawen la. Ok 2010 saya dah bergraduasi. Walaupun sekadar diploma . Dapat diploma pun macam tertunda jer. Dah dikira lewat. Tapi tak kisah la bagi aku. Sekurang masih ada peluang untuk memilikinya. 2010 ...putus cinta di awal tahun . Setelah dua tahun. Dan akhirnya di penghujung 2010 bercinta balik. Harap ini yang terakhir dan kekal selamanya. Malu nak mulakan percintaan balik. Terasa macam remaja . Hehehehe...
2011 ...misi saya adalah sambung degree. Dan comfirm jawatan dalam tahun ini jugak. Dikurniakan kesihatan yang baik. Percaya atau tidak saya tak pennah deman teruk dah dua tahun. Moga kaki ini tak sakit teruk lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)