20 Ramadan bersamaan lima tahun ayah meninggalkan kami.
lima tahun banyak sudah mengubah kehidupan aku sendiri.
5 tahun dulu di waktu ini aku menghadapi saat kematian ayah tersayang.
5 tahun aku belajar cara menjaga orang sakit
5 tahun dulu aku betul betul diuji kesabaran.
5 tahun dulu aku masih di kemaman tanpa aku mengharapkan 5 tahun selepas itu aku betul betul berada di
kawasan yang tidak terjangkau di fikiran
5 tahun .....memori itu masih tersimpan di fikiran
dan aku tidak mahu mengeluarkannya
walaupun 1 mb pun.....
5 tahun tanpa ayah...
banyak sudah aku lalui
banyak sudah aku kenal
banyak sudah aku bilang.
5 tahun dulu aku selalu mengingatkan diri sendiri
semuanya akan baik baik saja...
bersyukur kerana Allah meminjamkan ayah yang begitu baik untuk aku
23 tahun aku berpeluang menhirup udara yang sama dengan ayah
berbanding mereka yang langsung tidak mempunyai kesempatan itu...
ayah
walaupun along terkilan kerana lima tahun sudah banyak dicapai
tanpa ayah
terima kasih..walau kadang kadang along terlupa mengucapkanya
semasa hayatmu
No comments:
Post a Comment