Tuesday, November 8, 2011

sudah sampai masanya

maaf jika perkataan perkataan dalam entri ini tidak menerangkan maksud sebenar di hati. apa yang terpamer di luar kini tidak akan sama dengan perasaan yang hebat bergelodak di dalam. Terima kasih Allah kerana permudahkan segalanya. Terima kasih juga insan-insan yang baik hati kerana membantu menyempurnakan urusan pengebumian ibu tersayang pada 28 oktober 2011 lalu.


Tiada siapa yang mampu menolak takdir. Benar,jika janjinya sudah tiba akan diambil segala yang menjadi milikNya. Benar juga hati ini bergoyang juga menerima ketentuan ini. insan yang paling dekat telah tiada.insan yang sentiasa percaya dengan diri ini di kala semua orang meraguinya. Terasa sebahagian diri ini telah dibawa pergi. terasa jalan di masa hadapan akan penuh likunya. terasa berat ujian yang diberi. Terasa hati rapuh memikirkan semuanya tidak akan kembali seperti sedia kala.  Ya Allah...kuatkanlah hati ini. untuk menbendung rasa rindu ini....


Menjalani hidup tanpa ibu dan ayah begitu perit. Apatah lagi tanggungjawab yang tergalas selepas ini. Selepas ini tiada akan lagi panggilan telefon untuk melepaskan rasa rindu. Apatah rasa masakan bonda yang enak. Klise bukan. Katalah kenapa tulis semua ini setelah dia telah pergi,Tapi ayat ayat tersusun dari hati. 


Cukuplah , tak nak menangis lagi........



2 comments:

  1. kawan... ada sesuatu kita tak mampu katakan tika adanya dia. berkatalah melalui penulisan mu.. di sini tempat mu. mukabuku bukan tempat kita yang petah menulis itu ini...

    ReplyDelete
  2. Ya setuju dik. Bukumuka kdg tempat berkongsi senda dan tawa. Bukan berkongsi duka dan derita.

    Sisi yang sedaya-upaya cuba kita sembunyikan

    Takziah di atas kehilanganmu dik.

    ReplyDelete