Mungkin terlupa yang mengadili kita di dunia adalah Yang Maha Adil. Yang jadi saksi perbuatan kita Adalah Yang Melihat. Tiada guna menulis yang indah indah jika hanya akan jadi permainan di atas kertas buruk. Tiada guna lagi berkata kata yang manis jika tiada kebenaran dalam berbicara. mimpi kita tak sama. apatah lagi pandangan dan haluan. apabila material jadi keutamaan yang tinggal hanyalah kenyataan yang menjadi mimpi ngeri. bukan lagi syariat tempat berpegang, semuanya jadi mainan. Apabila Duniawi jadi tatapan, akhirat jadi santapan untuk bermuka muka.
entri ini hanyalah ingatan untuk diri sendiri.
aku di sisi lain
Wednesday, January 9, 2013
Wednesday, February 8, 2012
Pasrah
Tiada mengharap yang berlebihan. Bimbang akan jadi lebih terluka. Waktu yang bergulir menjadi penentunya. Sedangkan apa diimpi terus menjadi teka teki. Hati makin parah. Tidak menjadi seperti mimpi.
Begini,aku yang makin terdesak. Begitu, Kau masih bersahaja. dan mungkin tiada pergertian jika itu dan ini masih menjadi alasan yang ampuh. Semakin banyak alasan yang direka. Makin hati tidak menentu
Misterinya masih menjadi rahsia Allah. lalu pasrahkan hati menerima segalanya seperti mana yang dihendakiNya. Aku amat yakin Allah memberi apa yang terbaik. Tidak akan sesekali menyakiti hambanya .

Monday, December 5, 2011
Bukan....
Mengeluh. Hembus nafas. Mengeluh lagi .Bila mana bukan semua cerita untuk dikongsi. Takut cerita tidak akan sama dengan maksudnya. Sakit hati ini saya simpan. Kalau ini yang terbaik buat masa ini, saya pilih jalan yang ditentukan. Ya saya tak punya apa apa untuk dijadikan alasan dan sandaran. Demi untuk mengejar tuntutan duniawi dan kehendak orang lain, saya akur. Sampai masanya saya pergi. Saya bukan golongan terbaik. ini bukan cerita Korea yang selalu 'Happy Ending'. Ending tak sama dengan apa yang saya hajati. tapi saya tahu Allah punyai jawapan yang lain yang terbaik untuk masa akan datang.
Tuesday, November 8, 2011
sudah sampai masanya
maaf jika perkataan perkataan dalam entri ini tidak menerangkan maksud sebenar di hati. apa yang terpamer di luar kini tidak akan sama dengan perasaan yang hebat bergelodak di dalam. Terima kasih Allah kerana permudahkan segalanya. Terima kasih juga insan-insan yang baik hati kerana membantu menyempurnakan urusan pengebumian ibu tersayang pada 28 oktober 2011 lalu.
Tiada siapa yang mampu menolak takdir. Benar,jika janjinya sudah tiba akan diambil segala yang menjadi milikNya. Benar juga hati ini bergoyang juga menerima ketentuan ini. insan yang paling dekat telah tiada.insan yang sentiasa percaya dengan diri ini di kala semua orang meraguinya. Terasa sebahagian diri ini telah dibawa pergi. terasa jalan di masa hadapan akan penuh likunya. terasa berat ujian yang diberi. Terasa hati rapuh memikirkan semuanya tidak akan kembali seperti sedia kala. Ya Allah...kuatkanlah hati ini. untuk menbendung rasa rindu ini....
Menjalani hidup tanpa ibu dan ayah begitu perit. Apatah lagi tanggungjawab yang tergalas selepas ini. Selepas ini tiada akan lagi panggilan telefon untuk melepaskan rasa rindu. Apatah rasa masakan bonda yang enak. Klise bukan. Katalah kenapa tulis semua ini setelah dia telah pergi,Tapi ayat ayat tersusun dari hati.
Cukuplah , tak nak menangis lagi........

Friday, October 21, 2011
Monday, October 10, 2011
Kalau nak baca, maka Bacalah...
Saya Mahu Kumpul Duit Banyak2. Tak Perlu pencen tunggu 60 tahun. Dapat masak dan makan tengahari tepat pada masanya.hihihihihi...(eh apa kaitan). boleh buat suka suka hati. tak pun ada syarikat sendiri. boleh la buat syarikat ,ikut peraturan sendiri. Makanya, tiada orang akan marah marah .hihihihihihi...
Tak perlu dilenyak durian. Tiada lagi dilanggar durian yang amat mementingkan diri. Durian tak nak ambik tahu masalah timun timun yang berada di sekitarnya. KERANA BERBEZA DARJATNYA.
p/ s : Karangan ditulis mengikut perkadaran emosi yang bukan bukan. jadi sila jangan percaya.

Tuesday, August 23, 2011
bUkAN kIsAH cInTA 1
BAB 1
Aku tidak mahu hujan ini
berhenti. Aku tidak mahu pelangi hilang dari keindahan mataku. Hujan memberi aku kekuatan untuk
menangis.pelangi, memberi kekuatan untuk aku mencipta mimpi . Sisir angin menghembus.membelai
lembut perasaanku. Seluruh alam memberikan aku kekuatan untuk berinspirasi , kerana
terkadang aku takut dengan alam realitiku. Gundah hati aku kini sukar ku usir.
Peristiwa petang benar benar menambahkan relau di hati. aku cuba berlari sekuat
mungkin walaupun sebenarnya langkah ini lemah dan sering terjatuh. Malang
sering kali tidak seiring dengan kehendak hati.aku cuba lari dari peristiwa itu
. Lari dari yang namanya tidak mahu aku ungkapkan. Kedinginan semakin mengila
dan menghunus di setiap penjuru tubuhnya. Menambahkan rasa sakit di setiap
nafas , aku cuba bangun. Bangun dari setiap perasaan sedih yang sedang yang
menghempas emosi. Aku sedang membiarkan emosi mengatasipertimbanganku.
Irdina menghela nafas yang
panjang.cukup panjang dengan derita yang ditanggung.atau perasaannya cuma.
Entahlah ,menghadapi peristiwa petang tadi cukup menakutkan.cukup membuatkan
dirinya nanar. hujan semakin reda.angin semakin perlahan tiupannya.mungkin
cukup mengerti rasa hati yang semakin pundar dari rasa resah. Syukur padaNya
yang tidak pernah lupa untuk terus bersamaku.Aku yang terkadang lupa untuk
mengingatNya.aku cuba mencari jalan pulang.Pulang ke rumah sebenarnya.Tapi yang
penting pulang dari terus mengulangi jalan kehidupan yang cukup malang. Tiada
barisan kata yang dapat memperindahkan perjalanan ini.aku hanya
menunggu.menyusun semula yang telah lama menyusut dari hati yang tenang.
Irdina menyusun langkah
yang tidak teratur rentaknya. Menyusun perjalanan ke rumah sewanya.tidak jauh
jaraknya. Cuma lelah yang tidak tertanggung menperlahankan rentak yang telah
lama sumbang. Langkah disusun seiring dengan hamparan peristiwa yang bertandang
petang tadi.satu persatu terlayar di ruang ingatan Irdina.
Subscribe to:
Posts (Atom)